Wednesday, 15 June 2016

CERPEN PENDEK - PRINCE CHARMING

Assalamualaikum...


Lama sungguh aku takde post cerpen yang aku tulis. Last hari tu my 1st karya KISAH CINTA RAISYA was published on penulisan2u.com bulan September 2015. Kali ni cerpen yang aku tulis cerpen pendek je sebab cerpen ni sebenarnya untuk satu pertandingan anjuran utusan Malaysia. Maximum words hanya 1000 patah perkataan je. Terpaksa la buat pendek je. Aku buat cerpen ni dalam masa sehari sebab kejar dateline.haha. Edit sikit2 je. Aku ni jenis tak boleh nak semak banyak kali nanti ade je benda nak tambah. Tak pasal2 jadi panjang berjela2 kang.haha.Pertadingan tu masih berjalan lagi tapi setakat ni belum terpilih lagi la. Takpe kalau ada rezeki ada la kan. Saje je mencuba nasib.hihi.OK la jom layan cerpen yang tak seberapa ni.heuheuheu

PRINCE CHARMING by DARIN ERYNA 

   Nia termenung panjang memandang ke luar jendela melihat daun-daun dibasahi hujan rintik-rintik. Air matanya sudah kering. Jiwanya kosong. Hatinya seakan sudah lumpuh. Tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Betapa kecewanya dia apabila Naim memutuskan pertunangan mereka tanpa alasan munasabah. “Abang, apa salah Nia..?" Nia bertanya sendiri. Buat kesekian kalinya hatinya merintih pilu.
Serabut fikirannya mengenangkan majlis pernikahan mereka yang tinggal hanya  3 minggu. Kad jemputan juga sudah diedarkan. “ Maafkan Nia, ayah mama..” dia menyapu air matanya. Beratnya dugaanmu ya allah…Remuk hatinya mengenangkan kedua orang tuanya yang terpaksa menanggung dugaan yang berat itu. 
“Nia..Nia..” tersedar dia dari lamunan. “Nia buka pintu ni sayang,” perlahan bunyi ketukan di pintu.Suara Puan Aminah kedengaran di balik pintu itu. Segera dia mengelap air mata. “ Ye ma." Sengaja di ceriakan riak mukanya. Tidak mahu mamanya itu risau. “ Nia ok tak ni. Mama risau. Dari semalam Nia tak makan.” Hanya senyuman nipis yang mampu dibalas. “Ma, Nia mintak maaf." Tanpa semena-mena sebak hatinya melihat wajah tua itu. “ Kenapa Nia mintak maaf, bukan salah Nia pun sayang. Ni semua dugaan, kita terima dengan redha ye. Doa banyak2 supaya Allah tenangkan hati Nia untuk redha ye dengan dugaan Dia.” Lembut sahaja suara Puan Aminah menenangkan anak gadisnya itu. “ Turun makan ye mama dah masak lauk kegemaran Nia”. 

   Malam itu lama Nia memanjatkan doa ke hadrat illahi. “Mungkin ini kifarah atas dosa-dosa aku. Insyallah pasti ada hikmah atas semua ini,” hatinya terasa sedikit tenang. Deringan telefon mematikan lamunannya. “Assalamualaikum Nia,” kedengaran suara Iskandar. Sedikit gembira hatinya mendengar suara kawan baiknya itu yang sentiasa ada disisi waktu susah dan senang. Lama mereka berbual. Sesekali Nia akan tertawa dengan lawak jenaka Iskandar. “Nia.." tone suara Iskandar berubah menjadi serius. Lambat-lambat Iskandar menyambung, "I sanggup nikah dengan you kalau you sudi terima I.” Terdiam Nia dengan pengakuan Iskandar yang tiba-tiba itu. “ Sebenarnya I dah lama cintakan you sayangkan you. Sejak kali pertama kita jumpa I tau you adalah jodoh I. Tapi I yang bodoh I lambat dan biarkan Naim rampas you dari I.” Lembut suara itu menuturkan kata-kata. Ada sedikit sebak dari nada suara iskandar.“I….” susah Nia mahu menjawab confession dari Iskandar yang tidak disangka itu. “ I terima apa sahaja keputusan you.” sambung Iskandar seakan memahami gelodak di hatinya.

   Malam itu Nia tidak dapat melelapkan mata. Terngiang-ngiang kata-kata Iskandar. Hatinya serba salah antara maruah keluarga dan perasaannya.. “ Boleh ke aku terima Is. Selama ni aku anggap dia sebagai kawan tak lebih dari tu. Atau mungkin aku yang buta tak nampak orang yang betul-betul sayangkan aku selama ni," hatinya berbolak-balik. Naim. Lelaki yang sudah dikenalinya selama hampir setahun. Perkenalan singkat yang membawa kepada hubungan yang serius. Ketika itu dia merasakan dia sudah berjumpa dengan prince charming yang diidamkan selama ni. Romantik, ada rupa dan berharta. Tetapi entah mengapa Naim terlalu memaksa. Ada sahaja yang tidak berkenan di matanya. Semuanya mahu diubah mengikut cita rasanya. Jarang sekali mementingkan perasaan Nia. Sampaikan cara pemakaian, bidang kerja Nia pun dia mahu masuk campur.Bila difikirkan balik dia tidak lah melalui fasa percintaan yang bahagia. Mungkin selama ini dia tidak mendengar kata hatinya. Terlalu obses dengan ciri-ciri prince charming ciptaanya sendiri. Sehinggakan dia boleh lupa erti kebahagiaan sebenar. "Terima seseorang itu seadanya, " Nia berkata sendiri.

   Akhirnya Nia tekad dengan keputusannya. Setelah seminggu melakukan solat istikharah dia redha jika ini takdir untuk dirinya. Sudah juga dikhabarkan keputusannya itu terlebih dahulu kepada Iskandar.  Kelihatan Encik Yaakob dan Puan Aminah sedang leka menonton televisyen. Dibulatkan hatinya dengan keputusan ini demi maruah keluarga. “Ayah, mama, Nia ada benda nak bagitahu ni,” lantas Puan Aminah memperlahankan volume televisyen. “Ye sayang, apa dia?” Diceritakan satu persatu tentang Iskandar dan juga keputusannya untuk bernikah dengan Iskandar. Melihat riak gembira di wajah Encik Yaakob dan Puan Aminah semakin yakin Nia yang dia sudah membuat keputusan yang betul. 

   Esok adalah hari yang akan mengubah hidupnya, saat dia akan bergelar isteri kepada Iskandar. Tersenyum sendiri Nia melihat baju nikahnya yang tergantung di dinding. Terbayang wajah Iskandar, lelaki yang telah membuat hatinya kuat disaat-saat dia sedang terluka. Sepanjang tempoh dua minggu ini, terasa seperti hatinya kembali berbunga-bunga. Baru dia sedar Iskandar adalah seorang yang sangat penyayang..Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat menyenangkan hati. Mungkin sudah berputik cintanya kepada Iskandar dia pun tidak tahu, yang pastinya dia yakin lelaki itu adalah sebaik-baik jodoh yang telah ditentukan untuknya.  Tersenyum Nia melihat nama yang tertera di screen phonenya. Segera dia menjawab panggilan telefon itu.

   “Assalamualaikum sayang..” Iskandar memulakan bicara.  Terdiam Nia dengan panggilan ‘sayang’ itu. Pertama kali Iskandar memanggilnya begitu. Terasa gementar dihati. “ Waalaikumussalam..” 
“Hmm..Sayang, can I tell you something?” Begitu romantis kedengaran bisikan suara Iskandar malam ni.
“Apa dia..?” Bergetar suara Nia menjawab.
“You tau..since hari you bagitahu yang you terima I, I am the happiest man in the world. Macam mimpi jadi kenyataan. Dan esok adalah hari yang I dah tunggu sejak sekian lama. Maybe I bukanlah prince charming yang you tunggu-tunggu selama ni but I promise I will love you as the way you are. You are the only one for me…” Terasa sebak hati Nia mendengar pengakuan ikhlas dari Iskandar. ‘aku bersyukur ya allah dengan takdirmu ini’ hatinya berbisik..

   “Aku terima nikah Nia Azalea binti Yaakob dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai…” Menitis ais mata Nia  mendengar ucapan akad itu.Telah sahlah dia menjadi isteri kepada Muhd Iskandar. Sungguh dia terhutang budi dengan lelaki ini yang telah menyelamatkan maruah keluarganya dan ikhlas mencintainya.. ‘Suamiku aku berjanji akan mencintai dan menyayangimu dengan sepenuh hati kerana kaulah jodoh yang terbaik untukku..’ Akan dicampak jauh-jauh kenangan lama, hanya bahagia yang diharapkan bersama lelaki yang akan menjadi pelindung dan pendamping dirinya hingga ke akhir hayat…

Share this

0 Comment to "CERPEN PENDEK - PRINCE CHARMING "

Post a Comment