Kula cakes? Apekah kula cakes ni sebenarnya tuan tuan dan puan. Tempat ni sangat la popular dikalangan orang kuantan ye dan pernah masuk paper.
Ceritanya 2 minggu yang lepas Nana ade show kat kuantan. Jadinya aku ngn sorang member (memang selalu pegi dengan dia) pergi la terjah show Nana kat RTM pahang. Disebabkan show konsert tu start malam so kitorg yang sampai kat pahang dalam tengah hari tu pergi la sat kula cakes jalan2 cari makan.
Aku tau tempat ni aku tanya ofismate aku asal kuantan kalau2 ade tempat best boleh la nak singgah. Dia pon suggest tempat ni katanya mango cheesecake dia popular and sedap.
Aku ni memang sejenis suka dessert (wpon nak makan manis rasa bersalah) excited la nak pergi tengok ape yang best sangat kan.
Alkisahnya time pegi kuantan ni aku tak sihat. Sakit tekak giler and batuk. Asek rasa nak muntah. Terpaksa la sis telan strepsil 24 jam nak bagi lega sikit tekak n jiwa. Bila dah sakit tu mood nak makan pon ke laut la jugak. Tapi sebab dah datang sini so rugi la kan tak gi. Gigihkan jugak pergi.
Yang pasti sangat la berbaloi. Ha kenapa. Ni la nak citer.
Kula cakes ni tak jauh pon dari RTM pahang. Memang kat bandar. Tempatnya kat area rumah kedai. Kawasan ni kira cantik la sebab bangunan dia style lama2 gitu.
Kat area sini agak susah nak cari parking. Rasanya ada la dalam 3 kali kot pusing tempat sama cari parking. Bernasib baik dapat parking. Dan korang jangan lupa pulak bayar parking ye. Guna kupon. Kupon tu dun worry. Boleh beli kat kedai2 berdekatan. Nak tau kedai mana yang ade boleh tengok kat depan kedai ade signboard agen tiket.
So inilah dia kula cakes
Datang2 je dah ramai uols. Beratur hokeyh. Kedai dia sebenarnya kecik je. Walaupon kecik tapi ade laman kat sebelah. Cantik laman dia. Macam dalam taman gitew. Uols makan2 kat taman ni la.
Kalau ikut napsu makan ni ofkos la nak makan mango cheesecake. Signature dish kan. Tapi tengah sakit tekak. Makan mango kan makin teruk pulak. Dah la esoknya nak pegi event nana kat putrajaya. Jadinya aku suh la member aku yang order. Boleh la aku rasa. Sikit pon jadila. Wuu sadis. Aku pulak order chocolate moist.
Tutup setiap hari isnin
Nampak tak air pon air mineral je.huhu
Taraaa. Ni la mango cheesecake kula cakes. Cheesecake ni bagi aku memang sedap. Atas tu dia siap letak sos mango tau. Rasa just nice. Tak masam sangat tak manis sangat. Yang penting bila makan tu rasa segar je sebab sejuk pastu ade fresh mango. So memang puas hati la.
Chocolate moist pulak bagi aku ok. Kek dia tu nak kata moist sangat tu tak. Aku prefer lebih moist. Tapi ok la sedap sebab chocolate dia pahit. Aku memang suka chocolate pahit. Kek coklat mcm ni tak boleh makan banyak2 sebab cepat muak. Kek ni memang dense. Overall sedap.
Sambil2 makan korang boleh la nak bergambar sebab landskap memang cantik. Lama jugak kitorang lepak sini. 3 jam kot.haha lama kan. Berbaloi datang sebab mango cheesecake dia sedap dan tempat cantik.
So korang jangan lupa singgah tempat ni kalau datang ke kuantan k. Chow cincau!
0 Comment to "TEMPAT MENARIK KUANTAN ~ KULA CAKES MANGO CHEESECAKE YUMMY"
Post a Comment