Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, 14 September 2016

TIPS MENGENALPASTI KESESUAIAN WARNA KULIT DENGAN WARNA SHAWL/TUDUNG

Assalamulaikum...

Pic credit to bgdaif.com

Akibat melayan drama Korea W malam td sampai pukul 2 hambek ko mengantuk giler. Tengah2 buat report sambil dengar lagu pon ngantuk jugak. Ni saje la aku nak menulis mana tau boleh segar mata.heuheuheu.

Minggu lepas aku ada terdengar kat radio Nasional FM kalau tak silap, pasal kesesuaian warna kulit dengan warna shawl/tudung. Terdengar je topik ni macam menarik aku pun follow la sampi habis. Ni aku nak share sikit apa yang dibincangkan oleh cik Azlia (image consultant kalau tak silap).

Bagi wanita yang berhijab/bertudung, warna shawl/tudung yang dipakai memainkan peranan penting dalam keserian wajah. Bayangkan 60% keserian datangnya dari warna tudung yang dipakai. Memang sangat penting la kita tau kulit kita dalam ketegori mana. Warna kulit terbahagi kepada dua kategori.Sejuk dan panas. Macam mana nak tau Warna kulit kita sejuk or panas. Ada dibincangkan dua cara untuk mengenalpasti. Ni yang basic la. Kalau nak tau lebih lanjut kena la pergi jumpa image consultant ye..

Pertama, yang paling basic cuba tengok dekat urat kat pergelangan tangan sama ada biru or hijau.. Kalau hijau maknanya kulit kita dalam kategori panas. Dan kalau biru dalam kategori sejuk. Tapi cara ni tak berapa tepat sebab kadang2 tak nampk sangat color urat tu.

Cara yang kedua, kita boleh try depan cermin. Ambik dua shawl color hitam dan putih. Putih tu mesti putih yang betul2 putih ye bukan putih2 nila/kebiruan. Dan pastikan muka tu tanpa mekap k. Cuba try letakkan shawl tadi dekat kepala, tak payah pinkan pun takpe. Cuba tengok mana satu yang buatkan muka kita berseri2. Kalau color hitam buat muka kita nampak berseri maknanya kulit kita dalam kategori sejuk. Kalau putih yang berseri kulit dalam kategori panas.

Kalau dah try compare tapi tak tau jugak yang mana satu berseri boleh la tanya member ke kakak adik. Tapi pastikan orang tu seorang yang jujur. Cakap kat dia komen je tak payah nak ambik hati.hihi.

Bila kita dah tau kulit kita kategori sejuk or panas baru la boleh pilih color yang sesuai..Ada diberi beberapa contoh color mengikut kategori kulit. Kalau kategori sejuk color yang sesuai adalah kebiruan,purple, pink gelap, merah hati, maroon, fuschia pink. Bagi kategori kulit sejuk tidak digalakkan memakai color merah chili. Bagi kulit kategori panas pulak antara color yang sesuai adalah color yang berunsur earth, kuning, coklat, oren. Ada lagi color yang disebut tapi aku tak ingat pulak. Fokus sangat dengar.haha. Color2 yang dicadangkan ni pun yang basic je. Tau2 jela kan color memang terlampau banyak. Color pink je ade fuschia pink, rose pink, dull pink banyak lagi la pink. Ni kalau tanya kat orang lelaki konpem semua color dia sebut sama je.hahaha.perempuan je yang biasanya ambik tau benda2 ni.heuheuheu.

Kalau korang teringin sangat nak pakai satu color tu tapi tak sesuai dengan warna kulit dicadangkan pakai kat pakaian. Contoh korang suke red chilli tapi orang yang kulit kategori sejuk tak berapa sesuai color ni. So korang pakai la baju red chilli. Tapi shawl pilih la color yang sesuai dengan jenis kulit..ha gitu.

Aku ni ulas je balik apa yang dibincangkan. Aku bukan reti sangat benda2 ni.hihi. Tapi kalau ada tersilap paham mintak maap la ye. Ni mengikut kepahaman and ingatan aku. Saje nak share sebab tips yang sangat berguna.aku ni pun dah berlambak shawl semua color ade. Tapi banyak yang tak sesuai dgn warna kulit. Kadang2 pakai nampak kulit makin gelap pulak. So lepas ni boleh la praktikkan tips yang dibagitau tadi..

Tuesday, 13 September 2016

PETUA KURANGKAN SAKIT GIGI/GUSI

Assalamualaikum...


Sape yang pernah rasa sakit gigi mesti tau sakit gigi ni macam mana sakitnya.. sakit yang buat kita sakit kepala, moody, stress n macam2 lagi la. Nak buat apa pun takde mood. 

Aku ni sakit gigi dah lama sangat tak ingat la sejak bila. Tapi dah bertahun. Sakit sebab nak tumbuh gigi geraham bongsu. Kelakar je kan dah tua2 pun gigi tak habis2 tumbuh.heuheuheu. tu tandanya aku muda lagi kot.ngee. Sekarang ni gigi geraham tu dah tumbuh. Kanan dan kiri. Tapi tumbuhnya mcm tak habis. Kira mcm tersepit kat bawah gusi gitew. Mungkin sebab tu la selalu gusi aku bengkak. Or mungkin memang gigi tu tak habis tumbuh lagi. Hentahla konpius aku.

Awal tahun hari tu aku ada jumpa doc buat scaling. Aku mintak dia tengokkan gigi geraham tu. Kalau boleh nak cabut. Sebab aku dah serabut sangat selalu ngat sakit. Ternganga ha doc cakap kos cabut sebatang gigi tu dalam rm800. Omak ko. Terkezut den. Baru ingat nak cabut dua2 gigi.erk. Pastu lepas operation nanti kena ambik cuti dalam 4 hari gitew sebab akan bengkak. Ngeri pulak aku dengar. Ingatkan cabut gitu2 je.heeeee.

So disebabkan banyak ngat halangannya (halangan la sgt) aku pikir banyak kali nak cabut ke tak. Bila pikir2 balik aku macam boleh tahan lagi kot sakit gigi tu sebab dah selalu sangat sakit macam dah biase pulak.ceh td kate serabut. Dgr 800 je terus boleh tahan.kui3. Ala, duitnya tu ade je tp 800 ko...bnyk tu..huuu

Minggu lepas start hari rabu tetibe je gusi aku bengkak. Terjaga pagi2 sebab sakit. Bengkak sampai ke tekak. Perit giler nak telan ayaq liuq. Nak nanges aku. Dah nanges pun..huhu.. selalunya aku sakit gigi yang mild je la. Kali ni mcm lebih sikit. Denyut2 sangat.
Nak bukak mulut nak suap makanan pun tak boleh. Bila nikmat dah ditarik, baru sedar nikmat mengunyah. Insaf sekejap...hee

Sakitnya melarat sampai hari sabtu. Hari sabtu aku plan nak pergi tengok wayang.. nak tengok train to busan. Tapi jadi takde mood. Dah try makan ubat tahan sakit takde effect pulak. So disebabkan aku nak pergi tengok jugak aku try search petua nak kurangkan bengkak. Ramai yang cakap boleh kumur air garam..

So aku pun try la.Kumur air garam dan letak garam banyak2 kat gusi yang bengkak tu. Lepas tu mmg rasa pedih la. Ku gigihkan jua sbb nk tgk wayang punya psl.haha. Dalam 30min/1 jam lepas tu alhamdulillah gusi aku dah kurang bengkak. Happynya rasa. Dengan segera aku pergi la tengok wayang tu. Hihihi. Misi berjaya.. Tapi biasanya lepas makan mesti sakit dtg balik.Kena kerap la kumur air garam tu.Lagi berkesan guna garam je takyah air. Pastikan jugak selalu gosok gigi. Lagi kerap lagi bagus. Ko nak gosok 20 kali pon boleh..heuheuehu. Bukan apa, nak bagi hilang bakteria. Pastu makan n kunyah tu jangan guna bahagian yang bengkak tu. Dan berdoa la banyak2 dapat sembuh dari sakit..Aku ni kadang2 ade termengeluh jugak sebab sakit sgt..tapi kena ingat sakit itu prnghapus dosa kan. So belajar la untuk redha ye..hee.

Harini sakit dah kurang dah. Bengkak pun dah kurang. Alhamdulillah. Yang penting kita usaha, doa, tawakal..Yang menyembuhkan adalah Allah..

Saturday, 9 January 2016

CARA BOOK TIKET WAYANG TGV ONLINE ~ online banking

Assalamualaikum...

Akhirnya berjaya jugak aku book tiket online.wahahaha.(bangga).Padahal ofismate ajarkan.haha
Before ni kan aku ada bagitau aku nk try book online tapi tak boleh.Rupanya salah. Aku pilih jenis pembayaran guna kad.Boleh je guna online banking.Cet.

Ok jom aku pulak ajar korang cara-caranya ye:

1) Buka website www.tgv.com.my/. Nampak QUICK TICKETS kan kat belah kanan tu.


2)Pilih la No 1,2 and 3.Cth: aku pilih DILWALE (demam dilwale wey) pastu cinema type, STANDARD


3) Bila dah pilih semuanya Click CONTINUE TO BUY TICKETS


4) Kat dalam box tu korang boleh pilih nak seat macam mana.Preferred la best sikit seat kat atas-atas.Tapi harga mahal sikit la ye.


5) Terus la pilih nak seat mana.Yang merah maroon tu seat preferred la sebab da click kat preferred kan. Yang hijau tu seat yang korang dah pilih. Pastu click NEXT


6) Click kat preferred (RM 17)



Akan keluar jadi page macam ni. Click NEXT


7) Sila la fill in the blank (macam arahan dalam kertas exam pulak) hehe. Korang tak payah sign in pun ye. Click NEXT


8) Boleh pilih cara nak bayar. Aku guna maybank2u so ONLINE BANKING la.



9) Last sekali Click PROCEED. Terus akan ke page online banking korang. So sila la bayar.



Lepas dah bayar tu TGV akan hantar email macam kat bawah ni..


Sepatutnya kita akan received PRINT AT HOME ticket untuk kite tunjuk kat orang yang jaga tempat koyakkan tiket tu. Aku pun tak sure cemana rupa benda tu tapi rasanya yang ada QR code tu. Tapi tah kenapa aku tak received benda tu pastu website tu tulis suruh aku collect tiket kat kaunter. So aku pun tanya la member aku boleh ke just guna email yang atas ni time nak masuk nanti. Dorang kata rasanya macam boleh. Sebab aku ni memang jenis tak suka nak rasa2 je, pastu sebab malas nak collect tiket bagai, heuheuheu aku pun terus la email tanya kat TGV. Dia reply agak laju jugak,  macam kat bawah ni...(Abaikan my broken english.type laju sangat.heueheuheu)




So pada hari kejadian, heuheuheu, kat usher tu aku bagi je tunjuk hp aku yang email ada booking ID tadi. Dia baca2 jap pastu ok boleh masuk. Sebab kat email tu takde tulis hall berapa, so tanya ye. Jangan ko menonong masuk pastu hall mana tah nak tengok.heuheuheu

Sunday, 22 November 2015

CARA TERMINATE UNWANTED SUBSCRIBE DI PHONE

Assalamualaikum....



Lately aku perasan kredit aku selalu je cepat habis padahal aku ni memang jarang sangat la call and msg sesape..Dah lama jugak jadi camtu tapi aku buat bodoh je.

Sampai la khamis lepas aku dapat a few links kat msg. Sebab geram aku saje try click nak tengok ape benda yang dorang dok send. Pastu keluar la berita hiburan.Terus cek kredit dah tinggal sen je padahal baru je kot topup..hampeh btol.Konfius aku bila pulak aku langgan benda benda ni.

Aku terus call celcom (dial 1111) sebab nak cek and stopkan semua jenis langganan.Memang agak lama orang celcom tu nak cek and kemaskini akaun aku. Dia ade mintak pengesahan nama and I/C. Tunggu punya tunggu dalam 7 min pastu dia mintak lagi no tepon family or friends.aku tak hingat pulak..Dia tanya lagi bila latest topup and brpe ringgit topup.Pastu kena tunggu lagi sambil dia kemaskini second time. Bosan jugak menunggu tp understandable la sbb akaun aku first time kemaskini tu yang lama tu.

OK finally conclusion yang dia bagitau kat aku, Memang ada beberapa langganan yang tolak kredit aku.Ada yang dia boleh stopkan dari sistem.Aku cakap stop je sumenya kecuali data plan. Ade 2 langganan yang aku kena stopkan sendiri Dan dia akan guide la nak send msg stop tu.No2 nya kat bawah ni:

1) Send STOPMMS to 39191 
2) Send STOP ALL to 27272 (dia tak bagitau yang ni.aku try sendri)
3) Send STOP NM to 22022

Aku tak sure betul ke langganan dah stop tapi setakat ni takde lagi la msg yang bagitau aku langgan itu ini.Kalau tak dulu berderet link dia sent.Orang celcom tu cakap kalau lepas ni jadi lagi macam ni memang boleh je terus call celcom services untuk stopkan.Kalau dibiarkan je nanti makin banyak.

Menyirap je bila tau selama ni free2 je dorang ambik duet aku.Dah la sekali tolak rm1.Yang aku perasan ada satu link ni namanya mobi content.Selalunya akan keluar time kita bukak mana2 website and akan suh kite download.Kadang2 akan automatic download.Ingatkan takde pape.Rupanya automatic tolak kredit.So lepas ni kena alert sikit la dengan link yang pelik pelik.

Monday, 3 August 2015

TIPS JADIKAN SHAWL SENANG DIBENTUK

Assalamualaikum..

Mula mula dulu aku tak kenan nak pakai shawl sebab tak reti macam mana cara nak bentukkan shawl. Dalam hati teringin nak pakai shawl tapi sebab takde keyakinan diri dan tak reti terkuburlah cita cita itu..heuheuheu.Sampai la satu hari tu ex officemate aku cakap "ape susah ko beli la benda yang boleh keraskan shawl tu".aku ni mana la reti.wujud rupanya benda gini..hehe.

Aku pun gigih la cari kat kedai semua takde.Last last cari jumpa kat giant. Harga tak ingat pulak berapa rasanya dalam RM10+.Benda ni namanya Magic Sizing. Bila kat rumah try test kat shawl.Memang excited sebab menjadi.Shawl jadi senang nak bentuk.




Cara nak apply benda ni senang je.Lepas dah siap iron shawl tu, semburkan Magic Sizing kat bahagian atas shawl yang korang nak lipat/bentuk nanti, tak payah tunggu kering, terus je iron kat tempat yang disembur tadi sampai kering.Ironkan sambil tegangkan atas shawl dengan tarik hujung shawl supaya tempat nak lipat tu nanti lurus je...



TIPS SENANG TIDUR UNTUK YANG SUSAH NAK TIDUR

Assalamualaikum..

Disebabkan sekarang ni dah zaman moden, sebenarnya banyak teknologi yang berguna untuk kita.Ada jugak yang tak bagus tak dinafikan la..Tapi kali ni aku nak share teknologi yang boleh bantu kita untuk senang tidur.Jeng jeng jeng

Sebenarnya teknologi ni adalah aplikasi smartphone.Sekarang smartphone bukan lagi kemahuan tapi keperluan.tetibe skema ayat.heuheuheu.So sesape je boleh guna aplikasi ni.Aplikasi apakah? Nama aplikasi ni adalah Relax Melodies: Sleep & Yoga. Aplikasi ni korang boleh download kat Google Play/Play Store. Nak download boleh klik kat link yang aku bagi ni or boleh direct terus ke Play store apps.


Macam mana benda ni boleh membantu untuk tidur?


Nampak tak box yang berjuntai tergantung tu?Ha tu sebenarnya mewakili bermacam macam bunyi, cth bunyi hujan,ombak,firework,petir, guruh, sungai etc. Ada berpuluh bunyi.Bunyi dia memang real rasa macam korang betul betul ada kat suasana tu.

Caranya kalau nak best pakai la earphone so dapat la tidur sambil fokus kat bunyi bunyi tu.Bunyi  tu korang boleh klik banyak banyak.Kalau suka hujan+guruh boleh la klik dua-dua.

Sebenarnya aplikasi ni dah lama dah akak aku yang suggest kat aku.Dulu aku tak guna sangat tapi lately aku try la guna sebab kadang kadang tak boleh nak tidur,pikir macam macam dalam kepala, memang berkesan.Rasa best je.Aku suka yang bunyi hujan tu rasa cepat je ngantuk.heuheuheu

Dekat bahagian bawah sekali tu ada timer so kalau risau bateri hp kong korang set la dalam 1 jam ke, agak agak berapa lama nak dapat lelap tu. Dan tak payah risau risau aplikasi ni free je untuk didownload..

Harap harap lepas ni sesape yang susah nak tidur dapat la tidur dengan lena ye..hehe