Wednesday, 13 March 2019

TECOMA TREE MERAH JAMBU MENAWAN ~ SAKURA MALAYSIA

Assalamualaikum..
Tecoma flower

TECOMA TREE ataupon diberi gelaran sakura malaysia. Kalau korang perasan pokok ni biasanya banyak kat tepi2 jalan. First time aku nampak pokok ni kat area ofis aku tahun lepas. Cemana aku boleh perasan tu sebab sepanjang jalan penuh color pink. Cantik giler. Yang kat pokok dan yang dah gugur pon banyak. Rasa macam duduk kat jepun jap.haha. Pokok ni kat Malaysia yang ditanam cuma color pink and putih sahaja. Tapi yang pink lebih cantik sebab seakan-akan bunga sakura.

Sebenarnya dah lama aku cari pokok tecoma ni dengan bunga yang lebat. Sebabnya aku baru je beli DSLR last month. Memang dah lama nak snap gamba bunga dia ni guna DSLR. Sebab aku dah bayangkan mesti cantik sangat.ha nampak tak excited.

Pokok ni bunga akan tumbuh bila dah lepas musim panas n nak masuk musim hujan. Tapi sekejap je dalam 2 minggu gitew. Lately kan cuaca macam tu. Dekat area ofis pon ada nampak bunga dia tapi tak lebat macam tahun lepas. So bila sabtu haritu on the way pegi Sekinchan cari sawah padi (nanti aku update kat blog) ternampak pokok ni kat tepi jalan aku pon laju2 la stop.

Pokok ni betul2 kat depan kedai moto kat Kapar. Kapar tau kan area kuala selangor sana. Staff2 kat situ tengok je aku dok ambik gamba.haha. Ade sorang akak tu tegur aku "cantik kan bunga dia". Tq la kak memahami 😆.Yang penting aku dah dapat gamba pokok bunga yang cantik ni. Ching.haha 
Jalan Imam Ayub 3, Kapar

Bila zoom baru tau rupa bentuk bunga. Dulu ingatkan macam bunga kertas.
Rupanya tak.

Rasa nak makan je bunga dia tu.Macam gula2 kapas.haha

Share this

0 Comment to "TECOMA TREE MERAH JAMBU MENAWAN ~ SAKURA MALAYSIA"

Post a Comment