Harini aku nak share ilmu untuk membeli barang online.First website aku beli barang online adalah lelong.Start beli tahun lepas.Lepas dah terer membeli tu memang susah nak stop. Dah berpuluh barang aku borong.agaga.
1)First yang korang kena buat kena la register dulu jadi member lelong. Jangan risau nak sign up free je.Sign up kat lelong.com.my.
2)Isi semua yang blank tu.Pastu tekan register.
3) Lepas dah register boleh la teruskan untuk pilih yang berkenan di hati..Boleh pilih kat categories tepi belah kiri.Macam macam ada.ho3.Lepas dah jumpa item yang nak dibeli, pilih dulu kat option.Tekan BUY NOW.
4)Lepas tu barang akan masuk dalam CART macam kat bawah ni.Boleh la tengok sekali kedai tu cas gst ke tak kat barang korang.huhu.Tekan PROCEED TO CHECKOUT
5)Isikan address untuk hantar barang korang tu..Tekan CONTINUE
6)Tekan PLACE ORDER
7)Pilih cara nak bayar.Aku guna online banking maybank2u sebab akaun tu je yg aktif dan senang.agaga.Pastikan maybank2u korang dah register kat cawangan maybank berhampiran ye (untuk TAC NO).Tekan PAY NOW
*toksah risau ada tulis netpay tu.Netpay tu bagus untuk protect buyer kalau jadi pape kat urusan jual beli.Nak tau lebih lanjut boleh search kt google ye..hehe
8) Lepas tu automatik akan link ke website online banking yang dah dipilih..Lepas dah bayar dan seller dah courier barang korang tu, page akan tunjuk macam kat bawah ni..Lelong akan send email inform barang dah di courier sekali dengan tracking no..
TIPS
1)Sebelum beli barang, pastikan compare dulu harga.Ada banyak choice, kadang-kadang ada yang cekik darah. So pastikan tak kena tipu dengan harga.Dan kena ingat barang murah sangat pun suspicious tau.
2)Buat dulu research pasal kedai yang korang nak beli barang tu. Baca semua info (yang aku highlight dalam kotak merah) yang ada.
3)Contohnya, kedai tu jual banyak barang tak.Kalau setakat 2-5 items, baik tak payah beli kat situ.Tapi kalau korang yakin takpe sila la beli.takde halangan.agaga
4)Tengok rating kedai tu.Boleh click kat % tengok comment buyer.Kalau 100% mungkin selamat, tapi aku selalu beli je even 97-99% sebab barang below rm30 so takde la risau sangat.
5)Untuk pastikan takde masalah stok, setiap kali nak beli aku akan tanya dulu ada stok ke tak.Nak PM seller pun boleh.Tanya apa saja korang nak tanya.Tapi make sure baca dulu info yang ada.Tak pasal2 seller menyirap je nak jawab soklan meraban.hehe
6)Setakat ni delivery yang aku percaya memang pos laju la.Paling lambat pun 3 hari.Pernah jugak guna SKYNET,AIRPAK,ABX.Skynet pun ok je.Airpak pulak kalau time ada perayaan memang agak lambat sampai seminggu.Lagi-lagi kalau address korang kat hujung hulu sinun,macam ofis aku la..huhu.Kalau tak nak guna delivery service yang seller dah tetapkan, try la tanya seller kalau boleh tukar.
Ni je la sedikit sebanyak ilmu yang aku boleh share..semoga dapat membantu sesape yang baru berjinak2 dengan online shopping :) Selamat bershopping!!
0 Comment to "CARA DAN TIPS SHOPPING DI LELONG"
Post a Comment