Sunday, 2 August 2015

SHOPPING DI SHAWL HOUSE~INSTANT SHAWL

Assalamualaikum...

Actually aku start pakai shawl bulan 9 tahun lepas.Lepas dah pakai shawl memang tak layan dah tudung bawal.heuheuheu.agak berlagak di situ.hee.Nanti aku citer camane aku boleh terbukak hati pakai shawl.

Kali ni aku nak citer online shopping lagi.Memang akan berlambak la entry pasal shopping pasni.Aku kan giler shopping.Biase la perempuan..Ni semua salah facebook la banyak je iklan jual itu ini.Mesti la aku terjebak punya.eh.salah fb pulak.ho3.

Actually shawl house ni (KLIK SINI) jual instant shawl.Instant shawl semudah abc.ho3.Sarung je tarik hujung sinun dan sinun dah siap.Sesape yang dah ada anak tu memang sesuai sangat pakai instant shawl.Ye la nak layan anak lagi kalau pakai shawl tak ke kena pin at least 4 tempat.Betul tak?Ke aku je yang banyak guna pin.heuheuheu

Aku sebenarnya jenis yang suka pakai shawl jenis pashmina sebab tak jarang dan shawlnya labuh.So selesa.Aku tak berapa minat shawl chiffon sebab banyak yang jarang pastu pendek.huhu.
So bila aku terjumpa yang shawl house ni, godek2 tengok shawl dia labuh.Takde la labuh sangat at least tutup dada la kan..


Pastu ada banyak sangat choice color. Aku ni pulak peminat color yang malap2.heuheuheu. Godek2 aku pun dh beli 3 SIMPLE INSTANT SHAWL color black, grey and brown.Memang raja segala malap punya color.ho3.Pada aku kalau pakai shawl ni lagi elok pakai inner neck sebab kat area leher tu takde berlapis so jarang sikit.Kalau kat bahagian dada tu shawlnya berlapis-lapis so takde la jarang.

So far memang aku suka la shawl ni sebab senang nak pakai.Sarung pastu pin kat dagu kalau longgar.Bentukkan sikit pastu siap.Aku akan pinkan jugak kat bahu sebab tak selesa senget benget.

Simple instant shawl ni guna High quality Chiffon Georgette. Pada aku kira puas hati la kualiti chiffon ni. Lembut. Selesa. Harganya macam kat atas tu RM32. Delivery charges untuk semenanjung malaysia RM7. Delivery services dia guna POS LAJU ye so memang dijamin cepat sampai..

Insyallah lepas ni mungkin akan beli lagi.hehe


Share this

0 Comment to "SHOPPING DI SHAWL HOUSE~INSTANT SHAWL"

Post a Comment