Sunday, 15 November 2015

TUKAR SIM CARD ROSAK DI CELCOM BLUE CUBE

Assalamualaikum...
Blue Cube Aeon Bukit Tinggi

Lama tak update kat sini...Sebenarnya banyak topik yang aku nak share tapi bz sikit update blog yang lagi satu..Ok takpe harini aku cerita sikit pasal sim card aku yang rosak.. Since kt matrikulasi lagi aku guna no tepon yang sama iaitu celcom.. Bila tak pernah tukar dalam 8 tahun gitew confirm la sim card pun jadi buruk dah. Nak dijadikan citer mula-mula henpon aku yang ku sayangi Lenovo S930 tu rosak..So terpaksa la guna henpon lain..Bila dah asyik tukar tukar henpon sim card pun asyik pasang cabut pasang cabut. Last last terus tak boleh detect.

Disebabkan aku sangat sayang no lama aku, aku memang tak nak tukar. Dengan sepantas kilat aku terus call celcom nak tanya kat customer service nak confirmkan sama ada boleh atau tak tukar sim card baru kat celcom blue cube..Kat tempat aku ni celcom center jauh sikit, paling dekat celcom blue cube..

Nasib baik la dia cakap boleh tukar sim card kat celcom blue cube. Aku tak sure sama ada semua Blue Cube boleh atau tak untuk tukar sim card sebab dia ada tanya area mana blue cube yang aku nak pergi. So kalau korang nak confirm boleh terus call customer services ye.


Blue Cube yang aku nak gi ni kat dalam Jusco. Buka dari 10 pagi sampai 10 mlm. Lepas kerja je aku terus pecut gi Jusco. Masuk dalam kedai tu terus tanya staff dia dan dia akan bagi borang untuk isi. Dapat no giliran padahal aku sorang je pun kat situ.haha. Dalam 5 minit je dah siap. Takde kena bayar pun. Dia cakap no akan aktif dalam 30 minit. 

So aku nak make sure sim card baru tu takde masalah aku pun cadang nak tunggu kat Jusco tu sampai sim card aktif. Nanti senang mana la tau ada problem tak boleh aktif aku boleh terus pergi jumpa orang tu balik.
Sebab lapar aku pun pergi beli Subway dengan Big apple jap. (akak aku teringin sangat dah lama tak makan katanya.heuheuheu).

After 30 minutes alhamdulillah berjaya diaktifkan. Mission accomplished.heuheuheu

*make sure nombor celcom korang mesti la nama sendiri. Kalau atas nama orang lain kena ada salinan i/c tuan punya nombor (kalau tak silap la sbb aku overheard ada orang tanya kat blue cube tu)

Share this

2 Responses to "TUKAR SIM CARD ROSAK DI CELCOM BLUE CUBE"