Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Monday, 3 June 2019

BELI DSLR NIKON D3500 DI HARVEY NORMAN ~ SAYA NOOB

Assalamualaikum..


Setelah 3 hari cari mood nak menulis harini baru jumpa mood tu. Over naw nak tulis pon nak ada mood. haha. Sebab apa takde mood sebab tak bawak laptop balik rumah mak so malas nak taip kat phone. Pastu dengan noob nya baru terpikir boleh connect keyboard and mouse kat phone or tab. Asalkan phone korang ada fungsi otg (on the go) boleh sambung weyh. Serius memang memudahkan hidup aku. Kenapa la dari dulu tak terpikir. Kalau tak mesti hari2 aku update blog. (Yeke?). Ni aku dah bagitau korang jangan jadi noob sangat macam aku sudah. haha

Ok back to the tajuk entry, aku nak citer pasal aku beli DSLR yang aku idam2kan sejak 4 ke 5 tahun lepas. Sadis lama benaw baru dapat. Sebabnya walaupon dah lama aku nak sangat DSLR ni aku macam tangguh2 nak beli sebab rasa macam bukan keperluan walaupon aku sangat2 perlukan DSLR untuk blog food photograpghy aku Buns Lover. Since aku dah kurang aktif kat blog yang tu so hajat nak beli banyak kali tertangguh.

DSLR ni aku beli bulan 2. Biasa la kan time baru dapat bonus jadi orang kaya sekejap.haha. Dan aku rasa dah masanya aku beli sebab aku nak perubahan dalam hidup (tiber). Aku sangat2 nak ambik gambar Nana yang cantikn HD. Aku punya passion dalam photography ni kan (especially in food photography and candid photography (only for Nana) agak over sampaikan boleh shaking bila excited sebabkan adrenaline rush. So walaupon aku tau duit aku akan habis yilek nanti sebab beli DSLR ni aku tetap nak beli jugak. Semahal mana pon phone takkan setanding dengan DSLR. Dan feel guna DSLR sangat lain dengan phone.

Disebabkan aku seorang yang noob, aku tak berapa tau pasal DSLR. Aku tak pernah pon guna DSLR haha.  Kalau pasal photography aku tau sikit2 pasal ISO,aperture and shutter speed dan basic photography yang lain sebab dah lama aku buat food photography untuk blog (since 2013). Tapi amatur je. So bila nak beli DSLR aku pening jugak nak tengok spec apa. Aku memang dah tetapkan bajet aku maximum rm2500 so bila usha2 terjumpa la latest model from Nikon. Aku ada jugak tanya2 member yang photographer tapi masa aku tanya tu aku dalam kepala dah aim nikon d3500 so sebenarnya aku tanya tu tak tau untuk ape. haha. Aku ni kalau dah suka sesuatu susah nak tukar fikiran. Tapi aku appreciate la pandangan dorang sebagai professional photographer. Thanks uols.

D3500 ni aku suka sebab latest version, sesuai dengan bajet aku, kalau baca review katanya size kecik sedap dipegang, tak berapa berat sangat. Paling penting aku nak camera yang boleh produce gamba yang sharp.  Baca banyak review katanya nikon lebih sharp dari canon. Kalau pasal ISO pulak aku tak ambik kisah sangat sebab biasa show Nana cukup lighting sebab kat stage. Kalau terpaksa in case tak cukup lighting boleh guna flash. Mungkin kadang2 gamba akan ada noise tapi asalkan sharp still ok. Ade jugak  beberapa kekurangan kat D3500 ni. Contoh macam takde wifi. Bukan touch screen. Tapi sebab aku dah tersuka aku still nak jugak. haha. Lagipon time tu aku rasa kekurangan dia tak berapa nak bagi kesan kat aku. 


Bila dah tau nak beli yang mana, cari pulak nak beli kat mana. Mula2 macam nak beli online macam kat shopee or lazada sebab harga agak murah. Tapi aku risau pulak takot kang kena tipu tak dapat yang ori. Dah la aku takde knowledge pasal DLSR. Bila pikir banyak kali aku pon decide nak beli kat harvey norman sebab situ ofkos ori. Walaupon harga dia tak semurah yang online still aku taknak ambik risiko. Cek kat website harvey, kat Aeon area aku ni takde stock pulak. Yang kedua paling dekat kat Setia City Mall. Sebab aku malas nak tangguh2 dah so aku laju2 la pi sana beli. Aku risau tangguh2 nanti duit aku ntah ke mana mana.

Actually not bad gak kat Harvey Norman ni sebab sekali dengan kit lens 18-55mm + Memory card 16GB + Bag + Lens filter + Cleaning kit + Cloth micro fiber harga total Rm2380.


Sebab time ni nikon ade promo, warranty 1 year boleh extend jadi 2 years. Dan dapat jugak free gift tambahan battery. Kena buat online registration kat website nikon and redeem promo nanti dia akan courier battery tu.  Memang sangat memudahkan ada dua battery. Kalau la tibe2 tengah kat event battery habis ada backup. Or ko punya event back to back tak sempat nak charge battery. Actually ada lagi promotion yang harvey norman tawarkan tapi sebab bajetku tak mengizinkan (sedih) aku tak ambik la promo tu walauppn banyak advantage nya.

Ok sampai sini je kot dulu. Nanti aku pikir lagi nak share ape lagi kalau ada. Maybe contoh picture Nana and accesorries yang aku dah beli. Or kalau ade suggestion just drop your comment di ruangan komen. TQ!

p/s : Doakan aku murah rezeki sebab aku nak beli zoom lens 55-300mm pulak pasni.Ching! 

Wednesday, 24 October 2018

TEMPAT MENARIK KUANTAN ~ KULA CAKES MANGO CHEESECAKE YUMMY

Assalamualaikum..


Kula cakes? Apekah kula cakes ni sebenarnya tuan tuan dan puan. Tempat ni sangat la popular dikalangan orang kuantan ye dan pernah masuk paper.

Ceritanya 2 minggu yang lepas Nana ade show kat kuantan. Jadinya aku ngn sorang member (memang selalu pegi dengan dia) pergi la terjah show Nana kat RTM pahang. Disebabkan show konsert tu start malam so kitorg yang sampai kat pahang dalam tengah hari tu pergi la sat kula cakes jalan2 cari makan.

Aku tau tempat ni aku tanya ofismate aku asal kuantan kalau2 ade tempat best boleh la nak singgah. Dia pon suggest tempat ni katanya mango cheesecake dia popular and sedap. 

Aku ni memang sejenis suka dessert (wpon nak makan manis rasa bersalah) excited la nak pergi tengok ape yang best sangat kan.

Alkisahnya time pegi kuantan ni aku tak sihat. Sakit tekak giler and batuk. Asek rasa nak muntah. Terpaksa la sis telan strepsil 24 jam nak bagi lega sikit tekak n jiwa. Bila dah sakit tu mood nak makan pon ke laut la jugak. Tapi sebab dah datang sini so rugi la kan tak gi. Gigihkan jugak pergi.

Yang pasti sangat la berbaloi. Ha kenapa. Ni la nak citer.

Kula cakes ni tak jauh pon dari RTM pahang. Memang kat bandar. Tempatnya kat area rumah kedai. Kawasan ni kira cantik la sebab bangunan dia style lama2 gitu.

Kat area sini agak susah nak cari parking. Rasanya ada la dalam 3 kali kot pusing tempat sama cari parking. Bernasib baik dapat parking. Dan korang jangan lupa pulak bayar parking ye. Guna kupon. Kupon tu dun worry. Boleh beli kat kedai2 berdekatan. Nak tau kedai mana yang ade boleh tengok kat depan kedai ade signboard agen tiket.

 So inilah dia kula cakes


Datang2 je dah ramai uols. Beratur hokeyh. Kedai dia sebenarnya kecik je. Walaupon kecik tapi ade laman kat sebelah. Cantik laman dia. Macam dalam taman gitew. Uols makan2 kat taman ni la.



Kalau ikut napsu makan ni ofkos la nak makan mango cheesecake. Signature dish kan. Tapi tengah sakit tekak. Makan mango kan makin teruk pulak. Dah la esoknya nak pegi event nana kat putrajaya. Jadinya aku suh la member aku yang order. Boleh la aku rasa. Sikit pon jadila. Wuu sadis. Aku pulak order chocolate moist.

 Tutup setiap hari isnin

Nampak tak air pon air mineral je.huhu


Taraaa. Ni la mango cheesecake kula cakes. Cheesecake ni bagi aku memang sedap. Atas tu dia siap letak sos mango tau. Rasa just nice. Tak masam sangat tak manis sangat. Yang penting bila makan tu rasa segar je sebab sejuk pastu ade fresh mango. So memang puas hati la.



Chocolate moist pulak bagi aku ok. Kek dia tu nak kata moist sangat tu tak. Aku prefer lebih moist. Tapi ok la sedap sebab chocolate dia pahit. Aku memang suka chocolate pahit. Kek coklat mcm ni tak boleh makan banyak2 sebab cepat muak. Kek ni memang dense. Overall sedap.

Sambil2 makan korang boleh la nak bergambar sebab landskap memang cantik. Lama jugak kitorang lepak sini. 3 jam kot.haha lama kan. Berbaloi datang sebab mango cheesecake dia sedap dan tempat cantik.


So korang jangan lupa singgah tempat ni kalau datang ke kuantan k. Chow cincau!

Sunday, 28 August 2016

REVIEW JAPANESE HORROR MOVIE "SADAKO VS KAYAKO" SERAMMMMMM

Assalamualaikum..


Lama jugak aku tak buat review movie.. Padahal kerap sangat dah aku tengok wayang lately. Boleh kata every week. Disebabkan ada movie yang tak best yang aku dah tertengok (The girl in the photograph & Blackburn) jadinya macam dok pikir nak buat review ke tak..Ni aku pilih la movie yang baru je aku tengok apa lagi kalau bukan movie momok Sadako Vs Kayako. heuheuheu. Aku ni dari dulu memang peminat tegar citer hantu..Hentahla kenapa. Memang tegar yang teramat. Dulu time kat u memang hobi aku download movie seram/hantu. Pastu layan ramai-ramai dengan roomate sambil makan. Wah kenangan manis sangat..hehe. Sekarang ni dah rajin pergi tengok wayang sorang-sorang memang mengadap movie seram je la keje aku.hihi

Aku sebenarnya dah lama tak tengok movie seram jepun.. Tak ingat last tengok dulu movie ape tah. So bila dapat tengok hari tu rasa fresh n best sangat. Hantu jepun memang seram and ngeri. Lagi-lagi Sadako ni hantu Ju-on kan. Ju-on semua orang tau kan dulu memang jadi fenomena. Dengan bunyi unik dia tu, fuh memang seram giler. Movie ni aku tengok dua minggu lepas. Balik kerja je terus Zasss ke Jusco. Mula-mula ingat nak book online je selalu memang buat gitu. Tapi tak boleh pulak. Mungkin sebab dah dekat sangat masa tayangan. Terpaksa la beli kat kaunter. Nasib takde orang.hihihi. Macam biasa before masuk wayang mesti makan dulu kat Subway. Nak layan hantu-hantu ni kena ada banyak tenaga. Banyak terkejut2 kan.heuheuehu. 

Kalau tengok pada tajuk movie ni ada dua hantu kan. Sadako and Kayako. Okey. Sadako ni adalah hantu dalam Ju-On and Kayako hantu dari citer The Ring. Aku honestly tak ingat sangat pun cemana jalan citer Ju-on and The Ring tu. Sebab zaman bila tah aku nengoknya. Yang aku ingat hantu Ju-on tu color biru.hahaha.

Ok moh la kite ke part review. Maap la ye aku memang suka bebel-bebel dulu baru masuk ke main topic.ngee. Aku tulis sikit la sinopsis dia.


Movie ni mengisahkan mengenai 2 pelajar uni (Yuri & Natsumi) ni nak pergi beli video player yang zaman 90-an punya tu kat satu kedai barangan letrik terpakai. Bawak balik je bila nak try guna dalam tu ada video tape lama. Video tape tu mmg nampak dah buruk la. So budak2 ni memang rasa ingin tahu ni kuat dorang tengok la ape yang ada dalam video tape lama tu. Memang cari nahas la sebab itu adalah video tape Kayako. Kalau tak silap dalam The Ring sape yang tengok video tu masa dalam 2 hari akan mati. Macam-macam cara dorang buat untuk buang sumpahan tu tapi tak menjadi sampaila Natsumi dan beberapa orang yang nak tolong dorang akhirnya mati.. Yang tinggal cuma Yuri.

Dalam situasi lain pulak ada satu family (ade sorang anak perempuan Suzuka) ni baru pindah rumah. Depan rumah dorang ni ada satu rumah tinggal. Sesape yang masuk rumah tu mesti tak keluar punya. Kalau dapat keluar pun lambat laun mati la mcm kena sumpahan gitu. Aku tak sure ni ke rumah dalam Ju-on. Or The Ring sebab belakang rumah tu ada perigi macam dalam The Ring. So nak dijadikan cerita Suzuka ni masuk dalam rumah tinggal tu nak selamatkan sorang budak. Parents Suzuka pun masuk jugak sebab nak selamatkan dia. Parents Suzuka mati dan tinggallah Suzuka sorang2 dengan sumpahan itu..

Time ni ada sorang lelaki, Keizo dan budak perempuan cacat penglihatan, Tamao janji nak tamatkan sumpahan tu. Caranya adalah dengan mencampurkan dua2 sumpahan tu. Maknanya Yuri dan Suzuka masing2 mesti la ada dua2 sumpahan. So hantu-hantu tu akan berebut dan bergaduh. 
Tapi rancangan tu tak menjadi. Mula-mula memang hantu2 tu bergaduh. Last-last dorang bergabung jadi hantu yang lagi dahsyat..

Pendapat aku adakah movie ni berbaloi ditonton?  Ok kalau part horror,thrill,suspen memang best. Scene dalam rumah tinggal tu memang seram yang amat. Dan hantu Ju-on yang merangkak tu memang scary tahap 8. Plot cerita pulak not bad, unik dan fresh. Belum pernah nampak kat mana-mana movie. Cuma part ending la sedih sikit sebab Yuri korbankan diri dia untuk terjun dalam perigi padahal ape yang dia buat tu takde effect pun kat hantu2 tu. Dan yang paling tak best semua orang mati...aku macam tercengang jugak la bila wayang dah terang movie dah abes.. Dok pikir "camni ke ending" ciskek betol. Nasib la movie best. Kalau tak, mau boikot citer jepun sebulan. Eh sebulan je.heuheueheu.

Conclusionnya, movie best tapi ending tak best..Korang pikir2 la sendiri berbaloi ke tak nak tengok kat wayang..heuheuheu.

Monday, 15 August 2016

REVIEW NANARAYYANHIJABS BY SITI NORDIANA

Assalamualaikum...

Red chilli, pistachio & chesnut

Ha seperti yang sedia maklum before ni aku ade bagitau aku terbukak hati nak pakai shawl sebab tertarik tengok Nana (Siti Nordiana) pakai shawl. Cantek je terletak gitu. Labuh dan nampak tak jarang pun. Dulu aku pakai bawal pastu tukar pashmina.Sekarang ni dah pakai shawl. Aku minat shawl chiffon sahaja. And lebih minat yg plain. Corak2 pulak aku rasa mcm tak sesuai dgn muka aku.nampak mcm serabut pulak.haha. tapi ntahla.Akak aku ckp ok jek aku pakai shawl corak2.aku ni mmg sejenis yang cerewet sikit.hihi

Sebenarnya hari ni aku ambik emergency leave disebabkan penyakit yg menyerang setiap bulan. Ape lagi kalau bukan senggugut.huhu. Nasib dah makan ubat. Kurang sikit sakit.Tetibe pulak letrik mati.Spoil betul. Senggugut pastu panas pulak. Tak tahan aih (tak baik merungut.hee) Baik aku buat apape yang aku suke.Menulis. Bila kusyuk buat something mungkin kurang sikit la sakitnya.

Dull pink & Rose pink

Setakat ni aku dah beli 8 helai shawl nanarayyan.5 helai beli time bulan pose hari tu. Lagi 3 helai baru je order minggu lepas. Maybe harini sampai la kat opis. Besokkkk jela aku dpt tgk. Dah hari ni cuti. Aku beli kat stokis Nanarayyan Klang and sungai Buloh. Kalau uols nak usha stok ap yg ade n nak try beli boleh usha kat Instagram nanarayyanhijabs. Ade disenaraikan semua stokis kat situ. Boleh kata semua negeri di Malaysia ni ade stokis Nanarayyan. Brunei & singapore pun ade.Setakat ni stokis yg aku contact alhamdulillah mmg senang urusannya..Barang pun cepat sampai. Harga sehelai rm49.. Bagi aku harga mmg berpatutan kalau tgk kepada kualiti kain.

Kenapa aku suke sangat Nanarayyanhijabs sampai dah repeat order 3 kali. Sebabnya :

1) Kualiti kain mmg tip top. Kain shawl sangat lembut, ringan, selesa. Aku ni walaupun tak sampai setahun pakai shawl berpuluh2 shawl dah aku beli. Color merah je ade la dalam 10 helai.Aku mmg sejenis yg membazir kalau pasal shawl.haha. So sbb aku dah beli mcm2 jenis kain shawl chiffon aku tau nak dapat yg lembut mcm kain Nanarayyan ni mmg ssh. Kebanyakkan yg kat kedai, butik,uptown ke downtown ke pasar malam banyak yang kualiti tak berapa nak best. Kalau nak jahit sendiri mungkin ade la yg berkuliti kat jakel/kamdar tapi aku dah usha pilihan color kdg2 tak berkenan pulak.

Rose pink

2) Labuh shawl (2.0m) memang ngam2 dengan cara aku pakai shawl - (cara Nana pakai). Ade 2 cara yang aku suke dan gunapakai. Kalau uols biase tgk tutorial cara pakai shawl kat utube, mesti pnh tgk kan tutorial by siti nordiana. Actually time aku start pakai shawl tu tutorial Nana tu belom ade lagi kat mana2. Masa tu Nana bz dgn Gegar Vaganza. So aku dengan gigihnya try sendiri berpandukan pic Nana. Haha. Gigih tak gigih. Banyak Kali jugak try. Nasib menjadi. Bila tengok video tutorial Nana eh tak sangka betul la cara aku pakai.hehe.


Cara pakai shawl ala Siti Nordiana (chesnut)

3) Bila shawlnya dah lembut otomatik sangat senang nak gosok dan pembentukan layer bila kita pakai cantik je terbentuk..


Pistachio

4) Pilihan color yg banyak dan memikat hati.cewah.aku paling suke color dull pink n chesnut.

5) Walaupun kain dia lembut tapi tak susah nak bentuk pun.Before ni kalau aku pakai shawl kdg2 guna magic spray. Untuk keraskan shawl senang bentuk muncung. Tapi bila aku try tak sembur kat shawl Nana ni OK pulak senang jugak nak bentuk. So sekarang ni aku mmg tak pernah guna penyembur pun kalau pakai shawl Nana ni.

Dull pink
  
Uols boleh tengok kat page fb - NanaRayyan by SND. Kat ig pulak nanarayyanhijabs. Sape yg tak minat shawl plain ade banyak jugak koleksi terbaru fancy shawl yg bercorak2. Cepat2 la ye pergi order sementara stok masih ade. Aku kadang2 nak order ade color tu blom restock or dah habis..mmg laku mcm pisang goreng.hehe.boleh try tanya kat stokis lain kalau stock takde. Selamat bershopping...!