Friday, 28 September 2018

JOM ONLINE SHOPPING DI SHOPEE ~ ADDICTED

Assalamualaikum....


Malam ni datang mood nak mengupdate blog. Jadinya jom la kite post seberapa banyak entry yang boleh. Mood ni tak selalu datang. Mcm chipsmore kejap ade kejap takde.Tadi petang kat ofis tetibe je berkobar2 nak menulis. Apo kono eh janggg.

Topik harini. Topik ye.Lama tak guna word ni. Kalau sesape yang peminat tegar online shopping sure korang tau shopee ni. Kalau tak tau tu belom berapa nak tegar. Shopee ni lebih kurang macam lelong, 11 street, lazada, dan yang sewaktu dengannya.

Aku terjebak dengan shopee ni ofismate aku yang introduce. Mula2 kengkonon mcm tak berapa nak layan.haha sebab aku peminat tegar lelong.my. Pastu saje la godek2 tengok harga dia boleh tahan murah. Pantang nampak barang murah melekat terus.Ape nak jadi ni.

Yang paling buat aku melekat tu sebab aku terjumpa denim jacket yang aku minat. Harga pon reasonable. Dah 4 jacket dah aku kebas setakat ni. More to come. Abes la. Bersedialah nak mengeringkan poket yang dah memang kering setiap kali gaji.wuu

Ok jom aku tunjuk macam mana nak shopping kat shopee ni. Actually sama je cara dia mcm yang lain.Kalau dah kaki shopping tu takyah ajar pon bole kan..kan.kan. haha.

Ha lupa nak habaq mai kelebihan shopee ni dia ada "SHOPEE COIN". Ape dia shopee coin sat lagi cheq habaq mai.

Shoppe ni ade app tau. So boleh la download kat google store. Nak guna yang kat website pon boleh tapi app lagi senang.

Ok first korang kena register dulu. Pastu mcm biasa pick item yang berkenan di hati. Nak beli sepuluh ketul pon bolehh. Kalau orang have2 beli 100 ketul apedehal kan. Ok dah confirm click kat 'add to cart'.


Pegi tengok kat cart. Click kat box tepi item tu. Ok dah checked click "check out".



Before tu cer korang tengok kat bawah subtotal tu ade tulis 'earns 12 coin' kan. Ok coin tu korang akan dapat setiap kali beli barang. Berapa amount coin tu bergantung la kat harga barang yang korang beli tu. Coin tu nanti korang boleh guna untuk pembelian mana2 item yang seterusnya. Best ke tak. Best kan. Walaupon tak banyak mana coin tu still dapat kurang harga barang yg kita nak beli tu. 

Ok dah check out. Dia akan keluar mcm ni.
So click "PLACE ORDER".


Pilih la nak buat payment kat bank mana. Banyak choice. Aku selalu guna maybank2u. Click "Next".


Ok bila dah selesai buat payment akan keluar macam ni. So kita tunggu jela barang sampai.



Ha lagi satu sebenarnya...telah lama ku jatuh hati padamu. Eh ternyanyi pulak. Sebenarnya korang boleh cek anggaran shipment tu berapa hari. Click arrow kat "Shipping to".


Biasanya kalau dari China akan ambik masa lebih kurang 20 hari untuk sampai ke tangan kite. Jadi jangan gelojoh ye. Bawakkan bersabar. Aku paham kalau yang shopping online ni mesti sejenis tak sabar nak dapat barang kan. Haha. Aku pon macam tu. Itulah yang tak bestnya beli online sebenarnya. Barang dapat lambat. Tapi redha jela dah nak yang murah kan. Pastu sejenis malas nak pergi kedai. Sis redha. Huuu.

Akhir kata selamat bershopping selamat menghabiskan duit. Aku tolong ajarkan je cara nak beli taw. Aku tak bersalah kalau korang addicted nanti. Ok. Bye.

Share this

0 Comment to "JOM ONLINE SHOPPING DI SHOPEE ~ ADDICTED"

Post a Comment