Wednesday, 2 November 2016

SENANGNYA BELI TIKET DENGAN TGV KIOSK ~ KAKI WAYANG

Assalamulaikum..

TGV Ticketing Kiosk


Tgv kiosk? Apa benda tu?

Ha ni yg aku nak habaq mai. Aku dulu pun tak tau pe benda tgv kiosk ni. Walaupun selalu je nampak mesin layan diri tu kat sebelah kaunter beli tiket. Tapi buat mcm tak nampak pulak kewujudan mesin itu. Haha

So alkisahnya semalam balik kerja nak tengok citer the accountant. Ade Ben affleck.hihi. Macam biase la book tiket online. Tah kenapa pelik hand phone aku ni tetibe buat hal. Tak boleh nak log in pulak kat website tgv. So aku cadang la nak beli tiket kat kaunter je. Lagipun lambat lagi wayangnya lepas maghrib. So sampai je depan tgv tu aku pun terpandang la mesin kiosk tu. Takde orang guna pun. Aku pun decide la nak try. Sebab pernah baca kat blog senang je gunanya.


Ha meh sini aku bgtau cara nak guna. Sape yang ada tgv movieclub card slide kan dulu kad tu. Ade slot kat bahagian bawah. Ade instruction kat slot tu. Kalau takde kad pon takpe. Boleh je guna. Skip la part slide card tu.Lepas mesin dah verify kad tu boleh la scroll n pilih la movie apa nak tengok. Pastu pilih time, seat. Sama je mcm kita book ticket online/kaunter bezanya yang ni kita buat kat mesin kiosk tu. Last sekali payment guna credit card or debit card. Aku guna maybank debit card. Tunggu jap dalam 30 saat lebih kurang payment selesai. Tak payah masukkan detail apape pon. Lepas dah selesai segedebuk keluaq la tikey dari mesin itew.hihi. Done! Senang je kan. Tak payah nak beratur dah.


So lepas ni pakat mai ramai2 guna mesin layan diri ni. Tapi kalau tak silap tak semua tgv ada kiosk ni. Tak banyak tempat ada. Tempat yang ada tu jom la kita menggunakan kemudahan yang disediakan ye.Mcm kerja kat TGV pulak aku ni. Sakan mempromote.hihi.

Sunday, 25 September 2016

REVIEW MOVIE VOLKSWAGEN KUNING ~ NOT WORTH TO WATCH

Assalamulaikum...

Pic credit to cinema.com

Aku ni kalau nak tulis review untuk movie biasanya aku akan pilih movie yang best2 je. Yela kan buat apa nak tulis panjang-panjang kalau movie tu tak best.. Biasa kalau benda tu buat kita happy barula kita nak share dengan orang lain.

Tapi kali ni lain. Kali ni aku nak share review pasal satu movie melayu iaitu "Volkswagen Kuning" yang baru keluar kat wayang minggu ni. Buat pertama kalinya aku buat review movie yang tak best. Minggu lepas aku ada tengok movie "Blair Witch". Movie horror jugak. Walaupun movie tu tak berapa best tapi masih dalam kategori boleh layan. Seram memang seram dan takdela rasa sampai nak keluar dari wayang. Tapi Volkswagen kuning ni ya ampunnn memang paling tak terkata pernah aku tengok. Baru tengok dalam setengah jam dah rasa nak muntah, boring, nak marah. 

Untuk pengetahuan semua aku memang peminat tegar movie horror/mystery/thriller. So bila ada keluar wayang untuk 3 genre ni aku akan serbu la tgk kat wayang. Tapi of course aku aku akan baca review n rating kat IMDB and blog baru pikir berbaloi ke nak tengok. Review pun sebenarnya tak semua boleh ikut. Lagipun taste orang lain-lain. So kadang2 redha jela kalau tertengok movie yang tak best.

Same la macam Volkswagen Kuning ni. Aku mula-mula macam teragak-agak betul ke nak tengok. Silap aku jugak tak tengok trailer pastu pergi baca review kat satu website kononnya kata movie ni not bad. Penghayatan watak yg bagus & bla bla bla buat aku terjebak pulak pergi tengok.  Please la penulis kalau ye pun nak support movie melayu tolong la jujur. Aku pun akan support kalau movienya berkualiti macam munafik tu. Yang ni.Tak tau la nak cakap. Disebabkan movie ni dibuat oleh MIG pictures aku sebenarnya dah agak dah outcome nya cemana. Mintak maap la mmg selama ni movie lain dari produksi yang sama mmg mengecewakan. Cumanya aku tak sangka la tak best tu tak best yang melampau. Ok ape benda yang tak bestnya aku listkan satu-satu.

1) Pelakon

First of all nk cakap aku mmg tak set high expectation la kat heroin sebab pelakon baru. Walaupun aku tak minat tapi aku pikir taknak la judge before tengok. Hero pulak pernah tengok dia berlakon OK la not bad. Biasa2 je n still boleh hadam..Tapi..... Kenapa dalam movie ni dua2 pelakon dua2 sangat teruk lakonannya. Padahal uols pelakon kan. Bukannnya penyanyi. Kalau penyanyi boleh lagi nak maapkan. Even penyanyi feveret aku berlakon lagi better dari dua orang ni. Heroin cakap dah la macam baca skrip. Keras. Yang hero pun terikut keras sekali. Rasanya before ni takde la teruk mcm ni.

2) Storyline

Storyline pulak memang tak suspense langsung. Tak de pun dalam hati aku ni nak tau apa yang jadi lepas tu. Penceritaan sangat membosankan sampai memang tak sanggup nak tengok. Aku rasa semua orang boleh agak kot ending movie ni cemana sebab cliche. Jujurnya memang aku rasa nak keluar dari wayang tp sebab tak nak menggangu penonton kat belakang aku tahan je..

3) Supporting actor/actress

Kalau ikut review dari penulis website yang aku bagitau tadi, dia cakap watak Pak Ayob & Raudhah tu berlakon penuh penghayatan. Aku mengaku memang dorang berlakon much better than pelakon utama tapi masih belum dalam penghayatan sepenuhnya. Biasa-biasa je. Takdela la sampai nak trendingkan pon ungkapan Pak ayob air jampi minum dalam masa 7 haribak kata penulis website tadi.

4) Genre

Aku rasa movie ni salah genre kot. Sebab sikit pun tak seram. Betul la kata penulis blog tu "Volkswagen Kuning bukan sekadar filem seram biasa". Memang "luarbiasa" sangat.

Actually aku ni bukanlah seorang yang anti movie melayu. Banyak jugak movie melayu yang aku dah tengok kat wayang sedangkan ramai lagi yang tak mau pon perabis duit sebab bagi mereka better tengok dari CD je. Tapi lepas je aku tengok movie ni tetibe tersedar pulak movie melayu susah nak cari yang berkualiti. Lagi-lagi kalau genre horror. Setakat ni Munafik je yang terbaik.

Conclusionnya "Volkswagen Kuning" adalah setaraf telemovie or cerekarama tak layak dijadikan movie. Even telemovie n cerekarama pon better dari movie kereta kuning ni. Kalau ada yang berniat nak download je citer ni pun toksah la. Not worth to watch.

Wednesday, 14 September 2016

TIPS MENGENALPASTI KESESUAIAN WARNA KULIT DENGAN WARNA SHAWL/TUDUNG

Assalamulaikum...

Pic credit to bgdaif.com

Akibat melayan drama Korea W malam td sampai pukul 2 hambek ko mengantuk giler. Tengah2 buat report sambil dengar lagu pon ngantuk jugak. Ni saje la aku nak menulis mana tau boleh segar mata.heuheuheu.

Minggu lepas aku ada terdengar kat radio Nasional FM kalau tak silap, pasal kesesuaian warna kulit dengan warna shawl/tudung. Terdengar je topik ni macam menarik aku pun follow la sampi habis. Ni aku nak share sikit apa yang dibincangkan oleh cik Azlia (image consultant kalau tak silap).

Bagi wanita yang berhijab/bertudung, warna shawl/tudung yang dipakai memainkan peranan penting dalam keserian wajah. Bayangkan 60% keserian datangnya dari warna tudung yang dipakai. Memang sangat penting la kita tau kulit kita dalam ketegori mana. Warna kulit terbahagi kepada dua kategori.Sejuk dan panas. Macam mana nak tau Warna kulit kita sejuk or panas. Ada dibincangkan dua cara untuk mengenalpasti. Ni yang basic la. Kalau nak tau lebih lanjut kena la pergi jumpa image consultant ye..

Pertama, yang paling basic cuba tengok dekat urat kat pergelangan tangan sama ada biru or hijau.. Kalau hijau maknanya kulit kita dalam kategori panas. Dan kalau biru dalam kategori sejuk. Tapi cara ni tak berapa tepat sebab kadang2 tak nampk sangat color urat tu.

Cara yang kedua, kita boleh try depan cermin. Ambik dua shawl color hitam dan putih. Putih tu mesti putih yang betul2 putih ye bukan putih2 nila/kebiruan. Dan pastikan muka tu tanpa mekap k. Cuba try letakkan shawl tadi dekat kepala, tak payah pinkan pun takpe. Cuba tengok mana satu yang buatkan muka kita berseri2. Kalau color hitam buat muka kita nampak berseri maknanya kulit kita dalam kategori sejuk. Kalau putih yang berseri kulit dalam kategori panas.

Kalau dah try compare tapi tak tau jugak yang mana satu berseri boleh la tanya member ke kakak adik. Tapi pastikan orang tu seorang yang jujur. Cakap kat dia komen je tak payah nak ambik hati.hihi.

Bila kita dah tau kulit kita kategori sejuk or panas baru la boleh pilih color yang sesuai..Ada diberi beberapa contoh color mengikut kategori kulit. Kalau kategori sejuk color yang sesuai adalah kebiruan,purple, pink gelap, merah hati, maroon, fuschia pink. Bagi kategori kulit sejuk tidak digalakkan memakai color merah chili. Bagi kulit kategori panas pulak antara color yang sesuai adalah color yang berunsur earth, kuning, coklat, oren. Ada lagi color yang disebut tapi aku tak ingat pulak. Fokus sangat dengar.haha. Color2 yang dicadangkan ni pun yang basic je. Tau2 jela kan color memang terlampau banyak. Color pink je ade fuschia pink, rose pink, dull pink banyak lagi la pink. Ni kalau tanya kat orang lelaki konpem semua color dia sebut sama je.hahaha.perempuan je yang biasanya ambik tau benda2 ni.heuheuheu.

Kalau korang teringin sangat nak pakai satu color tu tapi tak sesuai dengan warna kulit dicadangkan pakai kat pakaian. Contoh korang suke red chilli tapi orang yang kulit kategori sejuk tak berapa sesuai color ni. So korang pakai la baju red chilli. Tapi shawl pilih la color yang sesuai dengan jenis kulit..ha gitu.

Aku ni ulas je balik apa yang dibincangkan. Aku bukan reti sangat benda2 ni.hihi. Tapi kalau ada tersilap paham mintak maap la ye. Ni mengikut kepahaman and ingatan aku. Saje nak share sebab tips yang sangat berguna.aku ni pun dah berlambak shawl semua color ade. Tapi banyak yang tak sesuai dgn warna kulit. Kadang2 pakai nampak kulit makin gelap pulak. So lepas ni boleh la praktikkan tips yang dibagitau tadi..

Tuesday, 13 September 2016

PETUA KURANGKAN SAKIT GIGI/GUSI

Assalamualaikum...


Sape yang pernah rasa sakit gigi mesti tau sakit gigi ni macam mana sakitnya.. sakit yang buat kita sakit kepala, moody, stress n macam2 lagi la. Nak buat apa pun takde mood. 

Aku ni sakit gigi dah lama sangat tak ingat la sejak bila. Tapi dah bertahun. Sakit sebab nak tumbuh gigi geraham bongsu. Kelakar je kan dah tua2 pun gigi tak habis2 tumbuh.heuheuheu. tu tandanya aku muda lagi kot.ngee. Sekarang ni gigi geraham tu dah tumbuh. Kanan dan kiri. Tapi tumbuhnya mcm tak habis. Kira mcm tersepit kat bawah gusi gitew. Mungkin sebab tu la selalu gusi aku bengkak. Or mungkin memang gigi tu tak habis tumbuh lagi. Hentahla konpius aku.

Awal tahun hari tu aku ada jumpa doc buat scaling. Aku mintak dia tengokkan gigi geraham tu. Kalau boleh nak cabut. Sebab aku dah serabut sangat selalu ngat sakit. Ternganga ha doc cakap kos cabut sebatang gigi tu dalam rm800. Omak ko. Terkezut den. Baru ingat nak cabut dua2 gigi.erk. Pastu lepas operation nanti kena ambik cuti dalam 4 hari gitew sebab akan bengkak. Ngeri pulak aku dengar. Ingatkan cabut gitu2 je.heeeee.

So disebabkan banyak ngat halangannya (halangan la sgt) aku pikir banyak kali nak cabut ke tak. Bila pikir2 balik aku macam boleh tahan lagi kot sakit gigi tu sebab dah selalu sangat sakit macam dah biase pulak.ceh td kate serabut. Dgr 800 je terus boleh tahan.kui3. Ala, duitnya tu ade je tp 800 ko...bnyk tu..huuu

Minggu lepas start hari rabu tetibe je gusi aku bengkak. Terjaga pagi2 sebab sakit. Bengkak sampai ke tekak. Perit giler nak telan ayaq liuq. Nak nanges aku. Dah nanges pun..huhu.. selalunya aku sakit gigi yang mild je la. Kali ni mcm lebih sikit. Denyut2 sangat.
Nak bukak mulut nak suap makanan pun tak boleh. Bila nikmat dah ditarik, baru sedar nikmat mengunyah. Insaf sekejap...hee

Sakitnya melarat sampai hari sabtu. Hari sabtu aku plan nak pergi tengok wayang.. nak tengok train to busan. Tapi jadi takde mood. Dah try makan ubat tahan sakit takde effect pulak. So disebabkan aku nak pergi tengok jugak aku try search petua nak kurangkan bengkak. Ramai yang cakap boleh kumur air garam..

So aku pun try la.Kumur air garam dan letak garam banyak2 kat gusi yang bengkak tu. Lepas tu mmg rasa pedih la. Ku gigihkan jua sbb nk tgk wayang punya psl.haha. Dalam 30min/1 jam lepas tu alhamdulillah gusi aku dah kurang bengkak. Happynya rasa. Dengan segera aku pergi la tengok wayang tu. Hihihi. Misi berjaya.. Tapi biasanya lepas makan mesti sakit dtg balik.Kena kerap la kumur air garam tu.Lagi berkesan guna garam je takyah air. Pastikan jugak selalu gosok gigi. Lagi kerap lagi bagus. Ko nak gosok 20 kali pon boleh..heuheuehu. Bukan apa, nak bagi hilang bakteria. Pastu makan n kunyah tu jangan guna bahagian yang bengkak tu. Dan berdoa la banyak2 dapat sembuh dari sakit..Aku ni kadang2 ade termengeluh jugak sebab sakit sgt..tapi kena ingat sakit itu prnghapus dosa kan. So belajar la untuk redha ye..hee.

Harini sakit dah kurang dah. Bengkak pun dah kurang. Alhamdulillah. Yang penting kita usaha, doa, tawakal..Yang menyembuhkan adalah Allah..

Sunday, 28 August 2016

REVIEW JAPANESE HORROR MOVIE "SADAKO VS KAYAKO" SERAMMMMMM

Assalamualaikum..


Lama jugak aku tak buat review movie.. Padahal kerap sangat dah aku tengok wayang lately. Boleh kata every week. Disebabkan ada movie yang tak best yang aku dah tertengok (The girl in the photograph & Blackburn) jadinya macam dok pikir nak buat review ke tak..Ni aku pilih la movie yang baru je aku tengok apa lagi kalau bukan movie momok Sadako Vs Kayako. heuheuheu. Aku ni dari dulu memang peminat tegar citer hantu..Hentahla kenapa. Memang tegar yang teramat. Dulu time kat u memang hobi aku download movie seram/hantu. Pastu layan ramai-ramai dengan roomate sambil makan. Wah kenangan manis sangat..hehe. Sekarang ni dah rajin pergi tengok wayang sorang-sorang memang mengadap movie seram je la keje aku.hihi

Aku sebenarnya dah lama tak tengok movie seram jepun.. Tak ingat last tengok dulu movie ape tah. So bila dapat tengok hari tu rasa fresh n best sangat. Hantu jepun memang seram and ngeri. Lagi-lagi Sadako ni hantu Ju-on kan. Ju-on semua orang tau kan dulu memang jadi fenomena. Dengan bunyi unik dia tu, fuh memang seram giler. Movie ni aku tengok dua minggu lepas. Balik kerja je terus Zasss ke Jusco. Mula-mula ingat nak book online je selalu memang buat gitu. Tapi tak boleh pulak. Mungkin sebab dah dekat sangat masa tayangan. Terpaksa la beli kat kaunter. Nasib takde orang.hihihi. Macam biasa before masuk wayang mesti makan dulu kat Subway. Nak layan hantu-hantu ni kena ada banyak tenaga. Banyak terkejut2 kan.heuheuehu. 

Kalau tengok pada tajuk movie ni ada dua hantu kan. Sadako and Kayako. Okey. Sadako ni adalah hantu dalam Ju-On and Kayako hantu dari citer The Ring. Aku honestly tak ingat sangat pun cemana jalan citer Ju-on and The Ring tu. Sebab zaman bila tah aku nengoknya. Yang aku ingat hantu Ju-on tu color biru.hahaha.

Ok moh la kite ke part review. Maap la ye aku memang suka bebel-bebel dulu baru masuk ke main topic.ngee. Aku tulis sikit la sinopsis dia.


Movie ni mengisahkan mengenai 2 pelajar uni (Yuri & Natsumi) ni nak pergi beli video player yang zaman 90-an punya tu kat satu kedai barangan letrik terpakai. Bawak balik je bila nak try guna dalam tu ada video tape lama. Video tape tu mmg nampak dah buruk la. So budak2 ni memang rasa ingin tahu ni kuat dorang tengok la ape yang ada dalam video tape lama tu. Memang cari nahas la sebab itu adalah video tape Kayako. Kalau tak silap dalam The Ring sape yang tengok video tu masa dalam 2 hari akan mati. Macam-macam cara dorang buat untuk buang sumpahan tu tapi tak menjadi sampaila Natsumi dan beberapa orang yang nak tolong dorang akhirnya mati.. Yang tinggal cuma Yuri.

Dalam situasi lain pulak ada satu family (ade sorang anak perempuan Suzuka) ni baru pindah rumah. Depan rumah dorang ni ada satu rumah tinggal. Sesape yang masuk rumah tu mesti tak keluar punya. Kalau dapat keluar pun lambat laun mati la mcm kena sumpahan gitu. Aku tak sure ni ke rumah dalam Ju-on. Or The Ring sebab belakang rumah tu ada perigi macam dalam The Ring. So nak dijadikan cerita Suzuka ni masuk dalam rumah tinggal tu nak selamatkan sorang budak. Parents Suzuka pun masuk jugak sebab nak selamatkan dia. Parents Suzuka mati dan tinggallah Suzuka sorang2 dengan sumpahan itu..

Time ni ada sorang lelaki, Keizo dan budak perempuan cacat penglihatan, Tamao janji nak tamatkan sumpahan tu. Caranya adalah dengan mencampurkan dua2 sumpahan tu. Maknanya Yuri dan Suzuka masing2 mesti la ada dua2 sumpahan. So hantu-hantu tu akan berebut dan bergaduh. 
Tapi rancangan tu tak menjadi. Mula-mula memang hantu2 tu bergaduh. Last-last dorang bergabung jadi hantu yang lagi dahsyat..

Pendapat aku adakah movie ni berbaloi ditonton?  Ok kalau part horror,thrill,suspen memang best. Scene dalam rumah tinggal tu memang seram yang amat. Dan hantu Ju-on yang merangkak tu memang scary tahap 8. Plot cerita pulak not bad, unik dan fresh. Belum pernah nampak kat mana-mana movie. Cuma part ending la sedih sikit sebab Yuri korbankan diri dia untuk terjun dalam perigi padahal ape yang dia buat tu takde effect pun kat hantu2 tu. Dan yang paling tak best semua orang mati...aku macam tercengang jugak la bila wayang dah terang movie dah abes.. Dok pikir "camni ke ending" ciskek betol. Nasib la movie best. Kalau tak, mau boikot citer jepun sebulan. Eh sebulan je.heuheueheu.

Conclusionnya, movie best tapi ending tak best..Korang pikir2 la sendiri berbaloi ke tak nak tengok kat wayang..heuheuheu.

Monday, 15 August 2016

REVIEW NANARAYYANHIJABS BY SITI NORDIANA

Assalamualaikum...

Red chilli, pistachio & chesnut

Ha seperti yang sedia maklum before ni aku ade bagitau aku terbukak hati nak pakai shawl sebab tertarik tengok Nana (Siti Nordiana) pakai shawl. Cantek je terletak gitu. Labuh dan nampak tak jarang pun. Dulu aku pakai bawal pastu tukar pashmina.Sekarang ni dah pakai shawl. Aku minat shawl chiffon sahaja. And lebih minat yg plain. Corak2 pulak aku rasa mcm tak sesuai dgn muka aku.nampak mcm serabut pulak.haha. tapi ntahla.Akak aku ckp ok jek aku pakai shawl corak2.aku ni mmg sejenis yang cerewet sikit.hihi

Sebenarnya hari ni aku ambik emergency leave disebabkan penyakit yg menyerang setiap bulan. Ape lagi kalau bukan senggugut.huhu. Nasib dah makan ubat. Kurang sikit sakit.Tetibe pulak letrik mati.Spoil betul. Senggugut pastu panas pulak. Tak tahan aih (tak baik merungut.hee) Baik aku buat apape yang aku suke.Menulis. Bila kusyuk buat something mungkin kurang sikit la sakitnya.

Dull pink & Rose pink

Setakat ni aku dah beli 8 helai shawl nanarayyan.5 helai beli time bulan pose hari tu. Lagi 3 helai baru je order minggu lepas. Maybe harini sampai la kat opis. Besokkkk jela aku dpt tgk. Dah hari ni cuti. Aku beli kat stokis Nanarayyan Klang and sungai Buloh. Kalau uols nak usha stok ap yg ade n nak try beli boleh usha kat Instagram nanarayyanhijabs. Ade disenaraikan semua stokis kat situ. Boleh kata semua negeri di Malaysia ni ade stokis Nanarayyan. Brunei & singapore pun ade.Setakat ni stokis yg aku contact alhamdulillah mmg senang urusannya..Barang pun cepat sampai. Harga sehelai rm49.. Bagi aku harga mmg berpatutan kalau tgk kepada kualiti kain.

Kenapa aku suke sangat Nanarayyanhijabs sampai dah repeat order 3 kali. Sebabnya :

1) Kualiti kain mmg tip top. Kain shawl sangat lembut, ringan, selesa. Aku ni walaupun tak sampai setahun pakai shawl berpuluh2 shawl dah aku beli. Color merah je ade la dalam 10 helai.Aku mmg sejenis yg membazir kalau pasal shawl.haha. So sbb aku dah beli mcm2 jenis kain shawl chiffon aku tau nak dapat yg lembut mcm kain Nanarayyan ni mmg ssh. Kebanyakkan yg kat kedai, butik,uptown ke downtown ke pasar malam banyak yang kualiti tak berapa nak best. Kalau nak jahit sendiri mungkin ade la yg berkuliti kat jakel/kamdar tapi aku dah usha pilihan color kdg2 tak berkenan pulak.

Rose pink

2) Labuh shawl (2.0m) memang ngam2 dengan cara aku pakai shawl - (cara Nana pakai). Ade 2 cara yang aku suke dan gunapakai. Kalau uols biase tgk tutorial cara pakai shawl kat utube, mesti pnh tgk kan tutorial by siti nordiana. Actually time aku start pakai shawl tu tutorial Nana tu belom ade lagi kat mana2. Masa tu Nana bz dgn Gegar Vaganza. So aku dengan gigihnya try sendiri berpandukan pic Nana. Haha. Gigih tak gigih. Banyak Kali jugak try. Nasib menjadi. Bila tengok video tutorial Nana eh tak sangka betul la cara aku pakai.hehe.


Cara pakai shawl ala Siti Nordiana (chesnut)

3) Bila shawlnya dah lembut otomatik sangat senang nak gosok dan pembentukan layer bila kita pakai cantik je terbentuk..


Pistachio

4) Pilihan color yg banyak dan memikat hati.cewah.aku paling suke color dull pink n chesnut.

5) Walaupun kain dia lembut tapi tak susah nak bentuk pun.Before ni kalau aku pakai shawl kdg2 guna magic spray. Untuk keraskan shawl senang bentuk muncung. Tapi bila aku try tak sembur kat shawl Nana ni OK pulak senang jugak nak bentuk. So sekarang ni aku mmg tak pernah guna penyembur pun kalau pakai shawl Nana ni.

Dull pink
  
Uols boleh tengok kat page fb - NanaRayyan by SND. Kat ig pulak nanarayyanhijabs. Sape yg tak minat shawl plain ade banyak jugak koleksi terbaru fancy shawl yg bercorak2. Cepat2 la ye pergi order sementara stok masih ade. Aku kadang2 nak order ade color tu blom restock or dah habis..mmg laku mcm pisang goreng.hehe.boleh try tanya kat stokis lain kalau stock takde. Selamat bershopping...!


Tuesday, 5 July 2016

REVIEW MOVIE INDEPENDENCE DAY : INSURGENCE ~BEST GILER

Assalamualaikum...


Hari2 last bulan puasa ni al maklum la dah ade mood raya mmg takde mood nak kerja.heuheuheu. aku pun dah apply cuti awal2. Alang2 nak keluar pergi beli baarang pastu bayar duit kereta, jadinya semalam aku singgah la sekali aeon bukit tinggi. Aku buat ape kat sini. Kalau dah pergi jusco confirm2 la pergi tengok wayang. Hihihi. Seronok sebenarnya tengok wayang time weekdays sebab wayang tak penuh. Tak ramai orang. Boleh fokus tengok movie.heuheuheu.

Disebabkan takde movie lain yang aku rasa nak tengok aku pilih la independence day. Aku ni sebenarnya tak minat movie yang background space. Sebab tu tak penah tengok star wars. Pulak tu aku ada fobia. Aku tak boleh tengok background angkasa yang luas tu pastu aku fobia kat benda2 yang besar. Tak kisah apape pun yang penting benda tu besar sangat. Kalau kat angkasa confirm2 la ade kapal angkasa kan. Sebab teringin nak tengok jugak aku pikir tutup je la mata time benda2 tu keluar.hahaha.

Aku tak ingat tahun bila aku pernah tengok movie pasal alien jugak yang ade Tom Cruise tu. Tak sure pulak title apa. Tapi movie tu memang best sgt. Sebab tu aku macam teringin jugak nak tengok movie ni mana la tau sama best kan.boleh pulak macam tu.heuheuheu

Kalau nak citer sinopsis Independence day insurgence ni aku macam tak sure sangat nak tulis sebab macam complicated pastu high technology sangat. Aku tak tengok independence day yang tahun 1996 so aku tak berapa paham sangat sejarahnya. Ni aku tulis yang aku paham la ye. Maap kalau salah.hee. Tahun 1996 ada alien Serang bumi. Tapi time tu orang bumi menang walaupun ramai yang mati. Tahun 1996 tu alien tu ada tinggalkan kapal angkasa yang sangat la besar. Ngeri betul aku tengok.huhu. ada satu puak kat Africa kot dia cakap 2 hari yang lepas tetibe lampu kat kapal angkasa tu hidup sendiri. So benda ni la yang buat dorang concern takut2 ada bahaya datang. Movie ni banyak berpusat kat bulan. Kat sana ada pangkalan untuk pantau la activity kat angkasa. Pantau ada tak benda2 pelik yang jadi kat planet2 lain.  Siap ada jet lagi. Kira memang power la technology kat sana. Nanti orang bumi detect satu kapal amgkasa kecik. Dorang tembak kapal tu sebab ingatkan musuh. Last2 dpat tau rupanya tu adalah the only one kapal yang hidup (contain the highest technology) dan datang dari kehidupan kat planet lain. Kapal ni baik sebenarnya. Dia nak tolong orang bumi. Ha itu jela kot yang aku boleh citer. Pening nak tulis term2 yang pelik2 ni. Haha. Tapi yang penting ending orang bumi menang..

So review aku :
.1) Jalan cerita memang sangat best. Tak boring langsung. Rasa thrill tu memang sentiasa ada.Sampai aku nak main2 hangphone pun macam tak sempat sangat takut tertinggal mana2 part.

2)  Part action and thriller tu memang best. Nampak real sangat. Nampak la movie ni bukan cheap cost punya movie.

Tak tau nak tulis ape lagi tapi movie ni memang best. Berbaloi sangat tengok kat wayang..

*Sebenarnya ada banyak jugak part yang aku tak tengok. Part yang keluar kapal angkasa & benda2 yang aku fobia tu. Sebab tu macam ada part yang tak paham sangat.heuheuheu

Thursday, 16 June 2016

REVIEW ~ Drama Astro DIA SEMANIS HONEY - Siti Nordiana & Alif Satar

Assalamualaikum..


Lama betul dah aku nak buat review ni sebenarnya. Sebab aku still tak boleh move on dari drama DIA SEMANIS HONEY NI. DSH adalah drama adaptasi dari novel judul yang sama. Penulis adalah Dila Dyna. Drama ni arahan Hadith Omar. Aku ni sebenarnya hari-hari asyik la dok pikir bila aku nak move on.hahaha. Lagi pulak ada sambungan pulak DSH raya and DSHoneymoon memang tak move on la jawabnya.haha. Mungkin ramai yang dah tau kot drama DSH memang menjadi viral dan trending every episode ketika ditayangkan dari 2 may - 26 may. Sampai Sekarang pun ada hari yang still trending lagi sedangkan dah habis pun dramanya. Memang meletop kebabom la drama ni. Penangan hero Malaya yang baru Alif Satar (penyanyi jugak) dan penyanyi pujaan ramai Siti Nordiana.

Actually aku ni jenis tak pernah pun follow mana2 drama melayu. Aku tengok DSH ni sebab nak tengok Nana berlakon. Aku sebenarnya admire Nana sejak aku tengok dia kat GV 2 time tu dia nyanyi lagu Memori berkasih dengan LAN kristal. Aku admire cara dia bawak diri as a single mom. Sejuk je mata memandang tengok dia dah berhijab sekarang kan. Suara pun memang sedap. Nyanyi la apape lagu pun sedap. Aku ni memang kalau nak admire seorang penyanyi ni aku tengok suara dia. Kalau muka je lawa/hensem tapi suara ke laut memang aku anti. Dulu2 sampai sekarang aku minat sangat dengan Dato' Siti Nurhaliza. Sedap merdu je suara Siti. Kalau macam artis jepun aku minat Tegoshi Yuya. Semua tone dia boleh bawak. Eh ke jepun pulak dah.haha.

Actually banyak kesan sebenarnya kat aku sejak kenal (kenal ke?haha) Nana ni. Antaranya dari segi penampilan diri, aku bertukar dari shawl pashmina ke shawl plain sebab tengok macam cantik je cara Nana pakai shawl. Nampak tak jarang. Second, aku start balik diet aku yang on off tu. Aku ni senang inspired kalau tengok orang kurus. Automatik rasa nak kurus jugak. Haha. So bila aku start diet balik dpt la turun 6 Kg. So sekarang dah ideal dah berat aku. Kan sihat tu.hihi. Third, aku tak tau kenapa bila tengok Nana ni aku rasa macam mahalnya harga diri seorang wanita. Tetibe rasa macam nak improve pemakaian dengan lebih elok. Walaupun takdela teruk sangat apa yang aku pakai selama ni (dah memang tutup aurat) tapi nak improve lagi. Automatik aku rasa happy sebab aku dapat rasa mahalnya wanita muslimah macam ni. Tapi jangan salah paham. Aku nak improve tu kerana Allah tapi yang mendorong aku nak buat macam tu sebab kenal Nana ni. Tak sangka kan macam mana someone can inspired others. Walaupun aku admire Nana ni tapi aku takdela cakap Nana ni perfect. Mana ada manusia yang perfect. Tapi tak salah kalau kita ikut perkara yang baik kan. Banyak lagi sebenarnya positip things yang aku ambik dari Nana ni tapi tak payah la citer semua. heuheuheu. Tapi kan kalau baca kisah hidup Nana dulu2 memang tragis sikit la.Macam macam dugaan. So aku doakan nana ni akan jumpa dengan orang yang boleh jaga dia n rayyan dengan baik. Amin...Ok habis dah la pasal Nana. Padahal nak bagi review meleret ke benda lain.haha.Jom2 kite review pulak.

First episod memang dah best. Cute je cara Ahnaf & Hani bergaduh.Tak sangka sebenarnya Nana ni memang ada bakat berlakon. Time mula2 je ada kekok sikit. Tapi lepas2 tu dah ok sangat dah. Alif memang tak payah cakap la memang terer sangat. Natural. Ahnaf sangat sweet talker, caring, loving, cepat kesian kat orang lain, kadang2 blur tak paham perasaan perempuan, dan kadang2 baran jugak. Hani pulak bagi aku karakter dia berani, degil (haha), berdikari, tak mudah emo,  lembut, sopan , garang, tegas dan tabah. Actually aku kagum dengan tone Nana time cakap kat certain2 scene. Tone yang unik yang buat aku terpikir macam mana Nana boleh terpikir nak cakap tone macam ni eh. Ye la kan baca skrip je mana ada suara. Pandai2 sendiri la nak bayangkan nak cakap macam mana kan. One of my favourite tone time Hani cakap kat Ahnaf "You tau tak....I takkan pernah bosan dengar you cakap perkataan tu kat I....."Ahnaf pulak cakap " I love you". Adoi la sweetnya la dorang berdua ni.hehe


Aku ada baca kat mana tah Nana ada cakap novel ni banyak kena main dengan perasaan. Walaupun banyak scene sedih Nana tak nangis or keluaq air mata tapi feel sedih tu sampai kat penonton. 


Aku suka scene kat episod 15 time Hani baru tau yang dia mengandung pastu balik rumah Ahnaf masak siakap 3 rasa. Sian ahnaf dah masak tapi Hani respon sedih pulak. Bella punya pasal la ni. Ahnaf tanya something happened? sebab nampak cam Hani nanges. Pastu Hani pandang Ahnaf lama sangat. Muka Hani macam nak bagitau pasal Bella ugut dia pastu dia mengandung tapi tak terluah. Aku suka sangat expression muka Nana time ni. Memang sedih. Aku pun nanges sekali tengok Hani sedih.wuwu.

Lagi satu scene best scene episode 13, Hani marah si tunang hafi yang curang. Abang sepupu besok jela! memang rare.haha


Scene alif satar yang aku suka scene time kat Thailand kat balkoni. Before nak propose tu kan ahnaf cakap, dulu masa baru balik dari US semua orang cakap benda baik pasal Hani sampai ahnaf ni pelik ape la dorang nampak sangat kat si Hani, "tapi lama-lama I see u, you are so beautiful in every single way" ......so sweeeeet...macam real pulak I rasa.haha.Time propose pun aku suka jugak. Gentleman je ahnaf ni propose.hihi. Time Hani setuju tu aku pulak yang over gembira. Macam la aku yg kena propose.hahahaha.


Pastu scene ahnaf & Hani baru lepas makan dengan Daim. Ahnaf cakap "you know I cannot live without you Hani". Sengih je aku tengok scene ni.haha.eh apesal aku boleh tulis dialog ni tanpa tengok video.dah hafal kau.dahsyat.hahaha. Kalau nak tulis scene sweet menyeweet banyak yang teramat la sangat.sampai esok pun tak habis.haha.


Actually antara sebab kenapa drama ni dapat tarik penonton yang ramai sampai ramai tak boleh move on adalah :

1) Part sweet memang sweet sangat. Good job kepada penulis novel dila Dyna dan penulis skrip DSH.

2) Hero dan heroin sangat serasi. Walaupun umur Nana jauh beza dengan alif tak rasa langsung beza umur tu. Nampak cam sebaya. Lakonan yang mantap sangat buat dua2 pelakon utama.

3) Fanbase Nana. Sejak Nana menang GV fans Nana memang ramai. Tak dinafikan popularity Nana memang bagi kesan sangat kat sambutan drama ni

4) Personalities Nana yang sopan, pemalu tu memang sesuai sangat dengan watak Hani safira

5) Alif yang berbakat besar dalam lakonan. Sweet talker alif sangat menjadi. Lembut sangat suara alif kalau part romantik. Ramai puji alif bab speaking english yang sangat la fluent.memang mantap la alif.

6) Tiada adegan bersentuhan dan yang tak elok. Kalau ada pun sentuh berlapik. Tapi tak banyak pun.

7) Walaupun tanpa sentuhan Alif and Nana dapat menyampaikan emosi dengan sangat baik hanya dengan pandangan mata dan kata-kata sahaja. Good job.

8) Gandingan Alif & Nana adalah gandingan yang fresh sebab belom pernah berlakon bersama sebelum ni. Penonton pun memang nantikan muka baru dalam drama. Kalau muka sama je boring jugak kan.

9) Off set Alif and Nana pandai jaga diri. Takde gosip2 yang tak elok antara dorang berdua.

10) Watak jahat Bella oleh Nadya Syahera sangat menjadi sampai ramai yang terbawak2 marah sampai nak tampar dah. ohmy. Takutnya...

11) Watak jack pastu? (Dafi) memang kelakar. Haha.Walaupun selalu gaduh dengan bos (Hani) tapi jack la tempat Hani meluahkan masalah. So sweet....hihi

12) Watak adam walaupun orang lain cakap Hairul Azreen berlakon kayu tapi aku rasa ok je hairul bawak watak tu. Adam yang cool, gentleman, baik, tenang. Memang dah wataknya gitu kan nak buat camane..hihi. Scene time Hani bergaduh dgn adam sebab Adam ternampak ahnaf nanyikan lagu untuk Hani tu bagi aku sangat menjadi. Kesian sangat kat Adam time tu. Dia jeles. Hani marah Adam pun aku rasa real. Dapat rasa Hani tengah stress nak layan tunang merajuk pastu si ahnaf lagi.

13) Watak yang lain, Ara, Hafi,parents Hani n Ahnaf, Kimi, Daim,Aishah semua memang terbaik.

14) Lagu tema DSH adalah Memori berkasih by Alahyarham Achik & Siti Nordiana. Lagu ni ni lirik dia memang sangat sesuai dengan jalan cerita DSH. Memori berkasih kembali popular lepas Nana nyanyikan balik dalam GV 2.. So lagu pun dah popular mestilah bagi kesan yang baik kat drama kan. Lagi pulak lagu ni lagu lama kan so memang menggamit memori sangat.

Last sekali aku nak bagitau scene yang paling aku tak suka dan terbawak2 dalam hidup aku.haha. First confirm la scene Ahnaf tinggalkan Hani time nak nikah tu. I memang tak boleh terima apape pun alasan untuk tinggalkan someone di hari bahagia dorang. Second, episode last yang ahnaf tak datang jenguk Hani kat hospital. Merajuk sebab tak bagitau yang Hani mengandung. Memang tak patut langsung ahnaf tu nak merajuk. Kot ye pun marah jenguk la isteri kat hospital dah la Hani mengandung baru lepas kena culik dengan Bella pulak tu.Mesti trauma ke ape kan. Nasib baik lepas tu Ahnaf mintak maap pastu sapukan ubat. Hani pun mintak maap jugak. Aku nanges part ni. Rasa syahdu sangat.wuwuwu

Ending aku tak puas hati sebenarnya. Sebab kat pool tu macam gaduh2 ahnaf cakap macam nak tinggalkan Hani la. Nasib baik Hani tak sentap.huhu. Tapi Hani pun patut bagitau pasal Bella ugut tu..ha gitu la rumahtangga biasa la gaduh2 manja kan. Ayat nak sedapkan hati.hahaha. Happy ending tapi happnynya sekejap sangat.huhu. Tu yang tak puas hati.. Nasib baik ada sambungan. Terubat kemarahan aku.hihi...Ok dah habis .Jom tidur. Esok nak bangun sahur.bye bye.

*Entry paling panjang pernah aku tulis.heuheuheu. Good job team diasemanishoney!!

Wednesday, 15 June 2016

CERPEN PENDEK - PRINCE CHARMING

Assalamualaikum...


Lama sungguh aku takde post cerpen yang aku tulis. Last hari tu my 1st karya KISAH CINTA RAISYA was published on penulisan2u.com bulan September 2015. Kali ni cerpen yang aku tulis cerpen pendek je sebab cerpen ni sebenarnya untuk satu pertandingan anjuran utusan Malaysia. Maximum words hanya 1000 patah perkataan je. Terpaksa la buat pendek je. Aku buat cerpen ni dalam masa sehari sebab kejar dateline.haha. Edit sikit2 je. Aku ni jenis tak boleh nak semak banyak kali nanti ade je benda nak tambah. Tak pasal2 jadi panjang berjela2 kang.haha.Pertadingan tu masih berjalan lagi tapi setakat ni belum terpilih lagi la. Takpe kalau ada rezeki ada la kan. Saje je mencuba nasib.hihi.OK la jom layan cerpen yang tak seberapa ni.heuheuheu

PRINCE CHARMING by DARIN ERYNA 

   Nia termenung panjang memandang ke luar jendela melihat daun-daun dibasahi hujan rintik-rintik. Air matanya sudah kering. Jiwanya kosong. Hatinya seakan sudah lumpuh. Tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Betapa kecewanya dia apabila Naim memutuskan pertunangan mereka tanpa alasan munasabah. “Abang, apa salah Nia..?" Nia bertanya sendiri. Buat kesekian kalinya hatinya merintih pilu.
Serabut fikirannya mengenangkan majlis pernikahan mereka yang tinggal hanya  3 minggu. Kad jemputan juga sudah diedarkan. “ Maafkan Nia, ayah mama..” dia menyapu air matanya. Beratnya dugaanmu ya allah…Remuk hatinya mengenangkan kedua orang tuanya yang terpaksa menanggung dugaan yang berat itu. 
“Nia..Nia..” tersedar dia dari lamunan. “Nia buka pintu ni sayang,” perlahan bunyi ketukan di pintu.Suara Puan Aminah kedengaran di balik pintu itu. Segera dia mengelap air mata. “ Ye ma." Sengaja di ceriakan riak mukanya. Tidak mahu mamanya itu risau. “ Nia ok tak ni. Mama risau. Dari semalam Nia tak makan.” Hanya senyuman nipis yang mampu dibalas. “Ma, Nia mintak maaf." Tanpa semena-mena sebak hatinya melihat wajah tua itu. “ Kenapa Nia mintak maaf, bukan salah Nia pun sayang. Ni semua dugaan, kita terima dengan redha ye. Doa banyak2 supaya Allah tenangkan hati Nia untuk redha ye dengan dugaan Dia.” Lembut sahaja suara Puan Aminah menenangkan anak gadisnya itu. “ Turun makan ye mama dah masak lauk kegemaran Nia”. 

   Malam itu lama Nia memanjatkan doa ke hadrat illahi. “Mungkin ini kifarah atas dosa-dosa aku. Insyallah pasti ada hikmah atas semua ini,” hatinya terasa sedikit tenang. Deringan telefon mematikan lamunannya. “Assalamualaikum Nia,” kedengaran suara Iskandar. Sedikit gembira hatinya mendengar suara kawan baiknya itu yang sentiasa ada disisi waktu susah dan senang. Lama mereka berbual. Sesekali Nia akan tertawa dengan lawak jenaka Iskandar. “Nia.." tone suara Iskandar berubah menjadi serius. Lambat-lambat Iskandar menyambung, "I sanggup nikah dengan you kalau you sudi terima I.” Terdiam Nia dengan pengakuan Iskandar yang tiba-tiba itu. “ Sebenarnya I dah lama cintakan you sayangkan you. Sejak kali pertama kita jumpa I tau you adalah jodoh I. Tapi I yang bodoh I lambat dan biarkan Naim rampas you dari I.” Lembut suara itu menuturkan kata-kata. Ada sedikit sebak dari nada suara iskandar.“I….” susah Nia mahu menjawab confession dari Iskandar yang tidak disangka itu. “ I terima apa sahaja keputusan you.” sambung Iskandar seakan memahami gelodak di hatinya.

   Malam itu Nia tidak dapat melelapkan mata. Terngiang-ngiang kata-kata Iskandar. Hatinya serba salah antara maruah keluarga dan perasaannya.. “ Boleh ke aku terima Is. Selama ni aku anggap dia sebagai kawan tak lebih dari tu. Atau mungkin aku yang buta tak nampak orang yang betul-betul sayangkan aku selama ni," hatinya berbolak-balik. Naim. Lelaki yang sudah dikenalinya selama hampir setahun. Perkenalan singkat yang membawa kepada hubungan yang serius. Ketika itu dia merasakan dia sudah berjumpa dengan prince charming yang diidamkan selama ni. Romantik, ada rupa dan berharta. Tetapi entah mengapa Naim terlalu memaksa. Ada sahaja yang tidak berkenan di matanya. Semuanya mahu diubah mengikut cita rasanya. Jarang sekali mementingkan perasaan Nia. Sampaikan cara pemakaian, bidang kerja Nia pun dia mahu masuk campur.Bila difikirkan balik dia tidak lah melalui fasa percintaan yang bahagia. Mungkin selama ini dia tidak mendengar kata hatinya. Terlalu obses dengan ciri-ciri prince charming ciptaanya sendiri. Sehinggakan dia boleh lupa erti kebahagiaan sebenar. "Terima seseorang itu seadanya, " Nia berkata sendiri.

   Akhirnya Nia tekad dengan keputusannya. Setelah seminggu melakukan solat istikharah dia redha jika ini takdir untuk dirinya. Sudah juga dikhabarkan keputusannya itu terlebih dahulu kepada Iskandar.  Kelihatan Encik Yaakob dan Puan Aminah sedang leka menonton televisyen. Dibulatkan hatinya dengan keputusan ini demi maruah keluarga. “Ayah, mama, Nia ada benda nak bagitahu ni,” lantas Puan Aminah memperlahankan volume televisyen. “Ye sayang, apa dia?” Diceritakan satu persatu tentang Iskandar dan juga keputusannya untuk bernikah dengan Iskandar. Melihat riak gembira di wajah Encik Yaakob dan Puan Aminah semakin yakin Nia yang dia sudah membuat keputusan yang betul. 

   Esok adalah hari yang akan mengubah hidupnya, saat dia akan bergelar isteri kepada Iskandar. Tersenyum sendiri Nia melihat baju nikahnya yang tergantung di dinding. Terbayang wajah Iskandar, lelaki yang telah membuat hatinya kuat disaat-saat dia sedang terluka. Sepanjang tempoh dua minggu ini, terasa seperti hatinya kembali berbunga-bunga. Baru dia sedar Iskandar adalah seorang yang sangat penyayang..Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat menyenangkan hati. Mungkin sudah berputik cintanya kepada Iskandar dia pun tidak tahu, yang pastinya dia yakin lelaki itu adalah sebaik-baik jodoh yang telah ditentukan untuknya.  Tersenyum Nia melihat nama yang tertera di screen phonenya. Segera dia menjawab panggilan telefon itu.

   “Assalamualaikum sayang..” Iskandar memulakan bicara.  Terdiam Nia dengan panggilan ‘sayang’ itu. Pertama kali Iskandar memanggilnya begitu. Terasa gementar dihati. “ Waalaikumussalam..” 
“Hmm..Sayang, can I tell you something?” Begitu romantis kedengaran bisikan suara Iskandar malam ni.
“Apa dia..?” Bergetar suara Nia menjawab.
“You tau..since hari you bagitahu yang you terima I, I am the happiest man in the world. Macam mimpi jadi kenyataan. Dan esok adalah hari yang I dah tunggu sejak sekian lama. Maybe I bukanlah prince charming yang you tunggu-tunggu selama ni but I promise I will love you as the way you are. You are the only one for me…” Terasa sebak hati Nia mendengar pengakuan ikhlas dari Iskandar. ‘aku bersyukur ya allah dengan takdirmu ini’ hatinya berbisik..

   “Aku terima nikah Nia Azalea binti Yaakob dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai…” Menitis ais mata Nia  mendengar ucapan akad itu.Telah sahlah dia menjadi isteri kepada Muhd Iskandar. Sungguh dia terhutang budi dengan lelaki ini yang telah menyelamatkan maruah keluarganya dan ikhlas mencintainya.. ‘Suamiku aku berjanji akan mencintai dan menyayangimu dengan sepenuh hati kerana kaulah jodoh yang terbaik untukku..’ Akan dicampak jauh-jauh kenangan lama, hanya bahagia yang diharapkan bersama lelaki yang akan menjadi pelindung dan pendamping dirinya hingga ke akhir hayat…

Tuesday, 14 June 2016

REVIEW HORROR MOVIE THE CONJURING 2 - SANGAT BEST!

Assalamualaikum...


Akhirnya, movie yang ku tunggu2 dah keluar pun kat wayang. Aku dah pergi tengok pun!!!! excited tak.hahaha. Aku pergi hari sabtu lepas. Memang tak menyabar betul. Baru je keluar bedesup aku book tiket. Kali ni pun aku pergi tengok sorang-sorang je.hihi. Hari tu tengok movie seram malay Munafik dah tengok sorang so kali ni impian aku nak tengok movie omputih yang paling seram secara solo...ngeh3

Book tiket hari jumaat malam tu tengok banyak lagi seat kosong. Masuk je wayang mak aih penuh. Penuh ape? Orang la takkan hantu kot. Bulan puasa mana ada hantu.hihi. Actually before aku pergi tengok tu semua orang cakap conjuring ni seram giler. Aku memang cuak jugak la. Dah la Annabelle dengan conjuring 1 aku tak tengok. So takde idea langsung keseraman tu macam mana. Yang aku pernah tengok Insidious. Pengarah dia sama. Insidious seram gilos kot. So aku memang dah prepare myself kalau seram sangat nak tutup je mata tak nak tengok. haha.cuak tak cuak tu. 


Ok aku bagi sinopsis dulu ye. First of all movie ni didapatasi dari true story ye. Dilakonkan semula. Main character adalah pasangan husband and wife Lorraine and Ed Warren. Aku copy sikit la dari IMDB. Both of them travel to north London to help a single mother raising four children alone in a house plagued by malicious spirits. Ada seorang paderi ni mintak tolong dari Lorraine and Ed tolong tengokkan kes ni betul or tipu. Kalau terbukti betul pihak gereja boleh la tolong family yang kena kacau tu. Kira Lorraine dengan Ed ni jadi pemantau la. Sebenarnya mula-mula Lorraine tak nak pergi London tu. Sebab dia mimpi yang Ed ni mati terbunuh  ada kaitan la dengan spirit mana tah. Dia sayang sangat Ed and dia tak nak Ed mati. But end up dorang pergi jugak London tu lepas Ed pujuk. 

Single mother yang kena kacau dengan spirit kat London tu nama Peggy. Peggy ada 4 orang anak. Anak peggy yang perempuan tu kena kacau dengan spirit atuk tua. Atuk tua tu sebenarnya adalah pemilik asal rumah yang dorang duduk tu. Atuk tu dah mati pastu dia kacau la anak beranak ni. Atuk tu tak nak pulak mengalah tak tau kenapa. 

Pendekkan cerita lepas bertalu-talu scene seram, last baru tau yang atuk tua sebenarnya bukanlah sejahat yang disangka. Atuk tu sebenarnya cuma mengikut arahan satu spirit ni namanya Valak. Dia nak bagitahu perkara sebenar kat Lorraine tapi takut dengan Valak. Valak ugut atuk tu tak boleh move on dari dunia kalau tak tolong dia. Valak tu boleh dihapuskan kalau Lorraine or Ed tau nama dia. Spirit yang Lorraine mimpi nak bunuh Ed tu adalah Valak. Dalam mimpi tu Valak ada bagitahu nama dia kat Lorroine. Nasib baik dia ingat nama Valak tu. So Lorraine dapat la selamatkan Ed dan budak perempuan tu dari terbunuh...


Ok REVIEW aku :

1) Jalan cerita memang sangat best. Ada banyak scene yang menyentuh hati. Salah satu scene sedih, scene Ed menyanyi sambil main gitar kat anak-anak peggy memang sedih sangat. Yela kan peggy tu dah la ditinggalkan dengan husband dia. Tanggung semua sorang-sorang. Dengan anak kena rasuk lagi. So bila Ed ni nyanyi dapat ceriakan suasana..Nangis aku part ni.huhu. Actually banyak scene aku termenangis. heuheuheu. 

2) Pelakon bawak watak memang superb. Nampak loving betul Lorraine and Ed. Ed memang seorang husband yang loving and Lorraine nampak betul-betul cintakan Ed sebab dorang ada persamaan. Both of them different from others, boleh nampak spirits.

3) Ok paling penting tahap keseraman macam mana? Aku bagi horror part, rating 6/10. Ha kenapa bukan 10/10 kata tadi movie paling seram. Ini bagi pendapat aku la. Part thriller memang best. Part paling horror adalah Valak. Valak tu memang ngeri betul la muka. Tak tau nak cakap lelaki ke perempuan. Tapi macam Nun kot pakaian dia. Aku tak tau pulak dari mana wujud tiba-tiba Valak ni sebab aku tak tengok conjuring yang previous episode. Part lain bagi aku seram tapi seram yang standard. Aku takdela cakap movie ni tak best, best sangat-sangat. Cuma tak tau la mungkin aku expected something more sebab orang cakap seram giler kan. Dan aku pulak memang fanatik horror movie so maybe aku dah banyak sangat tengok so dah jadi biasa dengan hantu-hantu ni.heueheuheu. Tengok hantu dalam movie jela. In real life tak mau. Uish ngeri..

So untuk keseluruhan movie ni best. Overall rating aku bagi 8/10.

Last aku cuma nak cakap kalau compare dengan Munafik, Munafik lagi seram. Mesti ramai orang marah aku compare dengan Munafik. This is just my personal opinion. Sebab time aku tengok munafik tu bila keluar wayang memang terbayang-bayang. Tapi yang ni tak sangat. Sebab tu aku cakap Munafik lagi seram. Lagipun Munafik memang movie seram malaysia yang paling berkualiti. Pastu islamik pulak tu banyak moral value. So tak salah kan aku support. Chill ye korang jangan marah-marah bulan puasa ni.hehe


Saturday, 21 May 2016

Nak claim guna resit Touch n Go?

Assamualaikum..

Cerita pasal touch n go ni aku memang ade dah kad touch n go tu pun yang watson punya. Jarang guna kad tu sebab aku ni memang jarang pergi mana2 yang kena lalu highway. Aku guna je laluan tunai kalau kad tu tak topup lagi. Paling kerap lalu highway pun kalau balik kerja jem yang amat terpaksa lalu skve.

Touch n Go ni sebenarnya memang lebih memudahkan sesape yang selalu guna laluan yang bertol. Yela kan dapat jimat masa tak payah dah beratur panjang-panjang kat laluan tunai. Tapi yang memeningkan bila nak claim kat company sebab touch n go ni takde resit. Mungkin ramai yang dah tau kot,(aku je yang lamabat.heuheu) kita boleh je dapatkan resit/list berapa banyak nilai/duit dalam kad touch n go tu yang kita dah guna.

Aku pulak kena pergi seminar kat KL sabtu ahad lepas. Mula2 ingat nak guna tunai je sebab ingatkan touch n go takde resit. Lepas tu teringat pulak yang kat lembah Klang dah fully guna elektronik tol. Usha kat blog2 katanya boleh je daptkan resit guna touch n go. So aku pun go on jela guna touch n go pergi seminar tu.

Ha lupa nak bagitau, before nak guna kena la topup dulu ye. Boleh topup kat petronas ye. Kalau tak silap amount yang boleh RM20,30 dengan 50 je.

Cara nak dapatkan resit senang je mula2 kena la register kad korang kat website ni touch n go. Lepas dah register boleh la log in pastu pergi kat  History --> view transaction


Masukkan la date yang korang nak tengok tu. Click 'Find'
Next click kat 'All transaction'. Ha boleh dah nampak details2 tol mana yang dilalui berapa RM bayar, balance, etc....



Kat bawah belah kiri tu ade nampak kan icon PDF color merah. Click kat icon tu Dan akan keluar la semua details tu dalam bentuk PDF. Boleh la save pastu print. Boleh dah claim! Senang je kan.

* Tujuan utama registerkan kad touch n go ni untuk security sebenarnya. Untuk elakkan kad kita disalahgunakan oleh orang lain kalau hilang.

Saturday, 30 April 2016

CUTI-CUTI MALAYSIA ~JOHOR

Assalamualaikum...

Tanjung Piai

Rasanya dah lama betul aku tak pergi bercuti. Last hari tu pergi cherating tapi tu tahun lepas. Hm takdela lama sangat.haha.poyo je aku. Actually aku pergi Johor ni pun sebab nak pergi kenduri kawin my buddy kat Upm dulu. Kecik je budaknya. Tak sangka dah kawin.hihi.

So alang-alang dah memijakkan kàkiku ke johor apa salahnya kita melancong sekali kan.ho3. Dengan semangatnya aku dengan lagi dua orang memberku yang masih solo menyolo ni gerak hari jumaat. Ambik cuti la apa lagi. Semangat punya pasal.haha.

Kitorang stay kat Stay Inn hotel. Hotel ni kat simpang renggam. Rumah member yang kawin tu kat benut. Tapi sebab kat benut cari punya cari takde pulak hotel terpaksa la cari tempat lain yang terdekat. Lebih kurang 20 minit jugak dari simpang renggam ke benut. Ok la tu dari takde.

Excited! ngee

Bagi aku OK sangat la hotel ni. Sangat puas hati. Aku book yang bilik ada tiga katil, 1 single,1 Queen. Senang je pun nak book, call dia bagi nama pastu bayar semua sekali dengan deposit time check in. Bilik yang aku stay ni semalam RM108. Ok la affordable.

Kitorang sampai je dah memang dekat pukul 2. Check in pun memang pukul 2. Memang ngam sangat la.ho3. Sebenarnya boleh je kalau check in awal sikit just bagitau je orang hotel tu.

Time nak pilih hotel tu, aku yang paling penting bilik mesti kena ada aircond sebab sekarang kan musim panas memang tak tahan kalau tengah hari bahang sangat. So bilik ni memang ada aircond and kipas sekali. Memang best.ho3. Bilik pun bersih, toilet OK katil selesa. So overall OK la. Recommended.

Stay Inn hotel


Abaikan katil yang sepah itew....

1st day petang tu kitorang pergi jalan-jalan dulu ke Johor bahru. Agak jauh jugak la dalam sejam gitu. Sebab fida orang johor so memang senang sangat ada pemandu pelancong ni.haha.

Mula2 pergi ke R&f tanjung puteri. Kat tempat ni boleh nampak sempadan johor and singapura. Boleh la nampak kereta berpusu-pusu nak keluar masuk singapura. Kat sini ada taman and laut. Tapi taman tu tutup sebab tengah renovate.huhu. Tak dapat la turun ke taman. Ambik gambar kat atas jela..

R&f tanjung puteri

Pastu kitorang singgah sekejap kat Danga Bay Country Garden. Tempat ni adalah di tengah-tengah bandar JB yang sedang dibuat bangunan sekelilingnya. Korang bayangkan tepi2 bangunan tinggi pastu tengah-tengah ada laut.ho3.unik kan. Ok kat sini kitorang ambik gambar je sebab taman dia cantik.hehe.

Danga Bay Country Garden

Nak buat love tak jadi.haha. Yaya buat gaya Jae Suk nampak.

Next kitorang singgah jap kat pantai Lido. Sekejap je. Just nak tengok-tengok. Dulu tau ada pantai Lido pun sebab ada termasuk dalam lagu zaman dulu2. Liriknya Tambak Johor Tanjung puteri selat tebrau airnya biru, di pantau Lido tepian mandi...........ha gitu la aku ingat sikit-sikit.haha. Ok dah penat balik la kami ke hotel..

Pantai Lido

Next day pagi-pagi dah gerak pergi rumah pengantin. Nak tengok member tu nikah. Cantik pengantin...hehe. Selamat pengantin baru Shida and suami..hehe. Stay kat situ sampai pukul 1 gitu, terus gerak pergi Tanjung Piai. Ha tanjung piai ni la tempat yang aku sangat tak sabar nak pergi. Tempatnya terletak di pontian. Sebabnya kat sini ada laluan jambatan untuk sampai ke tengah laut. Hm takdela tengah sangat. Di sepanjang jambatan tu akan melalui paya bakau. So unik kan. Tu yang tak sabar sangat tu.haha. Lagipun tanjung piai ni adalah  the sounthern most tip of the mainland asia. Senang cakap tempat yang paling selatan sekali kat asia,

Disebabkan kitorang baru balik kenduri mesti la pakai baju kurung kan, nak tak nak kitorang kena la bawak baju untuk tukar. Tak boleh blah malu la jugak dengan hangar2 pun bawak. haha. Eh lupa nak cakap tiket masuk satu kepala RM5.Kat dalam tu siap ada surau, toilet, kedai jual air,aiskrim, cenderahati semua ada.


Laluan jambatan yang ada paya bakau tu ada 3 cabang utama. Kitorang lalu 2 je sebab yang 2 ni menghala ke laut..Memang mencabar jugak la laluan jambatan tu jauh jugak. Memang membakar kalori betul.agaga. Walaupun mengah la jugak tapi rasa excited sebenarnya sebab hujungnya akan jumpa laut.


Best sangat kat sini sebab angin laut kuat..Rasa sejuk, tenang je.. Lama jugak kitorang lepak kat sini..
Sebenarnya kat sebelah tempat kitorang lepak ni ada globe besar. Ingat nak pergi situ tapi tutup la pulak sebab laluannya tak berapa elok. So tak dapat la nak bergambar dengan globe itu...huhu





Dah pukul 4 lebih kitorang pun gerak nak balik benut. Singgah jap kat mana tah tak ingat makan jap.haha. Jumpa pulak gerai burger kukus. Curious sangat nak tau rasanya apa. Beli la 2 ketul nak buat makan malam.haha, makan je kejenya. Burger kukus ni rupanya roti burger tu dikukus sekejap. Sedap jugak dah la murah RM2.50 je seketul .ho3


Dah makan-makan kenyang boleh la nak tidur, Sebenarnya malam yang 1st day tu aku tak boleh tidur. Sebabnya aku ni la suka sangat baca citer seram dalam hotel time nak tidur tu la terbayang-bayang. Sengal je. Dah la ambik katil yang single tu. So hari kedua tu aku tidur dengan yaya, fida pulak tidur sorang. Nasib baik member2ku ini tak kisah tidur bukak lampu..haha. thanks ye korang.hee..

*thanks yaya sudi drive bawak kitorang jenjalan. Thanks fida rajin no tolong ambik gambar aku. Cantik-cantik semua.hehe

Thursday, 28 April 2016

REVIEW MOVIE THE HUNTSMAN : WINTER'S WAR

Assalamualaikum..


Disebabkan dah lama tak tengok wayang, last tengok munafik, rasa mengidam pulak nak tengok.haha. So dengan tak plannya, hari isnin lepas aku pergi tengok citer huntsman. Sebenarnya aku tak pernah tengok Huntsman yang Snow White tu. So mula-mula pikir macam tak best pulak kalau sambungan pastu mesti tak paham. Tapi sebab memang teringin sangat nak tengok citer fantasy macam ni aku hentam jela tengok. 

Last minit beli tiket online. Nasib baik tak ramai. Macam biase pergi solo je.hehe.Sebelum masuk wayang macam biase aku memang wajib makan subway.haha. sebabnya dekat, sebelah je dengan wayang tu.Pastu tak ramai orang senang aku nak lepak2 makan lama-lama.hehe.

Ok.jom start review. The Huntsman : Winter's War ni sebenarnya takde sambungan sangat pun dengan yang citer Snow White tu. Ok sinopsisnya movie ni menceritakan mengenai adik kepada permaisuri jahat ( Ravenna) yang nak bunuh Snow White dulu tu. Adik dia ni (Freya) jatuh cinta dengan seorang lelaki.  Ravenna memang hasut Freya yang kasih sayang ni macam tak wujud gitu. Tapi Freya still believe in love. Freya mengadung dan dapat anak. Tapi sebab satu salah paham Freya ni ingatkan pakwe dia ni jahat and anak dia pun mati. So terus la frust menonggeng bawak diri pergi kingdom lain terus jadi permaisuri. Freya ni automatik jadi jahat sebab kecewa yang amat.Freya culik budak2 bunuh mak ayah dorang. Pastu dia train budak2 tu jadi Huntsman. Nanti ada dua orang Huntsman tu akan mengkhianati Freya pastu ada pulak kaitan dengan cermin si Ravenna.

Bagi aku movie ni memang sangat best. First, sebab aku dah lama tak tengok movie fantasy jadi macam jakun jap.haha. Second, scenery memang cantik. Memang nampak real. Aku memang suka scenery fantasy scene dalam hutan, tak tau la kenapa. Sebab tu aku minat sangat citer Merlin.ho3.Third, pelakon semua memang bukan kayu, memang menghayati watak. Yang jadi permaisuri, Freya n Ravenna tu pun memang lakonan best.
Forth, movie ni ade part2 lawak jugak, especially yang orang kerdil kawan snow white.
Fifth, Happy ending. Walaupun macam kesian jugak Freya tu mati tapi sape suh jadi jahat kan. Sebenarnya kakak dia si Ravenna tu yang bunuh anak dia. Kalau tak takdela dia jadi macam tu. Sebenarnya citer ni pasal cinta yang sejati tu still wujud ke tak. So kira macam sweet la jugak sebab akhirnya cinta lawan kejahatan cinta yang menang..hehe

Tapi part ending tu aku rasa macam si Ravenna tu belum mati lagi. Sebab ada serpihan badan dia jadi burung. Last tu dia tunjuk burung tu still hidup lagi. Mungkin ada sambungan la kot lepas ni...

*Tengah tunggu movie Conjuring bulan 6 keluar. Tak pernah tengok before ni. Tu yang teringin nak tengok. Katanya seram giler lebih kurang macam Insidious.