Thursday, 21 January 2016

KISAH AKU SCALING GIGI ~ AZAM TAHUN 2016

Assalamualaikum...

Kisah harini aku ambik cuti semata-mata nak gi scaling gigi atau cuci gigi. Tak tau la mana datang keberanian aku nak jumpa doc gigi.Mesti korang yang baca ni mesti ckp aku mengade kan dah tua bangka pun takut nak jumpa doc gigi .Ala rasanya ramai kan yang penakut macam aku jugak.Baik mengaku cepat!heuheuheu

Hari tu kan aku ada cakap tetibe tahun ni aku ada azam. Before ni tak pernah pun berazam apape. Ha ni lah salah satu azam aku pergi scaling gigi.Kalau nk bagitau bila last aku buat scaling memang dah lama sangat. So untuk mengelakkan muda-muda lagi takde gigi, baik aku pergi jugak walaupun takut.Lagipun akak aku dah pernah gi buat so aku yakin la sikit.hehe.Nasib baik ada klinik gigi yang dekat so senang la. Nama klinik ni KLINIK PERGIGIAN UTAMA. So sesape yang dok area telok panglima garang boleh la gi klinik ni ye. Tempatnya kat sebelah kedai cat NIPPON sebelah jugak klinik medivron. Klinik gigi ni kat bahagian atas rumah kedai.

Aku nasihatkan sesape yang nak gi baik buat appointment dulu la ye. Lagi senang tak payah tunggu. Aku tak buat appointment so kena la tunggu. Priority kat orang yang dah buat appointment. Klinik bukak pukul 9. Gigih aku pukul 8.30 dah terpacak depan klinik. Takde la terpacak betul-betul.heueheu. Aku tunggu dalam kereta sambil-sambil dengar suria.fm..Ada artis jemputan Siti Nordiana pulak tu. Memang layan....Sedap nana nyanyi lagu janam janam.heuheuheu


Aish menyimpang dah aku ni, So aku pergi la daftar pukul 9.30. Tunggu sampai pukul 10.50 gitew baru la dipanggil. Nasib baik la aku orang first daftar nama. Bagitau doc nak buat scaling and cek gigi bongsu yang tumbuh tak elok. Selalu bengkak. Stress aku asyik sakit gigi je. Buat scaling tu ada la dalam 20 minit. Sakit tak? mesti korang nak tanya kan .Hmm....sakit tu tak kot, cuma ada ngilu-ngilu sikit. Tapi still boleh tahan la and tak semua gigi ngilu, certain tempat yang mungkin plak gigi tu teruk sangat.Doc pun buat teliti je takde sampai kena kat gusi.

Lepas buat scaling, doc ada cakap gigi aku ada dua tempat yang berlubang. Tapi kecik je lubangnya. Still kena tampal jugak. Aku perasan sebenarnya ada lubang tapi aku tak tau itu la rupanya gigi berlubang. Ingatkan normal . Teruk bebenor aku ni, lepas ni kena alert la pasal penjagaan gigi.hihi. Doc cakap boleh datang minggu depan. Jangan lambat sangat nanti makin besar lubang tu. Katanya tampal untuk 2 lubang rm60. Pastu gigi bongsu aku yang tumbuh tak elok tu kena pantau lepas ni mana yang sakit. Gigi bongsu tu memang kanan dgn kiri dua2 sakit.huhuhuhu (aku ckp dalam hati je ). Sebab kalau sakit kena cabut. Cabut tu kena buat operation. Time tu doc buat muka serius. Biasa la tu kan operation gigi kan minor je. Rupanya lepas operation tu kena ambik cuti 4 hari. ambik kau. Doc cakap lepas operation nanti akan bengkak.huhuhuhu.Pastu kosnya rm 800 ye adik2 kakak2 sekalian. Terbeliak mata aku dengar. Kalau dua gigi dah berapa total tu.

Hm memang kena pikir betul-betul ni nak buat ke tak. First aku pikir mesti sakit sebab ada bius kan. Dulu ingat lagi masa kat sekolah pernah cabut gigi pastu bius dia sakit giler...huuu.ngeri pulak. Kalau buat dua2 gigi dua kali la aku operation...uwaa.. 2nd,  kos operation tu memang nak mengeringkan poket aku nampaknya.Takpe, duet boleh dicari. 3rd, takkan nak cuti 4 hari wey. Lama tu..Nak bagitau bos pun nak pikir banyak kali. Tak sure la company aku boleh ambik mc ke tak 4 hari tu. Rasanya tak boleh sebab untuk gigi tak cover kot.Kena confirmkan la dulu..

Eh lupa pulak nak bagitau, untuk scaling aku buat ni kena bayar rm 90.Ok la tu kan. Aku memang dah agak dalam area 100 gitew. So sekarang ni memang puas hati rasa bersih je gigi. Tapi gusi yang bengkak tu memang tak hilang lagi la. aku stress tiap pagi bangun tidur mesti bengkak dua2 belah. Tu belum lepas makan lagi memang sakit.huhuhuhuhu.Kalau dah sakit gigi pakej dengan migrain. Dalam dilema ni nak cabut ke tak....Hmm.....

Share this

4 Responses to "KISAH AKU SCALING GIGI ~ AZAM TAHUN 2016"

  1. nak tanya tahu tk harga kalau composite (tampal) gigi?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada.

    ReplyDelete
  3. buat kat gov klinik je...baru 50 ringgit utk minor operate...mc mmg dpt la 3 hari.. tampal pun br 15. utk geraham bongsu yg problem better la operate awal2 .... sakitnye berpanjangan klu die biarkan..klu da cabot atleast kene tahan sakit 3 ari je.....

    ReplyDelete
  4. haha..aku la tu tergolong dalam group penakut jumpa doc.smpi tahap menggigil r senang cite kalau dgr doc gigi ni.tp semalam pecah rekod selepas 10tahun berdalih utk jumpa doc..nak kawin punya pasal..malu gigi nak tunjuk si dia.(x la teruk gigi ni tp ada la yg blubang n kena cabut)nak jd cite semalam pi klinik kesihatan.tggu dr pukul 10.30 smpi 12 lebih br pggl nama(normal la kan)so berjaya cabut sebatang..geraham bongsu..kena charge rm2 shj..gov pun skrg serius ckp dah ok sgt.doc peramah n baik sgt..tampal pun rm2 sebatang.cuma doc pesan kalau nak wat pelik2 tu mcm root canal memg kena pi swasta la..depa x wat sb x cukup bahan..klinik yg ko gi ni pun aku try juga utk scalling.memg puas hati..doc buat cermat..

    ReplyDelete