Assalamualaikum..
Ha ini dia cerpen yang hampir-hampir jadi pekasam.. Cerpen ni lama dah aku simpan. Start buat dalam 2 tahun lepas tak silap. Buat separuh je. Sebab takde idea untuk ending. Aku ni kalau part nak buat ending macam stress terlebih. Kenapa tah macam satu tugas yang berat gitu. Over betul.heh. Ni kira azam tahun baru la nak siapkan segala cerpen.hihi.
Actually kalau uols nak tau aku ni memang suka tulis citer-citer cinta jiwang karat cenggini. Tapi sebenarnya tuan punya badan ni kalau baca balik cerpen sendiri ada rasa nak termuntah jugak. Sebab jiwang sangat.hahahaha.. Ha cemana tuh. Susah betul kan. Suka tulis tapi bila time tengah tulis tu rasa geli geleman pulak. haha. Apape pun akhirnya dapat jugak aku siapkan ending. Happy reading!
PERLUKANMU by Darin Eryna
Tersentak
Adra mendengar dentuman kuat. “Ish Lia ni kalau ye pun penat balik kerja tak
payah la tutup pintu sampai nak roboh rumah ni”. ngomel Adra dalam hati.. Lia
adalah teman serumah Adra. Dia mempunyai rupa paras yang digilai ramai lelaki tetapi
malangnya sangat gemar bersosial. ‘Eh bukan
ke makcik sorang tu outstation? Ish meremang bulu roma eyh. Pencuri ke’. Adra berkata-kata
dalam hati. Adra mulai cuak. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu-talu.
Adra terkaku di situ. Tok tok tok!!.Ara!! Kau tidur ke!! Tersentak macam nak
tercabut jantung Adra mendengar suara itu. Fuh lega. “La...Kau ke Lia??” Adra
separuh menjerit. “Yela aku la ni. Bukak la pintu ni.” Lia jawab perlahan... Sejurus
pintu dibuka Lia pantas masuk ke bilik tanpa bersuara. Adra yg didepannya pun mcm
nak dilanggarnya. Nasib baik la Adra ni bukan kurus kering orangnya kalau tak
dah tergolek kat situ agaknya. Adra memandang Lia yang duduk di birai katil sambil
menundukkan kepala. Wajahnya muram dan sugul macam baru lepas menangis..Dengan
perlahan lahan Adra duduk disebelah Lia. Sedikit dipanjangkan lehernya untuk
mengintai disebalik wajah sugul itu. Lia diam seribu bahasa. Adra memecahkan
kebisuan. “Kenapa ni?”. Lembut suara Adra bertanya sambil mengurut-ngurut bahu
Lia ..Tiba-tiba Lia menangis teresak-esak.. “Kenapa ni.Bagitau la aku”.Adra
terus memujuk. Lia tetap diam. “Bukan ke kau pergi outstation. Terkejut aku ingatkan
pencuri mana la masuk rumah tadi.” Sengaja Adra berseloroh untuk meredakan
ketegangan. ”Firas mintak putus”. Kata Lia ringkas. Adra terdiam. Degupan jantungnya
seakan terhenti. Firas, tunang Lia. Juga lelaki pertama yang berjaya membuka
pintu hati Adra pada cinta.
“Kenapa tiba2 mintak putus?” Adra menyoal. Jauh
disudut hati Adra seakan dapat meneka sebabnya. Cuma tidak diluahkan. Lia tidak
terus menjawab. Kemudian dia memandang Adra dengan riak seperti orang bersalah .
Lambat-lambat Lia menjawab, “Firas nampak aku dengan Shamim.” jawab Lia dengan esakan
kecil. Adra hanya mengeluh. Shamim bekas kekasih Lia. Sudah seringkali lelaki
itu memporak perandakan hubungan Lia dengan Firas. Tapi masih dicarinya lelaki
tak guna itu. ‘Lia, Lia. Kenapa la kau tidak menghargai lelaki sebaik Firas.
Lelaki yang aku cintai.’ Hati Adra berkata sendiri. Mahu sahaja Adra memarahi
Lia. Tetapi tidak terluah. Siapa aku mahu masuk campur dengan perhubungan
mereka berdua. Firas sudah memilih Lia bukan aku. Bisik Adra di dalam hati. Adra hanya mampu
menepuk-nepuk bahu Lia untuk meredakan tangisannya kerana tiada kata2 yang
dapat dia katakan pada ketika ini kerana perasaannya juga sedang berkecamuk.
Setelah
Lia terlena, Adra perlahan-lahan meninggalkannya dan beralih ke ruang tamu. “Orang
lain yang putus cinta aku pulak yang tak boleh tidur,” bebel Adra sendirian. Jam
di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi tapi mata Adra belum lagi mengantuk.
Saat keseorangan begini kisah silamnya kembali menerpa. Terbayang wajah Firas
yang redup ditambah dengan matanya yang kuyu menenangkan lagi mata yang
memandang. Bagi Adra jatuh cinta pandang
pertama sememangnya indah. Melihat jejaka itu membantu seorang pakcik buta
melintas jalan sudah cukup membuatkan hatinya terpaut. Selepas peristiwa itu, Adra
sering terserempak dengannya ketika lunch.
Pertama kali dia dan Firas beetentang mata ketika lelaki itu memulangkan purse Adra
yang tertinggal di meja makan. Baru Adra tahu Firas rupanya bekerja di bangunan
sama tempat dia bekerja. Perkenalan singkat itu tanpa disangka mengeratkan lagi
hubungan mereka berdua. Mereka sering meluangkan masa bersama. Setiap pagi pasti ada jambangan bunga
daripada Firas.. Kerap juga Firas menunggu Adra di depan pejabatnya hanya untuk
mengucapkan good morning. ‘Indahnya kenangan itu’ detik hatinya. Tanpa sedar
air mata Adra mengalir deras.
Kringggggggg!! Alarm berdering entah yang keberapa
kali. Adra melihat jam di tangan.’Astagfirullahalazim.. Bila masa pulak aku
tidur ni.ish. Baik aku cepat kang tak sempat nak solat subuh’.. Dia bergegas
naik ke bilik untuk solat. “Eh dah takde dah makcik ni. Senyap2 je bangun tak kejut
aku pun. Lia Lia...” ngomel Adra bila dia lihat Lia sudah tiada di biliknya.
Usai bersolat, Adra bergegas mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. ‘Jangan-jangan biarkan lama ku menunggu ungkapan kasih sayang darimu’ lagu favourite Adra yang dijadikan ringtone berbunyi. “Siapa pulak call pagi2 ni. time orang dah lambat time
tu la nak call”. Adra membebel
panjang sambil bergegas untuk menjawab panggilan telefon itu. Jantungnya
berdegup pantas melihat nama Firas tertera di skrin handphone. Tergamam dia melihat nama itu. Nama yang ditunggu-tunggu
muncul di screen handphonenya hampir setiap hari selama dua tahun.
“Firas”. Adra bisik perlahan. Lama
dia berfikir perlukah dia menjawab panggilan telefon itu. Lambat-lambat Adra menekan
punat answer. “Assalamualaikum.” Firas
terlebih dahulu memberi salam. “Wa..alaikumussalam”.tersekat-sekat suara Adra
menjawab. Suasana senyap seketika. “Ara? Firas bertanya. Rindunya Adra pada
suara itu. “hmm..” Sedaya upaya dia menahan air mata dari menitis.“Abang nak
jumpa Ara malam esok boleh?. Firas menyatakan hasratnya yang betul-betul buat gadis
itu terkejut “Nak jumpa ada ape ye?”. Untuk apa aku berjumpa lagi dengganya
jika itu hanya akan buatkan aku terluka’, detik hati Adra. “Please Ara..abang
mintak sangat-sangat Ara setuju. Untuk kali ni je.” Nada suaranya yang
mengharap buatkan Adra lemah untuk menolak. “Ok. Kali ni je.” Akhirnya Adra
bersetuju juga.
Firas menggenggam erat handphone di tangan. Sebolehnya dia tidak
mahu menamatkan perbualannya dengan Adra. Betapa rindunya dia pada Adra Arissa,
satu-satunya gadis yang dapat menakluki hatinya. Ara maafkan abang atas apa
yang abang dah buat. Abang tau abang dah lukakan hati Ara. Maafkan abang.’
Hatinya berkata pilu.. Walaupun dia tau tipis peluangnya untuk mendapatkan
kembali cinta Adra tetapi jauh di sudut hatinya masih berharap Adra akan
memberikannya peluang kedua untuk menebus semua kesalahannya.
Firas bergegas menuju ke rumah
kediaman keluarganya. Dia tekad untuk menyelesaikan segala kemelut yang
membelenggu dirinya hari ini juga. Dia sudah tidak sanggup menanggung derita
hati. Cukup lah 2 tahun dia bersabar. Perjanjian dia dan ayahnya sudah berakhir
dek kerana onar yang dibuat oleh Lia.“Assalamualaikum
yah. Along ada benda penting nak cakap dengan dengan ayah”. Tanpa berlengah
Firas menemui ayahnya yang sedang berehat di ruang tamu. Encik Hisham merasa
sedikit terkejut dengan kehadiran anak sulungnya itu.“Eh along. Kenapa tak
bagitau nak balik..?” Melihat wajah Firas yang sedikit tegang Encik Hisham
menyambung, “Hm, apa dia yang penting sangat sampai tak sempat nak borak dengan
ayah dulu ni.” Soal Encik Hisham. Firas adalah anak yang paling rapat dengannya
dan sering menyenangkan hatinya. Walaupun Firas cuma anak angkat tetapi dia
menyayangi Firas seperti anak kandungnya. Dia sangat memahami perilaku Firas.
Pasti apa yang bakal diberitahu itu isu besar jika dilihat pada wajahnya yang
kusut itu. “Along dah putus dengan Lia”. Ringkas dan tegas kata-kata Firas.
“Kenapa tiba-tiba ni? Along dah lupa ke janji along kat ayah dua tahun lepas?
Along janji akan berkahwin dengan Lia. Ayah dah janji dengan uncle Munir. Kamu
akan jadi menantu mereka. Along tak ingat ke?”. Jawab Encik Hisham dengan nada
tidak puas hati. “Kalau along tak ingat janji along tu tak mungkin sampai
sekarang along dengan Lia yah.” Firas meraup mukanya dengan keluhan berat. "Lambat-lambat dia mengeluarkan handphonenya dan menunjukkan kepada Encik Hisham
beberapa video mengenai Lia. Terlopong Encik Hisham menonton semua video Lia berpelukan
dengan lelaki lain yang pasti orang itu bukan Firas. “Kenapa along tak pernah
bagitau ayah pasal benda ni?” Encik Hisham memandang tajam ke arah Firas. Baru
dia perasan anak kesayangannya itu sudah semakin kurus. “Along tak nak
kecewakan ayah. Ayah dengan mama dah banyak berkorban untuk along. Tapi kali ni
along dah tak boleh. Along bukan tak ingat jasa-jasa ayah dengan mama tapi
along dah tak sanggup hilang satu-satunya wanita yang along sayang. Along cuma
nak bagitau ayah keputusan along putus dengan Lia adalah muktamad dan along
mintak maaf kalau ayah tak boleh terima.” Dengan tiba-tiba Encik Hisham merasa
sebak dengan kata-kata Firas itu. Baru dia tersedar dia terlalu mementingkan
dirinya tanpa mempedulikan kebahagiaan anak sendiri. “Along. Ayah tak pernah
mintak along balas jasa ayah dengan mama. Along memang dah macam anak kandung
kami. Maafkan ayah, ayah tak mintak pendapat kamu dulu.” Encik Hisham
menepuk-nepuk bahu Firas. “ Sudah terlerailah janji dua beranak itu dan yang
tinggal hanyalah hati Adra Arissa yang perlu ditakluki kembali oleh Firas.
Sejak Firas menyatakan hasratnya
untuk berjumpa Adra tak dapat menumpukan perhatian di tempat kerja. Permintaan Firas
memberi tekanan kepadanya. ‘Apa yang firas mahu? Rasa menyesal pula menerima
permintaannya tadi. Seperti aku ini perempuan
yang senang dibuang dan diambil semula bila perlu. Sudah lupakah kau dengan
apa yang firas dah buat?. Apa la nak jadi dengan aku ni’. Adra memarahi
dirinya. Akhirnya air mata yang ditahan sejak semalam menitis juga. Walaupun
perasaan benci, marah dengan perbuatan firas kepada dirinya dua tahun yang lalu
masih berbara namun cinta Adra pada Firas tak mungkin akan padam.
Jam sudah menunjukkan pukul 8
malam. Usai solat magrib Adra bergegas menaiki lif. Rasa berdebar laju jantungnya
memikirkan ‘date’ dia dengan firas sebentar lagi. “
“Ya Allah apa pun yang terjadi kau kuatkanlah hatiku supaya tidak menangis di
depan dia.” Doa Adra dalam hati. Baru sahaja beberapa tapak keluar dari lif
seseorang memanggilnya. Matanya terencap pada sepasang mata kuyu yang telah
membuatkan dia jatuh cinta satu ketika dahulu..Lama mereka berpandangan.. Adra
yang tersedar terus melarikan mata ke arah lain. “Ara naik kereta sekali dengan
abang ye”, Firas memberikan cadangan. Lama Adra terdiam memikirkan cadangan
Firas itu. Melihat Adra hanya berdiam diri, Firas menyambung, “Ara percaya
dekat abang kan. Abang takkan buat apape pada orang yang abang sayang.” Seperti
terkena renjatan elektrik hati Adra ketika itu. Sebak dia mendengar kata-kata Firas.
‘Jika benar kau sayangkan aku kenapa kau sanggup tinggalkan aku dan memilih
Lia.’ Rintih hatinya. Adra mengikut firas ke tempat parking. Firas berjalan di
depan dan Adra dibelakang. Adra memerhatikan sekilas susuk tubuh Firas ketika
itu. Dia perasan wajah Firas agak cengkung dan badannya juga semakin kurus
berbanding 2 tahun lepas. ‘Sakitkah dia?’ detik hatinya.
Di dalam kereta, Firas cuba
berbual mesra dengan Adra tetapi Adra seperti tidak berminat. Sepatah-sepatah
saja yang dijawab. Usikannya tidak dibalas dengan ketawa riang seperti dulu..
Firas akur. Dia mengerti ara masih marahkannya.. Suasana kembali sepi. Hanya
kedengaran suara Dj Lin memperdengarkan lagu-lagu romantis dan menuturkan
bait-bait cinta dalam segmen Suria Cinta. Adra dan Firas masing-masing melayan
perasaan. Adra menekan punat power window disebelahnya kirinya. Berdua begini
bersama firas sangat melemaskan jiwanya. Lemas dengan cinta dan dendam yang
masih bersisa. Nyaman terasa dengan tiupan angin malam yang dingin itu. Firas
merenung sekilas wajah Adra yang sedang termenung panjang. Sayu hatinya melihat
wajah sedih itu. ‘Kalaulah Ara tau betapa abang rindukan ara’ kata firas di
dalam hati..
Firas
membelokkan kereta ke satu simpang. Di depannya satu restaurant yang agak besar. Suasana di tempat itu agak hening dan
sangat romantik.Cahaya lampu jingga kekuningan mencantikkan suasana.Rekaan
bangunannya seperti rumah melayu zaman kesultanan Melaka.Sekelilingnya terdapat
taman yang ditumbuhi bunga2 yang rimbun. Mata Adra seakan kagum dengan tempat
itu. “Cantiknya” suara Adra seakan berbisik. Firas yang terdengar sayup sayup
suara gadis itu tersenyum sendiri. “Ara?” Tanpa Adra sedar Firas sudah berada
di sebelahnya membukakan pintu kereta.. Firas memberikan isyarat tangan
mempersilakan Adra untuk keluar dari kereta sambil berkata “Silakan tuan
puteri” dengan senyuman manis. Berdebar-debar hati Adra dengan lagak bersahaja
Firas. Tipulah kalau dia tidak merasakan bahagianya saat ini. Namun cepat-cepat
Adra menepis perasaaan bahagia itu. Serik untuk kecewa buat kali kedua..Adra
mengikut firas masuk ke dalam restaurant. Tiba-tiba seorang receptionist menepuk bahu Firas. “ Lama
tak nampak abang. Isteri abang ke?. Tak jemput saya pun,” lelaki itu
berseloroh. “ Insyaallah kalau ada jodoh,” jawab Firas dengan nada bersahaja.
Nak terbatuk Adra yang mendengar kata-kata itu Firas itu. Apa tujuan Firas
menjawab begitu jika perkara itu tidak mungkin terjadi dan tidak benar? Kenapa
Firas seperti mahu mempermainkan perasaannya?
Adra
dan Firas masing-masing mengambil tempat
duduk. Persis seorang gentleman, Firas
menarik sedikit kerusi Adra dan mempersilakan Adra duduk. Datang seorang waiter dan bertanyakan “Encik Firas, nak
kami hidang makanan sekarang?” Firas meminta mereka menunggu dahulu..
“Kenapa abang jawab macam tu tadi?” tanya Adra dengan
nada yang tidak puas hati. Firas sedikit terkejut dengan tone suara Adra yang
sedikit tinggi itu. “Abang tolong la jangan mainkan perasaan Ara lagi. Ara tau
kita memang takda jodoh. Jangan bagi harapan kat Ara macam ni.” Dengan tidak
semena-mena menitis jugak air matanya. Walaupun dia sudah bertekad untuk tidak
menangis di depan Firas. Apakan daya hatinya memang cepat tersentuh bila
terkenangkan kisah lampau.
Firas kaget melihat Adra
menangis. Dia tidak pernah berniat untuk menyakiti hati gadis itu. Dia tidak
tega melihat gadis yang dicintainya itu menangis lagi kerana dirinya. Cukuplah
apa yang dilakukannya 2 tahun lepas. “ Abang mintak maaf, abang betul-betul
takde niat nak buat macam tu.” Abang mintak maaf ok sayang.. Please jangan
macam ni “..Direnung lembut buah hatinya itu. Adra masih lagi menundukkan
wajah. Tangisannya seperti tidak mahu reda.. Firas semakin serba salah.. “Sayang..
Dengar ni..Apa yang abang buat apa yang abang cakap harini semuanya bukan
main-main, semua memang abang maksudkan.” Terus diceritakan apa yang terjadi 2
tahun lepas yang menyebabkan terputusnya hubungan mereka. Adra melepaskan satu
keluhan berat. Fikirannya sedang ligat memproses apa yang baru diberitahu
Firas.
“Abang tau semua ni bukannya
alasan untuk abang tinggalkan Ara. Dan abang paham, paham sangat-sangat kalau
Ara tak boleh nak maafkan dan terima abang balik.. Tapi tak mungkin abang boleh
merelakan Ara pergi tinggalkan abang. Cukup la 2 tahun abang terseksa rindukan
Ara. Abang tak sanggup lagi. I can’t lose you, I can’t, ” terucap juga kata-kata
keramat itu dari mulut Firas. Bagai ada getaran pada suaranya. Akhirnya dapat
juga dia meluahkan perasaan yang sudah sekian lama disimpan rapi dalam hatinya. Untuk kesekian kalinya air mata Adra mengalir deras. Tidak
menyangka sama sekali dia dapat mendengar sekali lagi ucapan cinta dari lelaki itu.
“Dan tak salah kalau abang cakap abang dapat rasa Ara pun masih sayangkan
abang. I can see it in your eyes. Your beautiful eyes. Am I right sayang?” bisik
Firas lembut..Mata mereka bertentangan untuk seketika. Adra menundukkan muka
sambil tersenyum malu..Kemudian dia memandang Firas dan memberikan senyuman
paling manis.
Firas bangun dari tempat
duduknya dan berjalan ke arah Adra. Dia tiba-tiba melutut betul-betul disebelah
Adra. Satu kotak kecil dikeluarkan dari poket seluarnya dan membuka kotak itu
lalu disuakan kepada Adra. Sebentuk cincin permata terbentang di sebalik kotak
itu. Adra terkesima. Jantungnya berdegup kencang. “Abang tau abang bukanlah lelaki terbaik
untuk Ara tapi abang yakin Ara adalah satu-satunya yang terbaik untuk abang. All
I really need is you.. Adra Arissa will you be mine?” Untuk seketika Adra
terdiam. Merenung ke dalam anak mata lelaki dihadapannya itu untuk mencari
sebuah keikhlasan disebalik kata-katanya.. Satu senyuman manis dihadiahkan buat
lelaki itu..Sudah lama dia tunggu saat ini. Walau beribu keperitan yang
dilaluinya dua tahun dahulu tidak mungkin akan hilang cintanya pada Firas.
Jelas terserlah riak lega pada wajah Firas. “Syukur alhamdullillah Ya Allah.”
Firas menundukkan kepalanya cuba menahan air mata lelakinya dari menitis.Tidak
dapat digambarkan perasaan lega dan gembiranya dia pada ketika itu. Syukur yang
tidak terhingga kerana cinta Adra masih ada pada dirinya. “Abang janji akan
abang pertahankan cinta kita walau apa pun yang terjadi.. Kerana Firas Amsyar
hanya milik Adra Arissa.” Bisik Firas pada Adra. Satu kenyitan mata dihadiahkan
buat wanita yang dicintainya itu..Mata mereka kembali bertaut. Senyuman indah
terukir pada wajah keduanya..Sudah lengkaplah kini kisah cinta Firas Amsyar dan
Adra Arissa. TAMAT
0 Comment to "CERPEN ~ PERLUKANMU by Darin Eryna"
Post a Comment