Sunday, 23 July 2017

DIET KALORI ~ CARA KIRA KALORI & MENU DIET

Assalamualaikum..

Dua hari lepas aku ade post pasal sape yg motivate aku untuk kurus. Ada kat entry ni KERANA SITI NORDIANA AKU BERAZAM UNTUK KURUS. Kat ig aku dah janji nak share menu aku berdiet. So harini gigihkan jugak nak tulis ni ha walaopon tengah ngantuk sesangat. Sejak dua menjak ni asek ngantuk je. Asal baring je terus nguap. Demi uols yg kat ig tu aku akan tulis sampai habis. Sweet tak iols.hehe

Ok sebelum aku merapu meraban aku nak share dulu cemana cara nak kira DCR daily calorie requirement. DCR adalah paling penting sebab daripada dcr ni la kita boleh tau berapa kalori yg kita perlukan setiap hari untuk maintain weight or nak reduce weight.. nak kira DCR senang je kita guna pakcik google. Sila google daily calorie requirement calculator. Sini aku bagi satu link DCR calculator.


Ni contohnya. Masukkan la age height and weight.. so otomatik dia akan bgtau kat atas tu brapa kalori yg diperlukan untuk lose weight sebanyak 0.5kg seminggu..Kenapa 0.5kg? Ha mai sini nak kabo. Sebab 3500k = 0.5kg. Dalam seminggu ada 7 hari. Setiap hari kita kurangkan 500k jadinya 7 hari x 500k = 3500k.

So dah tau calorie requirement jom kira kalori makanan pulak..menu yang aku nak share ni sbnrnya biasa2 je. Takde la clean eat yg tanpa minyak gula yg kena masak sendiri stim bakar kukus bagai. Tak. Ni menu biasa untuk korang yang takde masa nak masak2 semua tu. Untuk org bujang yg tak terer masak ( ke malas) mcm aku ni lagi la sesuai.haha

Actually banyak jenis menu aku dah try. Sebab yela aku diet pon berperingkat. Ok2 aku nak share la ni banyak cakap pulak tetibe.haha.

MENU 1
Breakfast
Vico O = 130k
*air setengah cawan
*Vico 1 sb
*gula stgh sk
Roti gardenia 2 keping = 156k

LUNCH
Nasi segenggam /separuh = 150k
Ayam goreng = 270k
Peria tumis 1 senduk = 90k

DINNER
Buah epal = 80k
Or tak makan.

Total = 876k

Kalau tgk kat menu total kalori cuma 871k je. Means dalam sehari kita dah kurangkan 711k ( 1587k - 876k ). Kalau kita kekalkan makan kalori yang sama dalam seminggu means 711k x 7 hari = 4977k so dah melebihi 3500k yg diperlukan untuk lost weight sebanyak 0.5kg. Lebih kurang ada la dlm 0.7kg korang dpt turunkan dlm seminggu tu..paham ke idok. Aku ni kadang tulis pon mcm ular jugak. Berbelit.haha

MENU 2
Breakfast
Vico O = 130
Roti 2 keping = 151k
Butter 2sk = 66k

Lunch
Nasi segenggam/separuh = 150k
Ikan tilapia masak lada = 145k
Kangkung tumis satu senduk = 120k

Dinner
Ikan pari asam pedas 1 potong = 120k

Total = 882k

Ni contoh menu yg paling sihat yang aku pernah try.  Aku ni makan je semua benda. Cuma kalau yg bergoreng mcm nasi goreng ke mi goreng ke aku kurangkan la. Kalau teringin or terpaksa je aku makan. Boleh eh terpaksa. Haha.

Ok sampai sini je dulu. Nanti next entry aku akan post tips2 diet kalori k.

Share this

1 Response to "DIET KALORI ~ CARA KIRA KALORI & MENU DIET"