Saturday, 29 July 2017

DIET KALORI ~ TANPA SENAMAN PON BOLEH

Assalamualaikum..



Once upon time, (mcm citer dongeng pulak) time tu aku tengah dlm proses diet ada la seorang manusia ni mempersoalkan diet yg aku buat. Disebabkan dia tu seorang yang sejenis pegi gym katanya "tipu la mana ada orang boleh kurus tanpa exercise..apa pon kena exercise jugak.."

Geram tu mmg geram la. Geram bkn sebab dia kutuk diet aku tu. Tapi sebab aku ni ada satu prinsip. Aku jenis yg kalau buat apape pon kalau benda tu takde fakta2 yg boleh menyokong aku takkan caya n takkan buat. Aku akan kaji sampai aku yakin baru aku teruskan. So bila dia cakap macam tu sama la mcm dia kutuk prinsip aku. Ha nampak tak emo. Psl prinsip je pon.haha. Tapi aku tak give up pon bila dia cakap mcm tu. Aku just pikir "tgk la nanti aku kurus baru ko terdiam". Ha gitu.

Memang dulu2 before tau pasal diet kalori ni aku pikir  nak buat apa diet sbb konpem aku tak boleh nak exercise.  Contoh mcm jogging tu mmg tak boleh buat atas sebab2 tertentu. Yg aku boleh buat cuma exercise yg simple2 la mcm sit up, push up, dumbell exercise etc . Semua tu boleh buat kat rumah n bila2 pon blh buat. Banyak sebenarnya exercise yg boleh buat kat rumah mcm zumba yg Nana buat tu tapi time tu aku tak tau so aku buat yg mana senang je. Aku pon pigi la beli dumbell. Kat giant je uols..Aku beli dua, 2.5kg sebiji. Harga pon tak mahal tak silap rm40.

Awal2 diet tu aku mmg buat la beberapa exercise yg simple tu. Setiap malam buat. Dumbbell exercise bagus sebab kita boleh build muscle. Muscle ni pulak boleh membantu meningkatkan tahap metabolisme. Lagi tinggi metabolisme makin tinggi la kadar pembakaran kalori..time ni aku makan 3 kali sehari breakfast lunch n dinner.

Bila aku start diet balik sebab Nana, aku tukar konsep diet sikit. Diet kalori jugak (sama mcm sebelumnya) cuma tak makan malam. Exercise tak buat dah..sebab kalau exercise aku akan lapar. Disebabkan aku dah decide sehari nak makan dua kali je breakfast n lunch so aku tak boleh la nak buat aktiviti lain yg akan menambahkan kadar kelaparan. Aku cuma nak fokus kat jaga pemakanan je.


Dan hasilnya aku dapat turunkan berat 12kg..tanpa exercise. Diet kalori ni yang paling penting adalah jaga kalori. Kalau korang diet, pulun exercise tapi makan pun pulun jugak hasilnya memang tak kemana. 
Diet yang paling bagus of course exercise + jaga kalori. Sebab dengan exercise dapat meningkatkan kadar pembakaran kalori selain badan jadi fit n kurangkan risiko penyakit (bg yang ade penyakit mcm kencing manis). Tapi bg sesapa yang rasa tak dapat nak exercise tu tak mustahil tau korang boleh kurus jugak. Caranya dengan jaga makan n kalori je ok..so takde alasan dah untuk tidak berdiet.. Pedulikan je orang nak kata/kutuk apa pon. Nanti kalau dah terbukti berjaya terdiam la dorang..keep calm never give up :)

Share this

2 Responses to "DIET KALORI ~ TANPA SENAMAN PON BOLEH"

  1. Wah terima kasih sebab kongsi tips.

    ReplyDelete
  2. Sya bru nk start diet hri ni? Mcm susah je nk kira2 kalori ni ��

    ReplyDelete