Akhirnya, movie yang ku tunggu2 dah keluar pun kat wayang. Aku dah pergi tengok pun!!!! excited tak.hahaha. Aku pergi hari sabtu lepas. Memang tak menyabar betul. Baru je keluar bedesup aku book tiket. Kali ni pun aku pergi tengok sorang-sorang je.hihi. Hari tu tengok movie seram malay Munafik dah tengok sorang so kali ni impian aku nak tengok movie omputih yang paling seram secara solo...ngeh3
Book tiket hari jumaat malam tu tengok banyak lagi seat kosong. Masuk je wayang mak aih penuh. Penuh ape? Orang la takkan hantu kot. Bulan puasa mana ada hantu.hihi. Actually before aku pergi tengok tu semua orang cakap conjuring ni seram giler. Aku memang cuak jugak la. Dah la Annabelle dengan conjuring 1 aku tak tengok. So takde idea langsung keseraman tu macam mana. Yang aku pernah tengok Insidious. Pengarah dia sama. Insidious seram gilos kot. So aku memang dah prepare myself kalau seram sangat nak tutup je mata tak nak tengok. haha.cuak tak cuak tu.
Ok aku bagi sinopsis dulu ye. First of all movie ni didapatasi dari true story ye. Dilakonkan semula. Main character adalah pasangan husband and wife Lorraine and Ed Warren. Aku copy sikit la dari IMDB. Both of them travel to north London to help a single mother raising four children alone in a house plagued by malicious spirits. Ada seorang paderi ni mintak tolong dari Lorraine and Ed tolong tengokkan kes ni betul or tipu. Kalau terbukti betul pihak gereja boleh la tolong family yang kena kacau tu. Kira Lorraine dengan Ed ni jadi pemantau la. Sebenarnya mula-mula Lorraine tak nak pergi London tu. Sebab dia mimpi yang Ed ni mati terbunuh ada kaitan la dengan spirit mana tah. Dia sayang sangat Ed and dia tak nak Ed mati. But end up dorang pergi jugak London tu lepas Ed pujuk.
Single mother yang kena kacau dengan spirit kat London tu nama Peggy. Peggy ada 4 orang anak. Anak peggy yang perempuan tu kena kacau dengan spirit atuk tua. Atuk tua tu sebenarnya adalah pemilik asal rumah yang dorang duduk tu. Atuk tu dah mati pastu dia kacau la anak beranak ni. Atuk tu tak nak pulak mengalah tak tau kenapa.
Pendekkan cerita lepas bertalu-talu scene seram, last baru tau yang atuk tua sebenarnya bukanlah sejahat yang disangka. Atuk tu sebenarnya cuma mengikut arahan satu spirit ni namanya Valak. Dia nak bagitahu perkara sebenar kat Lorraine tapi takut dengan Valak. Valak ugut atuk tu tak boleh move on dari dunia kalau tak tolong dia. Valak tu boleh dihapuskan kalau Lorraine or Ed tau nama dia. Spirit yang Lorraine mimpi nak bunuh Ed tu adalah Valak. Dalam mimpi tu Valak ada bagitahu nama dia kat Lorroine. Nasib baik dia ingat nama Valak tu. So Lorraine dapat la selamatkan Ed dan budak perempuan tu dari terbunuh...
Ok REVIEW aku :
1) Jalan cerita memang sangat best. Ada banyak scene yang menyentuh hati. Salah satu scene sedih, scene Ed menyanyi sambil main gitar kat anak-anak peggy memang sedih sangat. Yela kan peggy tu dah la ditinggalkan dengan husband dia. Tanggung semua sorang-sorang. Dengan anak kena rasuk lagi. So bila Ed ni nyanyi dapat ceriakan suasana..Nangis aku part ni.huhu. Actually banyak scene aku termenangis. heuheuheu.
2) Pelakon bawak watak memang superb. Nampak loving betul Lorraine and Ed. Ed memang seorang husband yang loving and Lorraine nampak betul-betul cintakan Ed sebab dorang ada persamaan. Both of them different from others, boleh nampak spirits.
3) Ok paling penting tahap keseraman macam mana? Aku bagi horror part, rating 6/10. Ha kenapa bukan 10/10 kata tadi movie paling seram. Ini bagi pendapat aku la. Part thriller memang best. Part paling horror adalah Valak. Valak tu memang ngeri betul la muka. Tak tau nak cakap lelaki ke perempuan. Tapi macam Nun kot pakaian dia. Aku tak tau pulak dari mana wujud tiba-tiba Valak ni sebab aku tak tengok conjuring yang previous episode. Part lain bagi aku seram tapi seram yang standard. Aku takdela cakap movie ni tak best, best sangat-sangat. Cuma tak tau la mungkin aku expected something more sebab orang cakap seram giler kan. Dan aku pulak memang fanatik horror movie so maybe aku dah banyak sangat tengok so dah jadi biasa dengan hantu-hantu ni.heueheuheu. Tengok hantu dalam movie jela. In real life tak mau. Uish ngeri..
So untuk keseluruhan movie ni best. Overall rating aku bagi 8/10.
Last aku cuma nak cakap kalau compare dengan Munafik, Munafik lagi seram. Mesti ramai orang marah aku compare dengan Munafik. This is just my personal opinion. Sebab time aku tengok munafik tu bila keluar wayang memang terbayang-bayang. Tapi yang ni tak sangat. Sebab tu aku cakap Munafik lagi seram. Lagipun Munafik memang movie seram malaysia yang paling berkualiti. Pastu islamik pulak tu banyak moral value. So tak salah kan aku support. Chill ye korang jangan marah-marah bulan puasa ni.hehe
0 Comment to "REVIEW HORROR MOVIE THE CONJURING 2 - SANGAT BEST!"
Post a Comment