Sunday, 10 January 2016

REVIEW HOT MOVIE DILWALE ~ DEMAM DILWALE

Assalamualaikum..


Demam wey demam demam.haha.Citer hidustan pun boleh jadi demam kah.Al kisahnya dari minggu lepas aku dok dengar orang dok citer pasal citer Dilwale ni best giler kataya..Akak aku pun dah gi tengok kat wayang best giler jugak dia cakap. Aku nak pergi tengok tapi kat Jusco bukit tinggi ni takde pulak citer ni.
So minggu lepas saje saje la bukak website tgv, omak ko ada dah citer dilwale ni. Ape lagi aku pun cepat-cepat book tiket online.Pergi sorang-sorang je aku. Sejak dah pandai tengok wayang sorang ni memang syok sangat.haha.

Disebabkan tak nak terganggu konsentrasi aku kat citer ni, aku sebolehnya cuba elak nak baca review ke synopsis ke. Nanti spoil pulak dah tau citer. Minggu lepas je HOT FM pun dah seminggu dok siarkan soundtrack dia. Memang best lagu Janam Janam tu.Tapi sebab belum tengok citernya so takde la nak menghayati mana pun. Dua hari tu hot fm buat hot chat pasal dilwale.hahaha.Memang betul-betul demam dah dorang ni.

So aku book pukul 2.15 ptg.Senang ambik lepas zohor, solat2 dulu kat rumah terus pecut gi Jusco. Masuk je hall fuyoo ramai giler manusia. Penuh sepenuh penuhnya. Nasib baik la aku dah book awal.Kalau tak gigit jari la den.haha

Meh aku citer sikit sinopsis dia mengikut kefahaman aku la ye. Dilwale ni movie mengenai Kaali/Raj (Shah Rukh Khan, SRK) dan Meera ( Kajol ) yang jatuh cinta. Tapi bapa dorang berdua ni musuh. Ha ni part yang twist tu. Bapak dorang ni musuh sebab masing-masing adalah DON (samseng) dan ada la kerja mencuri dorang ni. Siap tembak tembak lagi. Sakit jantung aku.heuheuheu.Kira dua2 family ni macam jahat la jugak dan melarat ke anak mereka Kaali dan Meera. Disebabkan gaduh pasal emas yang Kaali curi dari bapak Meera, Meera ni macam saje la buat perangkap nak bagi Kaali ni jatuh cinta kat dia so senang dia nak ambik emas tu balik.
Kaali memang jatuh cinta kat Meera (same with Meera but she did not realise it). Bila kereta Kaali terbalik sebab kena kejar dengan orang suruhan bapak meera baru la Meera menonjolkan dirinya time tu. Terkejut Kaali dan masing masing tak jadi nak tembak (Because they love each other even that time meera did not realise yet). Sedih aku tengok Kaali, kecewa dia.huhuhhu..Sampai sini jela aku citer panjang sangat la pulak.hahahaha.Selebihnya pergi la tengok sendiri ye sebab memang sambungannya best.

Ok jom aku nak start review. Lambat bonar nak masuk reviewnya.heuheuheu. Memang aku rasa citer ni banyak twist la kat aku. Memang aku mati mati ingat citer cinta biasa, banyak pasal family ( ada jugak unsur family) macam kabhi kushi tu tapi memang totally different. Terkezut aku naseb baik ending best.ho3.

Pada aku dilwale ni dari segi jalan cerita macam agak kurang tersusun la plotnya sebab mungkin panjang sangat kot kalau nak buat betul betul lojik. And pada aku tak berapa nak logik la dalam real life. Yela siap tembak menembak bagai.haha.(Bagi aku tak sesuai untuk kanak-kanak). Kalau compare dengan kabhi kushi (tak abes2 nak compare aku ni.heuheu) kabhi kushi jalan cerita memang tersusun cantik sangat pastu pasal family, so memang mungkin ada berlaku dalam kehidupan kita kan.

TAPI yang bestnya dalam movie ni, ha ada tapi ye... Lakonan SRK dan Kajol memang sangat menjadi dan sampai pada penonton la. Pastu wardrobe Kajol fuyoo memang cantik giler kot, dengan makeupnya, gaya rambut semua la, penampilan Kajol memang awesome. Lebih moden. Ada gak orang makin berumur makin cantik ek.heuheuheu. SRK pulak memang makin hensem. Suke tengok part dia buat kelakar.hehe.Tak nampak tua sangat pun dorang berdua. Lagi satu soundtrack dia semua memang best sangat especially Janam janam. Setiap kali keluar background music lagu ni kat mana-mana scene memang aku nanges.haha sengal. Naseb baik tengok sorang senang takde orang nampak aku nanges.heuheuheu. Scene nyanyi pulak memang superb sebab scenery giler cantik. Tempat tu real tau bukan photoshop, shooting buat kat ICELAND. Ape lagi ek...hmmm. Ha satu lagi tariannya banyak tarian ape tah yang biasa orang menari keras kejung tu. Tak ingat la pulak. Tapi best sebab nampak moden. And sesuai dengan lagu janam janam tu. Last sekali,  ada beberapa part scene yang sangat sangat kelakar. Memang ketawa tak hengat. Bukan aku je, satu hall tu dok pakat pakat ketawa.haha

Keluar wayang, mata bengkak sebab nanges je keje, nak order subway pun cover2 muka kang orang ingat aku ni putus cinta pulak dah.haha.Balik umah sakit kepala.hahaha

Ha setakat ni je review yang aku boleh buat. Nanti kalau ada yang aku teringat aku tambah jela.Malam malam ni memang dah lemau sebab ngantuk.ho3.

*Dengar citer, kat India movie ni tak dapat sambutan. Yeke? ada sesape tau kenapa?

Share this

0 Comment to "REVIEW HOT MOVIE DILWALE ~ DEMAM DILWALE"

Post a Comment