Sunday, 22 November 2015

CARA TERMINATE UNWANTED SUBSCRIBE DI PHONE

Assalamualaikum....



Lately aku perasan kredit aku selalu je cepat habis padahal aku ni memang jarang sangat la call and msg sesape..Dah lama jugak jadi camtu tapi aku buat bodoh je.

Sampai la khamis lepas aku dapat a few links kat msg. Sebab geram aku saje try click nak tengok ape benda yang dorang dok send. Pastu keluar la berita hiburan.Terus cek kredit dah tinggal sen je padahal baru je kot topup..hampeh btol.Konfius aku bila pulak aku langgan benda benda ni.

Aku terus call celcom (dial 1111) sebab nak cek and stopkan semua jenis langganan.Memang agak lama orang celcom tu nak cek and kemaskini akaun aku. Dia ade mintak pengesahan nama and I/C. Tunggu punya tunggu dalam 7 min pastu dia mintak lagi no tepon family or friends.aku tak hingat pulak..Dia tanya lagi bila latest topup and brpe ringgit topup.Pastu kena tunggu lagi sambil dia kemaskini second time. Bosan jugak menunggu tp understandable la sbb akaun aku first time kemaskini tu yang lama tu.

OK finally conclusion yang dia bagitau kat aku, Memang ada beberapa langganan yang tolak kredit aku.Ada yang dia boleh stopkan dari sistem.Aku cakap stop je sumenya kecuali data plan. Ade 2 langganan yang aku kena stopkan sendiri Dan dia akan guide la nak send msg stop tu.No2 nya kat bawah ni:

1) Send STOPMMS to 39191 
2) Send STOP ALL to 27272 (dia tak bagitau yang ni.aku try sendri)
3) Send STOP NM to 22022

Aku tak sure betul ke langganan dah stop tapi setakat ni takde lagi la msg yang bagitau aku langgan itu ini.Kalau tak dulu berderet link dia sent.Orang celcom tu cakap kalau lepas ni jadi lagi macam ni memang boleh je terus call celcom services untuk stopkan.Kalau dibiarkan je nanti makin banyak.

Menyirap je bila tau selama ni free2 je dorang ambik duet aku.Dah la sekali tolak rm1.Yang aku perasan ada satu link ni namanya mobi content.Selalunya akan keluar time kita bukak mana2 website and akan suh kite download.Kadang2 akan automatic download.Ingatkan takde pape.Rupanya automatic tolak kredit.So lepas ni kena alert sikit la dengan link yang pelik pelik.

Share this

0 Comment to "CARA TERMINATE UNWANTED SUBSCRIBE DI PHONE"

Post a Comment