Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

Wednesday, 14 September 2016

TIPS MENGENALPASTI KESESUAIAN WARNA KULIT DENGAN WARNA SHAWL/TUDUNG

Assalamulaikum...

Pic credit to bgdaif.com

Akibat melayan drama Korea W malam td sampai pukul 2 hambek ko mengantuk giler. Tengah2 buat report sambil dengar lagu pon ngantuk jugak. Ni saje la aku nak menulis mana tau boleh segar mata.heuheuheu.

Minggu lepas aku ada terdengar kat radio Nasional FM kalau tak silap, pasal kesesuaian warna kulit dengan warna shawl/tudung. Terdengar je topik ni macam menarik aku pun follow la sampi habis. Ni aku nak share sikit apa yang dibincangkan oleh cik Azlia (image consultant kalau tak silap).

Bagi wanita yang berhijab/bertudung, warna shawl/tudung yang dipakai memainkan peranan penting dalam keserian wajah. Bayangkan 60% keserian datangnya dari warna tudung yang dipakai. Memang sangat penting la kita tau kulit kita dalam ketegori mana. Warna kulit terbahagi kepada dua kategori.Sejuk dan panas. Macam mana nak tau Warna kulit kita sejuk or panas. Ada dibincangkan dua cara untuk mengenalpasti. Ni yang basic la. Kalau nak tau lebih lanjut kena la pergi jumpa image consultant ye..

Pertama, yang paling basic cuba tengok dekat urat kat pergelangan tangan sama ada biru or hijau.. Kalau hijau maknanya kulit kita dalam kategori panas. Dan kalau biru dalam kategori sejuk. Tapi cara ni tak berapa tepat sebab kadang2 tak nampk sangat color urat tu.

Cara yang kedua, kita boleh try depan cermin. Ambik dua shawl color hitam dan putih. Putih tu mesti putih yang betul2 putih ye bukan putih2 nila/kebiruan. Dan pastikan muka tu tanpa mekap k. Cuba try letakkan shawl tadi dekat kepala, tak payah pinkan pun takpe. Cuba tengok mana satu yang buatkan muka kita berseri2. Kalau color hitam buat muka kita nampak berseri maknanya kulit kita dalam kategori sejuk. Kalau putih yang berseri kulit dalam kategori panas.

Kalau dah try compare tapi tak tau jugak yang mana satu berseri boleh la tanya member ke kakak adik. Tapi pastikan orang tu seorang yang jujur. Cakap kat dia komen je tak payah nak ambik hati.hihi.

Bila kita dah tau kulit kita kategori sejuk or panas baru la boleh pilih color yang sesuai..Ada diberi beberapa contoh color mengikut kategori kulit. Kalau kategori sejuk color yang sesuai adalah kebiruan,purple, pink gelap, merah hati, maroon, fuschia pink. Bagi kategori kulit sejuk tidak digalakkan memakai color merah chili. Bagi kulit kategori panas pulak antara color yang sesuai adalah color yang berunsur earth, kuning, coklat, oren. Ada lagi color yang disebut tapi aku tak ingat pulak. Fokus sangat dengar.haha. Color2 yang dicadangkan ni pun yang basic je. Tau2 jela kan color memang terlampau banyak. Color pink je ade fuschia pink, rose pink, dull pink banyak lagi la pink. Ni kalau tanya kat orang lelaki konpem semua color dia sebut sama je.hahaha.perempuan je yang biasanya ambik tau benda2 ni.heuheuheu.

Kalau korang teringin sangat nak pakai satu color tu tapi tak sesuai dengan warna kulit dicadangkan pakai kat pakaian. Contoh korang suke red chilli tapi orang yang kulit kategori sejuk tak berapa sesuai color ni. So korang pakai la baju red chilli. Tapi shawl pilih la color yang sesuai dengan jenis kulit..ha gitu.

Aku ni ulas je balik apa yang dibincangkan. Aku bukan reti sangat benda2 ni.hihi. Tapi kalau ada tersilap paham mintak maap la ye. Ni mengikut kepahaman and ingatan aku. Saje nak share sebab tips yang sangat berguna.aku ni pun dah berlambak shawl semua color ade. Tapi banyak yang tak sesuai dgn warna kulit. Kadang2 pakai nampak kulit makin gelap pulak. So lepas ni boleh la praktikkan tips yang dibagitau tadi..

Monday, 15 August 2016

REVIEW NANARAYYANHIJABS BY SITI NORDIANA

Assalamualaikum...

Red chilli, pistachio & chesnut

Ha seperti yang sedia maklum before ni aku ade bagitau aku terbukak hati nak pakai shawl sebab tertarik tengok Nana (Siti Nordiana) pakai shawl. Cantek je terletak gitu. Labuh dan nampak tak jarang pun. Dulu aku pakai bawal pastu tukar pashmina.Sekarang ni dah pakai shawl. Aku minat shawl chiffon sahaja. And lebih minat yg plain. Corak2 pulak aku rasa mcm tak sesuai dgn muka aku.nampak mcm serabut pulak.haha. tapi ntahla.Akak aku ckp ok jek aku pakai shawl corak2.aku ni mmg sejenis yang cerewet sikit.hihi

Sebenarnya hari ni aku ambik emergency leave disebabkan penyakit yg menyerang setiap bulan. Ape lagi kalau bukan senggugut.huhu. Nasib dah makan ubat. Kurang sikit sakit.Tetibe pulak letrik mati.Spoil betul. Senggugut pastu panas pulak. Tak tahan aih (tak baik merungut.hee) Baik aku buat apape yang aku suke.Menulis. Bila kusyuk buat something mungkin kurang sikit la sakitnya.

Dull pink & Rose pink

Setakat ni aku dah beli 8 helai shawl nanarayyan.5 helai beli time bulan pose hari tu. Lagi 3 helai baru je order minggu lepas. Maybe harini sampai la kat opis. Besokkkk jela aku dpt tgk. Dah hari ni cuti. Aku beli kat stokis Nanarayyan Klang and sungai Buloh. Kalau uols nak usha stok ap yg ade n nak try beli boleh usha kat Instagram nanarayyanhijabs. Ade disenaraikan semua stokis kat situ. Boleh kata semua negeri di Malaysia ni ade stokis Nanarayyan. Brunei & singapore pun ade.Setakat ni stokis yg aku contact alhamdulillah mmg senang urusannya..Barang pun cepat sampai. Harga sehelai rm49.. Bagi aku harga mmg berpatutan kalau tgk kepada kualiti kain.

Kenapa aku suke sangat Nanarayyanhijabs sampai dah repeat order 3 kali. Sebabnya :

1) Kualiti kain mmg tip top. Kain shawl sangat lembut, ringan, selesa. Aku ni walaupun tak sampai setahun pakai shawl berpuluh2 shawl dah aku beli. Color merah je ade la dalam 10 helai.Aku mmg sejenis yg membazir kalau pasal shawl.haha. So sbb aku dah beli mcm2 jenis kain shawl chiffon aku tau nak dapat yg lembut mcm kain Nanarayyan ni mmg ssh. Kebanyakkan yg kat kedai, butik,uptown ke downtown ke pasar malam banyak yang kualiti tak berapa nak best. Kalau nak jahit sendiri mungkin ade la yg berkuliti kat jakel/kamdar tapi aku dah usha pilihan color kdg2 tak berkenan pulak.

Rose pink

2) Labuh shawl (2.0m) memang ngam2 dengan cara aku pakai shawl - (cara Nana pakai). Ade 2 cara yang aku suke dan gunapakai. Kalau uols biase tgk tutorial cara pakai shawl kat utube, mesti pnh tgk kan tutorial by siti nordiana. Actually time aku start pakai shawl tu tutorial Nana tu belom ade lagi kat mana2. Masa tu Nana bz dgn Gegar Vaganza. So aku dengan gigihnya try sendiri berpandukan pic Nana. Haha. Gigih tak gigih. Banyak Kali jugak try. Nasib menjadi. Bila tengok video tutorial Nana eh tak sangka betul la cara aku pakai.hehe.


Cara pakai shawl ala Siti Nordiana (chesnut)

3) Bila shawlnya dah lembut otomatik sangat senang nak gosok dan pembentukan layer bila kita pakai cantik je terbentuk..


Pistachio

4) Pilihan color yg banyak dan memikat hati.cewah.aku paling suke color dull pink n chesnut.

5) Walaupun kain dia lembut tapi tak susah nak bentuk pun.Before ni kalau aku pakai shawl kdg2 guna magic spray. Untuk keraskan shawl senang bentuk muncung. Tapi bila aku try tak sembur kat shawl Nana ni OK pulak senang jugak nak bentuk. So sekarang ni aku mmg tak pernah guna penyembur pun kalau pakai shawl Nana ni.

Dull pink
  
Uols boleh tengok kat page fb - NanaRayyan by SND. Kat ig pulak nanarayyanhijabs. Sape yg tak minat shawl plain ade banyak jugak koleksi terbaru fancy shawl yg bercorak2. Cepat2 la ye pergi order sementara stok masih ade. Aku kadang2 nak order ade color tu blom restock or dah habis..mmg laku mcm pisang goreng.hehe.boleh try tanya kat stokis lain kalau stock takde. Selamat bershopping...!


Tuesday, 23 February 2016

JALAN - JALAN CARI KAIN SHAWL DI JAKEL

Assalamualaikum..


Before ni kan aku ada post pasal beli kain shawl kat kamdar. So kali ni nak try beli kan jakel pulak. Kat jakel ni lagi besar and banyak pilihan. So baru-baru ni aku pergi la Jakel. Kebetulan ada sales awal tahun. Lagi la semangat. Padahal jakel tu setiap masa je ada sales.haha. Jakel yang aku pergi ni kat shah alam, dekat dengan uitm.. Shah alam ni memang tempat yang aku familiar la jugak sebab dulu kerja kat sini. So senang la sikit takde sesat-sesat sangat. Aku pergi solo je. Nak ajak akak aku dia pergi banting pulak. Lagipun sejak akhir-akhir ni aku memang dah biasa pergi mana-mana sorang-sorang (better daripada berteman dengan kawan yang bukan kawan rapat), dah makin selesa dan rasa best pulak. Al-maklum la orang introvert memang macam ni.heuheuheu.

Untuk pengetahuan kat jakel ni kalau time ramai memang susah cari parking. So better pergi la before tengah hari, jangan petang sangat. Aku sampai sana dah tengah hari. Ada la parking takde jauh sangat kena jalan. Masuk masuk je mak aih ramai giler manusia. Blur jugak la nak cari mana area kain shawl. Menonong je aku masuk. Rupanya kain shawl kat tingkat atas. Kira kalau naik eskalator tu jalan kedepan sikit pastu masuk kiri. 


Memang rambang mata. Tah berapa kali aku senyum sorang-sorang sebab excited sangat banyak sangat kain cantik cantik. hahaha. Memang tak dinafikan la kat jakel ni lagi banyak choice dari Kamdar. Macam macam color ada. Seronoknya hati den.ho3. Tengah aku dok pilih kain tu memang ada sorang la staff situ dok ikut aku je manjang. Walaupun aku tak gemar sangat dok ikut je (nak wat camane, dah kerja dia), tapi alang-alang tu aku mintak tolong sekali carikan color yang aku nak.haha. Jimat masa.

Berjam jugak la aku dok pusing-pusing. Ada la 7 color aku rembat, macam macam jenis kain aku ambik, chiffon and crepe pun ada. 

Baliknya tu dah petang perut dah lapar, belom lunch. Nasib baik la dekat-dekat situ ada secret recipe and subway. So sebab nak makan yang sihat (sihat la sangat.haha) pergi la makan subway. Seronok je lepak makan situ sebab kedai lengang. Sebab hati gembira dapat kain, makan pun berselera.hahaha.

nyum nyum

Next entry aku citer pasal jahit kain shawl pulak ye.Stay tune...

Monday, 25 January 2016

JALAN - JALAN CARI KAIN SHAWL DI KAMDAR

Assalamualaikum...


Sejak aku dah bertukar dari pashmina ke plain shawl ,sebenarnya aku teringin nak jahit shawl sendiri. Lama dah dok pikir.Sebabnya yang first, shawl yang dijual banyak yang tak menepati citarasaku.cewah.mengade je.haha.Kadang color dah cantik tapi jarang takpun pendek. Second, kalau tengok yng jual online pulak kebanyakkannya harga more than rm25. Pada aku macam mahal la jugak. Bila member cakap beli kain sendiri pastu jahit lagi jimat, aku pun terberangan la jap nak belajar jahit..Aku memang zero bab menjahit. Jahit tangan tu boleh la sikit-sikit, tapi mesin jahit memang tak pernah sentuh.eh sentuh pernah tapi tak pernah guna..

Tapi time tu aku berangan je sebab mesin jahit pun takde.Sampai la tahun ni akhirnya impian aku tercapai gak. Aku dah beli mesin jahit!!! haha excited tak cara aku tulis ni. Memang excited sangat. Next time aku akan story pasal mesin jahit ni, sekarang nak citer pasal pergi kamdar. Kamdar aku pergi ni kat Klang Parade.Secara automatiknya kat klang la kan.heuheuheu. Aku ni memang sangat la jarang pergi klang untuk bershopping kecuali kat bukit tinggi. Klang parade ni kat bandar klang. Sape pernah pergi memang tau la macam mana sesaknya. Disebabkan semangat yang berkobar-kobar nak jahit shawl, lepas balik kerja sabtu tu aku terus la pecut ke klang. Pergi klang pun guna waze aku ni.nama je orang selangor

Memang dah agak mesti jem punya kat klang. Besar rupanya klang parade ni, jakun sekejap.haha. Sampai je terus menuju ke kamdar. Siap tengok directory dulu.haha. First time ni pergi kamdar. Masuk2 je tanya la orang kerja tu kat mana kain untuk buat shawl. Aku ada baca kat blog katanya tak best sangat kat kamdar ni korang kena tengok sendiri la kain-kain yang banyak tu kira staff takde nak temankan ko sangat la.haha. Bezanya kat jakel staff akan layan ko. Tapi aku ni memang jenis yang tak suka orang dok follow ko padahal nak pikir beli kain ape pun dah berjam, boleh mengganggu konsentrasi aku . Memang seronok aku dok pusing-pusing tempat yang sama ada la dalam 10 kali dok mikir nak beli kain yang mana, takde orang kacau kan. Member cakap kalau kain shawl beli yang bidang/inci 60. So boleh potong half dapat la dua shawl color yang sama. Satu ko boleh pakai, satu lagi jual la kat sesape. Pilih punya pilih aku pun beli la 5. Banyak kan? Kalau tak kawal diri sendiri rasanya 10 pun aku boleh beli.heuheuheu.Kat bawah ni antara kain yang aku beli.


Kalau tengok jenis kain tu namanya sume panjang-panjang. Yang aku pernah dengar crepe dengan chiffon je.heuheuheu.


 Yang ni aku ambik yang yellow greenish. Kain lebih kurang macam glitter.

Lagi dua kain tak ambik gambar pulak. Sebab aku dah pening banyak kali pusing sana sini.haha.Sebenarnya kat kamdar ni ade banyak jugak la choice kain tapi banyak yang aku tak minat, dark color. Aku nak cari yang light, baru la nampak muda remaja kalau pakai nanti.heuheuheu.

Lepas penat pilih kain (pilih kain pun penat.) pergi la melantak secret recipe. Belum lunch kan mesti la lapar.Lepas makan terus la balik sebab excited nak jahit.hehe

Yang aku stress bila balik rumah tengok-tengok color dia lain pulak tak macam kat kamdar tadi. Sebab lightning la ni. wuuuu. sob2

Paling mahal yang grey tu rm17 semeter sebab kain tak jarang and tebal.


Monday, 3 August 2015

TIPS JADIKAN SHAWL SENANG DIBENTUK

Assalamualaikum..

Mula mula dulu aku tak kenan nak pakai shawl sebab tak reti macam mana cara nak bentukkan shawl. Dalam hati teringin nak pakai shawl tapi sebab takde keyakinan diri dan tak reti terkuburlah cita cita itu..heuheuheu.Sampai la satu hari tu ex officemate aku cakap "ape susah ko beli la benda yang boleh keraskan shawl tu".aku ni mana la reti.wujud rupanya benda gini..hehe.

Aku pun gigih la cari kat kedai semua takde.Last last cari jumpa kat giant. Harga tak ingat pulak berapa rasanya dalam RM10+.Benda ni namanya Magic Sizing. Bila kat rumah try test kat shawl.Memang excited sebab menjadi.Shawl jadi senang nak bentuk.




Cara nak apply benda ni senang je.Lepas dah siap iron shawl tu, semburkan Magic Sizing kat bahagian atas shawl yang korang nak lipat/bentuk nanti, tak payah tunggu kering, terus je iron kat tempat yang disembur tadi sampai kering.Ironkan sambil tegangkan atas shawl dengan tarik hujung shawl supaya tempat nak lipat tu nanti lurus je...



Sunday, 2 August 2015

SHOPPING DI SHAWL HOUSE~INSTANT SHAWL

Assalamualaikum...

Actually aku start pakai shawl bulan 9 tahun lepas.Lepas dah pakai shawl memang tak layan dah tudung bawal.heuheuheu.agak berlagak di situ.hee.Nanti aku citer camane aku boleh terbukak hati pakai shawl.

Kali ni aku nak citer online shopping lagi.Memang akan berlambak la entry pasal shopping pasni.Aku kan giler shopping.Biase la perempuan..Ni semua salah facebook la banyak je iklan jual itu ini.Mesti la aku terjebak punya.eh.salah fb pulak.ho3.

Actually shawl house ni (KLIK SINI) jual instant shawl.Instant shawl semudah abc.ho3.Sarung je tarik hujung sinun dan sinun dah siap.Sesape yang dah ada anak tu memang sesuai sangat pakai instant shawl.Ye la nak layan anak lagi kalau pakai shawl tak ke kena pin at least 4 tempat.Betul tak?Ke aku je yang banyak guna pin.heuheuheu

Aku sebenarnya jenis yang suka pakai shawl jenis pashmina sebab tak jarang dan shawlnya labuh.So selesa.Aku tak berapa minat shawl chiffon sebab banyak yang jarang pastu pendek.huhu.
So bila aku terjumpa yang shawl house ni, godek2 tengok shawl dia labuh.Takde la labuh sangat at least tutup dada la kan..


Pastu ada banyak sangat choice color. Aku ni pulak peminat color yang malap2.heuheuheu. Godek2 aku pun dh beli 3 SIMPLE INSTANT SHAWL color black, grey and brown.Memang raja segala malap punya color.ho3.Pada aku kalau pakai shawl ni lagi elok pakai inner neck sebab kat area leher tu takde berlapis so jarang sikit.Kalau kat bahagian dada tu shawlnya berlapis-lapis so takde la jarang.

So far memang aku suka la shawl ni sebab senang nak pakai.Sarung pastu pin kat dagu kalau longgar.Bentukkan sikit pastu siap.Aku akan pinkan jugak kat bahu sebab tak selesa senget benget.

Simple instant shawl ni guna High quality Chiffon Georgette. Pada aku kira puas hati la kualiti chiffon ni. Lembut. Selesa. Harganya macam kat atas tu RM32. Delivery charges untuk semenanjung malaysia RM7. Delivery services dia guna POS LAJU ye so memang dijamin cepat sampai..

Insyallah lepas ni mungkin akan beli lagi.hehe