Thursday, 30 July 2015

PENGALAMAN KENA PENYAKIT KAYAP

Assalamualaikum..

Harini secara rasminya blog aku yang kedua telah diwujudkan.ho3.Mesti korang dalam hati 'fuyoo ada banyak blog.mesti blog dia hot sampai buat blog yang kedua'.Ptf.haha.takde maknanya hot.Sebenarnya blog aku yang lagi satu tu blog pasal resepi and food photography,kalau nak jenguk g kat rotikarya.blogspot, so kalau nak sumbat semua dalam blog tu macam tak sesuai pulak.Aku kalau boleh nak blog yang food tu food je, taknak carca merba.hihi.So blog yang kedua ni akan kuceritakan semua perkara yang terjadi dalam hidup aku.Aku akan share jugak banyak tips tips yang aku pakar (berlagak sikit.jgn marah.hihi).

Kayap oh kayap.Citer pasal kayap ni sebenarnya aku kena tahun lepas.Kalau tak silap dalam bulan february gitew.Kalau nak cakap symptom apa yang aku kena before dapat kayap ni macam tak perasan pulak.Actually time aku kena kayap tu pun aku tak tau tu kayap. Aku kena kat bahagian bawah armpit macam yang ku bulatkan kat bawah tu.

Mula mula rasa macam pedih.Pastu aku pun tengok ada merah macam melecur tu.Aku pun buat bodoh je.Bila dah hari kedua tu makin pedih pulak pastu merah2 tu dah merebak kat bahagian bawah (lipatan bawah).Aku pun pelik sebab kalau gatal or melecur takkan boleh merebak.Sebab pedih aku letak la bedak nak bagi dia kering sikit.Ingat nak pergi klinik lepas balik kerja.Aku pun ada la search kat internet.Memang serupa dengan kayap.huhu.Bila baca ada orang mati kena kayap jadi takut pulak.

Malam tu aku pun g klinik.Cari klinik yang doktor perempuan,konon malu la.haha.Pastu doc ckp "rasanya kena kayap kot". perkataan "kot" tu yang aku konfius tu.Takkan doc pun tak ley nak confirm.huhu.Dapat la ubat sapu dengan antibiotik..

Pastu esoknya aku pergi kerja macam biasa, sapu la ubat jugak tapi macam takde surut langsung pun merah-merah tu.Sampai dah nak nampak macam ada nanah putih2.Esoknya tu aku pun pergi la klinik lain, klinik yang bagus sikit la ubatnya.Aku dah biasa pergi klinik ni kalau aku kena asthma.So ubat pun memang ok.

Tup tup doc pun cakap memang kena kayap.Dapat pulak MC 3 hari!Fuh memang agak terkejut jugak sebenarnya sebab tak pernah2 aku mc 3 hari.haha.Dalam hati sangat gembira.hee.Sebab malas nak kerja.wahaha.Dah la time ni aku masih kerja dalam ofis,sekarang dah tukar ke lab.Memang tak best kerja ofis.eh.masuk bab lain pulak.haha.Doc cakap kalau kena virus macam ni memang dibolehkan bagi mc lebih 2 hari.oo yeke.baru ku tau.Dah la aku start cuti hari rabu so 3 hari sampai jumaat.Kira campur sabtu ahad 5 hari la la aku cuti.ngeh3

Lagipun memang patut pun dapat mc lama sebab ye la pedih kot tempat kena kayap tu.Lagi-lagi kalau bergesel or berpeluh.huhu.Seingat aku lepas hari keenam tu memang kayap tu akan nampak ade lekukan putih2, pastu dia akan pecah.Lepas pecah baru kering.Kalau nak sukat tahap sakit kayap aku ni kira sederhana la.Nak tidur susah sikit sebab posisi terlentang je.Tapi takdela sampai tak boleh tidur.Ada orang lain sampai nangis2 tak boleh tidur..Syukur takde teruk sangat.Rasanya dalam 2 minggu baru dapat baik sepenuhnya.

Aku ada baca jugak katanya kayap ni jadi bukan sebab penjagaan diri yang tak bersih tapi sebab virus demam campak dulu2 belum habis keluar.So dia jadi aktif balik keluar sebagai kayap.

Yang kelakrnya bila bos tanya sakit apa aku cakap skin infection.haha.omputih la sangat.

Share this

1 Response to "PENGALAMAN KENA PENYAKIT KAYAP"

  1. kene makan ubat antivirus la kan? Susah tak nak hilangkan partut kayap?

    ReplyDelete