Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Wednesday, 24 October 2018

TEMPAT MENARIK KUANTAN ~ KULA CAKES MANGO CHEESECAKE YUMMY

Assalamualaikum..


Kula cakes? Apekah kula cakes ni sebenarnya tuan tuan dan puan. Tempat ni sangat la popular dikalangan orang kuantan ye dan pernah masuk paper.

Ceritanya 2 minggu yang lepas Nana ade show kat kuantan. Jadinya aku ngn sorang member (memang selalu pegi dengan dia) pergi la terjah show Nana kat RTM pahang. Disebabkan show konsert tu start malam so kitorg yang sampai kat pahang dalam tengah hari tu pergi la sat kula cakes jalan2 cari makan.

Aku tau tempat ni aku tanya ofismate aku asal kuantan kalau2 ade tempat best boleh la nak singgah. Dia pon suggest tempat ni katanya mango cheesecake dia popular and sedap. 

Aku ni memang sejenis suka dessert (wpon nak makan manis rasa bersalah) excited la nak pergi tengok ape yang best sangat kan.

Alkisahnya time pegi kuantan ni aku tak sihat. Sakit tekak giler and batuk. Asek rasa nak muntah. Terpaksa la sis telan strepsil 24 jam nak bagi lega sikit tekak n jiwa. Bila dah sakit tu mood nak makan pon ke laut la jugak. Tapi sebab dah datang sini so rugi la kan tak gi. Gigihkan jugak pergi.

Yang pasti sangat la berbaloi. Ha kenapa. Ni la nak citer.

Kula cakes ni tak jauh pon dari RTM pahang. Memang kat bandar. Tempatnya kat area rumah kedai. Kawasan ni kira cantik la sebab bangunan dia style lama2 gitu.

Kat area sini agak susah nak cari parking. Rasanya ada la dalam 3 kali kot pusing tempat sama cari parking. Bernasib baik dapat parking. Dan korang jangan lupa pulak bayar parking ye. Guna kupon. Kupon tu dun worry. Boleh beli kat kedai2 berdekatan. Nak tau kedai mana yang ade boleh tengok kat depan kedai ade signboard agen tiket.

 So inilah dia kula cakes


Datang2 je dah ramai uols. Beratur hokeyh. Kedai dia sebenarnya kecik je. Walaupon kecik tapi ade laman kat sebelah. Cantik laman dia. Macam dalam taman gitew. Uols makan2 kat taman ni la.



Kalau ikut napsu makan ni ofkos la nak makan mango cheesecake. Signature dish kan. Tapi tengah sakit tekak. Makan mango kan makin teruk pulak. Dah la esoknya nak pegi event nana kat putrajaya. Jadinya aku suh la member aku yang order. Boleh la aku rasa. Sikit pon jadila. Wuu sadis. Aku pulak order chocolate moist.

 Tutup setiap hari isnin

Nampak tak air pon air mineral je.huhu


Taraaa. Ni la mango cheesecake kula cakes. Cheesecake ni bagi aku memang sedap. Atas tu dia siap letak sos mango tau. Rasa just nice. Tak masam sangat tak manis sangat. Yang penting bila makan tu rasa segar je sebab sejuk pastu ade fresh mango. So memang puas hati la.



Chocolate moist pulak bagi aku ok. Kek dia tu nak kata moist sangat tu tak. Aku prefer lebih moist. Tapi ok la sedap sebab chocolate dia pahit. Aku memang suka chocolate pahit. Kek coklat mcm ni tak boleh makan banyak2 sebab cepat muak. Kek ni memang dense. Overall sedap.

Sambil2 makan korang boleh la nak bergambar sebab landskap memang cantik. Lama jugak kitorang lepak sini. 3 jam kot.haha lama kan. Berbaloi datang sebab mango cheesecake dia sedap dan tempat cantik.


So korang jangan lupa singgah tempat ni kalau datang ke kuantan k. Chow cincau!

Thursday, 19 July 2018

FIRST TIME BUAT PASSPORT

Assalamualaikum..


Banyak sawang betul blog aku nih. Lama tak masuk. Semalam belek2 la blog pastu terindu pulak. Actually banyak giler sebenarnya cerita yang aku nak share tapi tulah kadang tak sempat bz sesangat. Dengan show nya (my priority  ) dengan kerja hakikinya. Next month Inspector nak datang dah GLP lab nak start. Matila makkk. Tapi sebab tu citer next month so next month la baru aku akan stress. Sekarang ni kita enjoy duluuuu.

Harini aku masuk nak citer pasal pasport. Disebabkan next month aku akan melancong (melancong keee) ke Kota Singa Singapore jadinya kena la buat pasport. Tujuan utama gi sana tu sebenarnya nak pegi tengok konsert JUST US Siti Nordiana & Alif Satar tapi sambil2 tu melancong la juga. First time pergi oversea (oversea sangattt) and first time pergi konsert berskala besar macam ni  konsert Nana pulak tu jadinya excited tu agak berlebihan la.hehe

Citer pasal pasport ni aku pergi buat pasport kat jabatan imegresen Pelabuhan Klang. Sebab sini paling dekat dengan rumah 10 minit je.. Memang decide nak pergi weekend walaupon macam dah agak ramai orang tapi redha jela.


Sampai kat sana dalam pukul 8 am. Dari jauh dah nampak queue mak aih panjang weyh. Sebab redha kan tadi so hadapkan jela. Sampai turn aku kat meja receptionist tu, officer tu bagi satu form, no giliran pastu dia suruh potostat ic. Kalau tau awal senang bawak dari rumah je. Kena la berjalan gi potostat kat kedai stationary kat depan pasar. Jauh la jugak. Lapar pulak tau makan dulu. Ok tak baik merungut.


Masuk je kat tingkat atas tengok no giliran ade lagi dalam 70+ orang before sampai turn aku. So tunggu jela. Sebab boring giler so aku pun layan online citer NCIS sampai pening2 lalat. Perut pon dah kruk krik.Dalam pukul 11 lebih tu barula nama aku dipanggil.

Duduk2 je officer tu cakap "tudung awak ni tak boleh ni color dia" La pulak. "Eh ni bukan color gelap ke" aku pon nak menjawab jugak.. "ni light bukan gelap.." Aku pon usha banyak kali shawl aku yang color coklat gelap ni sambil dalam hati redha jela nanti mesti kena pakai tudung lain.huu. Memang betul dia bagi aku shawl color hitam. Dia suruh sarung je. Aku siap tanya "takyah pin ke"haha.. Nampak tak ai concern muka ai burok nanti. So redha la jugak. Dah siap ambik gambar dia suruh tunggu jap nanti dia panggil untuk buat bayaran. RM200 ye untuk 5 tahun.

Ok dah siap bayar akan dapat resit pastu pergi letak resit tu kat kaunter yang disediakan. Tunggu la dia siapkan pasport sambil2 tu layan la handphone sampai loya. Tak lama sangat pun dia siapkan passport tu rasanya setengah jam je. Lebih kurang pukul 12 siap la proses membuat pasport aku. So sebab aku dah lapar giler tak sarapan weyh, laju laju la aku pecut gi drive thru kepsi. Agaga.

Ok guys, jumpa kat sana! Kota Singa Nana Alep wait for me!! Wuhuu

Saturday, 30 April 2016

CUTI-CUTI MALAYSIA ~JOHOR

Assalamualaikum...

Tanjung Piai

Rasanya dah lama betul aku tak pergi bercuti. Last hari tu pergi cherating tapi tu tahun lepas. Hm takdela lama sangat.haha.poyo je aku. Actually aku pergi Johor ni pun sebab nak pergi kenduri kawin my buddy kat Upm dulu. Kecik je budaknya. Tak sangka dah kawin.hihi.

So alang-alang dah memijakkan kàkiku ke johor apa salahnya kita melancong sekali kan.ho3. Dengan semangatnya aku dengan lagi dua orang memberku yang masih solo menyolo ni gerak hari jumaat. Ambik cuti la apa lagi. Semangat punya pasal.haha.

Kitorang stay kat Stay Inn hotel. Hotel ni kat simpang renggam. Rumah member yang kawin tu kat benut. Tapi sebab kat benut cari punya cari takde pulak hotel terpaksa la cari tempat lain yang terdekat. Lebih kurang 20 minit jugak dari simpang renggam ke benut. Ok la tu dari takde.

Excited! ngee

Bagi aku OK sangat la hotel ni. Sangat puas hati. Aku book yang bilik ada tiga katil, 1 single,1 Queen. Senang je pun nak book, call dia bagi nama pastu bayar semua sekali dengan deposit time check in. Bilik yang aku stay ni semalam RM108. Ok la affordable.

Kitorang sampai je dah memang dekat pukul 2. Check in pun memang pukul 2. Memang ngam sangat la.ho3. Sebenarnya boleh je kalau check in awal sikit just bagitau je orang hotel tu.

Time nak pilih hotel tu, aku yang paling penting bilik mesti kena ada aircond sebab sekarang kan musim panas memang tak tahan kalau tengah hari bahang sangat. So bilik ni memang ada aircond and kipas sekali. Memang best.ho3. Bilik pun bersih, toilet OK katil selesa. So overall OK la. Recommended.

Stay Inn hotel


Abaikan katil yang sepah itew....

1st day petang tu kitorang pergi jalan-jalan dulu ke Johor bahru. Agak jauh jugak la dalam sejam gitu. Sebab fida orang johor so memang senang sangat ada pemandu pelancong ni.haha.

Mula2 pergi ke R&f tanjung puteri. Kat tempat ni boleh nampak sempadan johor and singapura. Boleh la nampak kereta berpusu-pusu nak keluar masuk singapura. Kat sini ada taman and laut. Tapi taman tu tutup sebab tengah renovate.huhu. Tak dapat la turun ke taman. Ambik gambar kat atas jela..

R&f tanjung puteri

Pastu kitorang singgah sekejap kat Danga Bay Country Garden. Tempat ni adalah di tengah-tengah bandar JB yang sedang dibuat bangunan sekelilingnya. Korang bayangkan tepi2 bangunan tinggi pastu tengah-tengah ada laut.ho3.unik kan. Ok kat sini kitorang ambik gambar je sebab taman dia cantik.hehe.

Danga Bay Country Garden

Nak buat love tak jadi.haha. Yaya buat gaya Jae Suk nampak.

Next kitorang singgah jap kat pantai Lido. Sekejap je. Just nak tengok-tengok. Dulu tau ada pantai Lido pun sebab ada termasuk dalam lagu zaman dulu2. Liriknya Tambak Johor Tanjung puteri selat tebrau airnya biru, di pantau Lido tepian mandi...........ha gitu la aku ingat sikit-sikit.haha. Ok dah penat balik la kami ke hotel..

Pantai Lido

Next day pagi-pagi dah gerak pergi rumah pengantin. Nak tengok member tu nikah. Cantik pengantin...hehe. Selamat pengantin baru Shida and suami..hehe. Stay kat situ sampai pukul 1 gitu, terus gerak pergi Tanjung Piai. Ha tanjung piai ni la tempat yang aku sangat tak sabar nak pergi. Tempatnya terletak di pontian. Sebabnya kat sini ada laluan jambatan untuk sampai ke tengah laut. Hm takdela tengah sangat. Di sepanjang jambatan tu akan melalui paya bakau. So unik kan. Tu yang tak sabar sangat tu.haha. Lagipun tanjung piai ni adalah  the sounthern most tip of the mainland asia. Senang cakap tempat yang paling selatan sekali kat asia,

Disebabkan kitorang baru balik kenduri mesti la pakai baju kurung kan, nak tak nak kitorang kena la bawak baju untuk tukar. Tak boleh blah malu la jugak dengan hangar2 pun bawak. haha. Eh lupa nak cakap tiket masuk satu kepala RM5.Kat dalam tu siap ada surau, toilet, kedai jual air,aiskrim, cenderahati semua ada.


Laluan jambatan yang ada paya bakau tu ada 3 cabang utama. Kitorang lalu 2 je sebab yang 2 ni menghala ke laut..Memang mencabar jugak la laluan jambatan tu jauh jugak. Memang membakar kalori betul.agaga. Walaupun mengah la jugak tapi rasa excited sebenarnya sebab hujungnya akan jumpa laut.


Best sangat kat sini sebab angin laut kuat..Rasa sejuk, tenang je.. Lama jugak kitorang lepak kat sini..
Sebenarnya kat sebelah tempat kitorang lepak ni ada globe besar. Ingat nak pergi situ tapi tutup la pulak sebab laluannya tak berapa elok. So tak dapat la nak bergambar dengan globe itu...huhu





Dah pukul 4 lebih kitorang pun gerak nak balik benut. Singgah jap kat mana tah tak ingat makan jap.haha. Jumpa pulak gerai burger kukus. Curious sangat nak tau rasanya apa. Beli la 2 ketul nak buat makan malam.haha, makan je kejenya. Burger kukus ni rupanya roti burger tu dikukus sekejap. Sedap jugak dah la murah RM2.50 je seketul .ho3


Dah makan-makan kenyang boleh la nak tidur, Sebenarnya malam yang 1st day tu aku tak boleh tidur. Sebabnya aku ni la suka sangat baca citer seram dalam hotel time nak tidur tu la terbayang-bayang. Sengal je. Dah la ambik katil yang single tu. So hari kedua tu aku tidur dengan yaya, fida pulak tidur sorang. Nasib baik member2ku ini tak kisah tidur bukak lampu..haha. thanks ye korang.hee..

*thanks yaya sudi drive bawak kitorang jenjalan. Thanks fida rajin no tolong ambik gambar aku. Cantik-cantik semua.hehe