Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Friday, 28 September 2018

JOM ONLINE SHOPPING DI SHOPEE ~ ADDICTED

Assalamualaikum....


Malam ni datang mood nak mengupdate blog. Jadinya jom la kite post seberapa banyak entry yang boleh. Mood ni tak selalu datang. Mcm chipsmore kejap ade kejap takde.Tadi petang kat ofis tetibe je berkobar2 nak menulis. Apo kono eh janggg.

Topik harini. Topik ye.Lama tak guna word ni. Kalau sesape yang peminat tegar online shopping sure korang tau shopee ni. Kalau tak tau tu belom berapa nak tegar. Shopee ni lebih kurang macam lelong, 11 street, lazada, dan yang sewaktu dengannya.

Aku terjebak dengan shopee ni ofismate aku yang introduce. Mula2 kengkonon mcm tak berapa nak layan.haha sebab aku peminat tegar lelong.my. Pastu saje la godek2 tengok harga dia boleh tahan murah. Pantang nampak barang murah melekat terus.Ape nak jadi ni.

Yang paling buat aku melekat tu sebab aku terjumpa denim jacket yang aku minat. Harga pon reasonable. Dah 4 jacket dah aku kebas setakat ni. More to come. Abes la. Bersedialah nak mengeringkan poket yang dah memang kering setiap kali gaji.wuu

Ok jom aku tunjuk macam mana nak shopping kat shopee ni. Actually sama je cara dia mcm yang lain.Kalau dah kaki shopping tu takyah ajar pon bole kan..kan.kan. haha.

Ha lupa nak habaq mai kelebihan shopee ni dia ada "SHOPEE COIN". Ape dia shopee coin sat lagi cheq habaq mai.

Shoppe ni ade app tau. So boleh la download kat google store. Nak guna yang kat website pon boleh tapi app lagi senang.

Ok first korang kena register dulu. Pastu mcm biasa pick item yang berkenan di hati. Nak beli sepuluh ketul pon bolehh. Kalau orang have2 beli 100 ketul apedehal kan. Ok dah confirm click kat 'add to cart'.


Pegi tengok kat cart. Click kat box tepi item tu. Ok dah checked click "check out".



Before tu cer korang tengok kat bawah subtotal tu ade tulis 'earns 12 coin' kan. Ok coin tu korang akan dapat setiap kali beli barang. Berapa amount coin tu bergantung la kat harga barang yang korang beli tu. Coin tu nanti korang boleh guna untuk pembelian mana2 item yang seterusnya. Best ke tak. Best kan. Walaupon tak banyak mana coin tu still dapat kurang harga barang yg kita nak beli tu. 

Ok dah check out. Dia akan keluar mcm ni.
So click "PLACE ORDER".


Pilih la nak buat payment kat bank mana. Banyak choice. Aku selalu guna maybank2u. Click "Next".


Ok bila dah selesai buat payment akan keluar macam ni. So kita tunggu jela barang sampai.



Ha lagi satu sebenarnya...telah lama ku jatuh hati padamu. Eh ternyanyi pulak. Sebenarnya korang boleh cek anggaran shipment tu berapa hari. Click arrow kat "Shipping to".


Biasanya kalau dari China akan ambik masa lebih kurang 20 hari untuk sampai ke tangan kite. Jadi jangan gelojoh ye. Bawakkan bersabar. Aku paham kalau yang shopping online ni mesti sejenis tak sabar nak dapat barang kan. Haha. Aku pon macam tu. Itulah yang tak bestnya beli online sebenarnya. Barang dapat lambat. Tapi redha jela dah nak yang murah kan. Pastu sejenis malas nak pergi kedai. Sis redha. Huuu.

Akhir kata selamat bershopping selamat menghabiskan duit. Aku tolong ajarkan je cara nak beli taw. Aku tak bersalah kalau korang addicted nanti. Ok. Bye.

Monday, 15 August 2016

REVIEW NANARAYYANHIJABS BY SITI NORDIANA

Assalamualaikum...

Red chilli, pistachio & chesnut

Ha seperti yang sedia maklum before ni aku ade bagitau aku terbukak hati nak pakai shawl sebab tertarik tengok Nana (Siti Nordiana) pakai shawl. Cantek je terletak gitu. Labuh dan nampak tak jarang pun. Dulu aku pakai bawal pastu tukar pashmina.Sekarang ni dah pakai shawl. Aku minat shawl chiffon sahaja. And lebih minat yg plain. Corak2 pulak aku rasa mcm tak sesuai dgn muka aku.nampak mcm serabut pulak.haha. tapi ntahla.Akak aku ckp ok jek aku pakai shawl corak2.aku ni mmg sejenis yang cerewet sikit.hihi

Sebenarnya hari ni aku ambik emergency leave disebabkan penyakit yg menyerang setiap bulan. Ape lagi kalau bukan senggugut.huhu. Nasib dah makan ubat. Kurang sikit sakit.Tetibe pulak letrik mati.Spoil betul. Senggugut pastu panas pulak. Tak tahan aih (tak baik merungut.hee) Baik aku buat apape yang aku suke.Menulis. Bila kusyuk buat something mungkin kurang sikit la sakitnya.

Dull pink & Rose pink

Setakat ni aku dah beli 8 helai shawl nanarayyan.5 helai beli time bulan pose hari tu. Lagi 3 helai baru je order minggu lepas. Maybe harini sampai la kat opis. Besokkkk jela aku dpt tgk. Dah hari ni cuti. Aku beli kat stokis Nanarayyan Klang and sungai Buloh. Kalau uols nak usha stok ap yg ade n nak try beli boleh usha kat Instagram nanarayyanhijabs. Ade disenaraikan semua stokis kat situ. Boleh kata semua negeri di Malaysia ni ade stokis Nanarayyan. Brunei & singapore pun ade.Setakat ni stokis yg aku contact alhamdulillah mmg senang urusannya..Barang pun cepat sampai. Harga sehelai rm49.. Bagi aku harga mmg berpatutan kalau tgk kepada kualiti kain.

Kenapa aku suke sangat Nanarayyanhijabs sampai dah repeat order 3 kali. Sebabnya :

1) Kualiti kain mmg tip top. Kain shawl sangat lembut, ringan, selesa. Aku ni walaupun tak sampai setahun pakai shawl berpuluh2 shawl dah aku beli. Color merah je ade la dalam 10 helai.Aku mmg sejenis yg membazir kalau pasal shawl.haha. So sbb aku dah beli mcm2 jenis kain shawl chiffon aku tau nak dapat yg lembut mcm kain Nanarayyan ni mmg ssh. Kebanyakkan yg kat kedai, butik,uptown ke downtown ke pasar malam banyak yang kualiti tak berapa nak best. Kalau nak jahit sendiri mungkin ade la yg berkuliti kat jakel/kamdar tapi aku dah usha pilihan color kdg2 tak berkenan pulak.

Rose pink

2) Labuh shawl (2.0m) memang ngam2 dengan cara aku pakai shawl - (cara Nana pakai). Ade 2 cara yang aku suke dan gunapakai. Kalau uols biase tgk tutorial cara pakai shawl kat utube, mesti pnh tgk kan tutorial by siti nordiana. Actually time aku start pakai shawl tu tutorial Nana tu belom ade lagi kat mana2. Masa tu Nana bz dgn Gegar Vaganza. So aku dengan gigihnya try sendiri berpandukan pic Nana. Haha. Gigih tak gigih. Banyak Kali jugak try. Nasib menjadi. Bila tengok video tutorial Nana eh tak sangka betul la cara aku pakai.hehe.


Cara pakai shawl ala Siti Nordiana (chesnut)

3) Bila shawlnya dah lembut otomatik sangat senang nak gosok dan pembentukan layer bila kita pakai cantik je terbentuk..


Pistachio

4) Pilihan color yg banyak dan memikat hati.cewah.aku paling suke color dull pink n chesnut.

5) Walaupun kain dia lembut tapi tak susah nak bentuk pun.Before ni kalau aku pakai shawl kdg2 guna magic spray. Untuk keraskan shawl senang bentuk muncung. Tapi bila aku try tak sembur kat shawl Nana ni OK pulak senang jugak nak bentuk. So sekarang ni aku mmg tak pernah guna penyembur pun kalau pakai shawl Nana ni.

Dull pink
  
Uols boleh tengok kat page fb - NanaRayyan by SND. Kat ig pulak nanarayyanhijabs. Sape yg tak minat shawl plain ade banyak jugak koleksi terbaru fancy shawl yg bercorak2. Cepat2 la ye pergi order sementara stok masih ade. Aku kadang2 nak order ade color tu blom restock or dah habis..mmg laku mcm pisang goreng.hehe.boleh try tanya kat stokis lain kalau stock takde. Selamat bershopping...!


Sunday, 2 August 2015

SHOPPING DI SHAWL HOUSE~INSTANT SHAWL

Assalamualaikum...

Actually aku start pakai shawl bulan 9 tahun lepas.Lepas dah pakai shawl memang tak layan dah tudung bawal.heuheuheu.agak berlagak di situ.hee.Nanti aku citer camane aku boleh terbukak hati pakai shawl.

Kali ni aku nak citer online shopping lagi.Memang akan berlambak la entry pasal shopping pasni.Aku kan giler shopping.Biase la perempuan..Ni semua salah facebook la banyak je iklan jual itu ini.Mesti la aku terjebak punya.eh.salah fb pulak.ho3.

Actually shawl house ni (KLIK SINI) jual instant shawl.Instant shawl semudah abc.ho3.Sarung je tarik hujung sinun dan sinun dah siap.Sesape yang dah ada anak tu memang sesuai sangat pakai instant shawl.Ye la nak layan anak lagi kalau pakai shawl tak ke kena pin at least 4 tempat.Betul tak?Ke aku je yang banyak guna pin.heuheuheu

Aku sebenarnya jenis yang suka pakai shawl jenis pashmina sebab tak jarang dan shawlnya labuh.So selesa.Aku tak berapa minat shawl chiffon sebab banyak yang jarang pastu pendek.huhu.
So bila aku terjumpa yang shawl house ni, godek2 tengok shawl dia labuh.Takde la labuh sangat at least tutup dada la kan..


Pastu ada banyak sangat choice color. Aku ni pulak peminat color yang malap2.heuheuheu. Godek2 aku pun dh beli 3 SIMPLE INSTANT SHAWL color black, grey and brown.Memang raja segala malap punya color.ho3.Pada aku kalau pakai shawl ni lagi elok pakai inner neck sebab kat area leher tu takde berlapis so jarang sikit.Kalau kat bahagian dada tu shawlnya berlapis-lapis so takde la jarang.

So far memang aku suka la shawl ni sebab senang nak pakai.Sarung pastu pin kat dagu kalau longgar.Bentukkan sikit pastu siap.Aku akan pinkan jugak kat bahu sebab tak selesa senget benget.

Simple instant shawl ni guna High quality Chiffon Georgette. Pada aku kira puas hati la kualiti chiffon ni. Lembut. Selesa. Harganya macam kat atas tu RM32. Delivery charges untuk semenanjung malaysia RM7. Delivery services dia guna POS LAJU ye so memang dijamin cepat sampai..

Insyallah lepas ni mungkin akan beli lagi.hehe


Friday, 31 July 2015

JOM SHOPPING DI ZALORA~BEST

Assalamualaikum....


Ha sapa yang suka tengok tv mesti tau kan zalora ni apa.Aku ingat lagi iklan dia yang ada orang menjerit tu.Time tu dah lama dah.Sekarang baru terbukak hati nak bershopping kat sini.Sebenarnya zalora ni adalah website yang menjual semua yang berkaitan dengan fashion secara online contohnya kasut, jam,pakaian,beg etc..Kita tak payah dah susah payah pergi sogo tuk beli barang-barang ni.(erk,kenapa sogo).haha.


Website jual beli online yang first aku try before zalora adalah lelong.com.my.Banyak giler kot barang kat lelong dan banyak giler jugak la aku dah terbeli kat lelong.hihihi.Untuk lelong lain kali aku citer.

Macam mana aku boleh terjebak kat zalora ni sebab aku ternampak satu jam tangan yang aku berkenan.Walaupun harga jam tu agak mahal (mahal ke x bagi korang kalau RM50+), ke aku je rasa mahal.haha.Before ni aku tak pernah la beli barang online harga lebih dari RM50,yela sebab takut tak sampai pulak kat tangan kita dengan selamat.Tapi disebabkan aku nak sangat jam tangan ni, aku redah je.Harap2 la takde problem..ho3.

Ok.Sekarang aku nak citer macam mana nak bershopping kat zalora ni.Mula-mula korang sign up dulu.Buat account.Bila dah ada account baru boleh bershopping.



Isi la apa yang patut kat tempat kosong kat bawah ni..


Ha sekarang dah register, korang boleh la cari barang apa yang berkenan di hati...





Kalau ada coupon/voucher, masukkan code kat bawah total prices.Kalau coupon tu valid, nanti dia akan automatic calculate.

Lepas dah SECURE CHECKOUT, korang click la yang mana patut.Pilih nak COD or nak bayar guna online banking.Aku guna maybank2u..Untuk delivery, zalora hanya guna GDEX sahaja, dan untuk COD pulak guna service TAQBIN.

Untuk shipping fee pulak, barang below RM75, untuk West Malaysia (Semenanjung Malaysia) akan dicas RM5 dan East Malaysia (Sabah&Sarawak) RM10.Kalau lebih dari RM75, delivery charge free..



Aku place order and bayar hari ahad pagi.Dan zalora ship barang ni ahad tengah hari,terus dapat tracking no.tracking no zalora akan send kat email kita.Memang agak cepat la.Pastu hari isnin bila check kat GDEX barang aku ada problem "missort between route".Ingatkan dapat lambat, rupanya hari selasa petang dapat dah..Mungkin sebab company aku dekat penghujung dekat ngn laut kot,tu yang dia boleh tersilap.haha.So far, ok la zalora ni.Service memang sangat cepat.Barang pun berkualiti.Packaging bagus,..Boleh beli lagi ni.ngeh ngeh ngeh.

MAYBANK2U ~ TAC NO

Assalamualaikum..



Harini aku nak share info pasal maybank2u. Al kisahnya cerita yang menyedihkan,wahaha,time mula mula nak start shopping online aku pun memandai la try shopping kat lelong. Time ni memang innocent giler. Ade maybank tapi takde maybank2u. Register maybank2u tapi tak tau kena guna TAC no. Tup tup bila nak bayar kat lelong no phone belum register kat bank.heuheuheu

TAC no. ni sebenarnya adalah satu no yang kite akan dapat dari bank setiap kali nak guna maybank2u untuk pembelian online.Bank akan sent no kat hp kite.So kena la register no phone kite kat bank supaya dapat la bank send TAC no.Ada paham?Ayat aku pun dah tunggang langgang.heuheuheu.

Nak register pergi je mana-mana cawangan maybank, pastu isi form,tanya je akak2 kerja situ nak guna borang yang mana, ambik no giliran, pastu orang bank akan panggil ko tunggu la dalam 8 minit dia godek2 cop2 mana patut,dah siap dan boleh terus guna.

Try la guna maybank2u pastu try beli topup tengok dah activate belum TAC no korang...Senang jer kan..Actually before ni register phone no for TAC boleh buat kat ATM je tapi sekarang dah tak boleh disebabkan faktor keselamatan katanya...

So sesape yang nak start shopping online tu pastikan register no phone anda di bank ye untuk TAC no...

Thursday, 30 July 2015

CARA DAN TIPS SHOPPING DI LELONG

Assalamualaikum...

Harini aku nak share ilmu untuk membeli barang online.First website aku beli barang online adalah lelong.Start beli tahun lepas.Lepas dah terer membeli tu memang susah nak stop. Dah berpuluh barang aku borong.agaga.

1)First yang korang kena buat kena la register dulu jadi member lelong. Jangan risau nak sign up free je.Sign up kat lelong.com.my.


2)Isi semua yang blank tu.Pastu tekan register.
*User ID adalah nama yang korang akan guna di setiap urusan jual beli, hantar komen or pertanyaan.


3) Lepas dah register boleh la teruskan untuk pilih yang berkenan di hati..Boleh pilih kat categories tepi belah kiri.Macam macam ada.ho3.Lepas dah jumpa item yang nak dibeli, pilih dulu kat option.Tekan BUY NOW.




4)Lepas tu barang akan masuk dalam CART macam kat bawah ni.Boleh la tengok sekali kedai tu cas gst ke tak kat barang korang.huhu.Tekan PROCEED TO CHECKOUT


5)Isikan address untuk hantar barang korang tu..Tekan CONTINUE



6)Tekan PLACE ORDER




7)Pilih cara nak bayar.Aku guna online banking maybank2u sebab akaun tu je yg aktif dan senang.agaga.Pastikan maybank2u korang dah register kat cawangan maybank berhampiran ye (untuk TAC NO).Tekan PAY NOW
*toksah risau ada tulis netpay tu.Netpay tu bagus untuk protect buyer kalau jadi pape kat urusan jual beli.Nak tau lebih lanjut boleh search kt google ye..hehe



8) Lepas tu automatik akan link ke website online banking yang dah dipilih..Lepas dah bayar dan seller dah courier barang korang tu, page akan tunjuk macam kat bawah ni..Lelong akan send email inform barang dah di courier sekali dengan tracking no..


TIPS


1)Sebelum beli barang, pastikan compare dulu harga.Ada banyak choice, kadang-kadang ada yang cekik darah. So pastikan tak kena tipu dengan harga.Dan kena ingat barang murah sangat pun suspicious tau.

2)Buat dulu research pasal kedai yang korang nak beli barang tu. Baca semua info (yang aku highlight dalam kotak merah) yang ada.

3)Contohnya, kedai tu jual banyak barang tak.Kalau setakat 2-5 items, baik tak payah beli kat situ.Tapi kalau korang yakin takpe sila la beli.takde halangan.agaga

4)Tengok rating kedai tu.Boleh click kat % tengok comment buyer.Kalau 100% mungkin selamat, tapi aku selalu beli je even 97-99% sebab barang below rm30 so takde la risau sangat.

5)Untuk pastikan takde masalah stok, setiap kali nak beli aku akan tanya dulu ada stok ke tak.Nak PM seller pun boleh.Tanya apa saja korang nak tanya.Tapi make sure baca dulu info yang ada.Tak pasal2 seller menyirap je nak jawab soklan meraban.hehe

6)Setakat ni delivery yang aku percaya memang pos laju la.Paling lambat pun 3 hari.Pernah jugak guna SKYNET,AIRPAK,ABX.Skynet pun ok je.Airpak pulak kalau time ada perayaan memang agak lambat sampai seminggu.Lagi-lagi kalau address korang kat hujung hulu sinun,macam ofis aku la..huhu.Kalau tak nak guna delivery service yang seller dah tetapkan, try la tanya seller kalau boleh tukar.



Ni je la sedikit sebanyak ilmu yang aku boleh share..semoga dapat membantu sesape yang baru berjinak2 dengan online shopping :) Selamat bershopping!!