Monday, 3 June 2019

BELI DSLR NIKON D3500 DI HARVEY NORMAN ~ SAYA NOOB

Assalamualaikum..


Setelah 3 hari cari mood nak menulis harini baru jumpa mood tu. Over naw nak tulis pon nak ada mood. haha. Sebab apa takde mood sebab tak bawak laptop balik rumah mak so malas nak taip kat phone. Pastu dengan noob nya baru terpikir boleh connect keyboard and mouse kat phone or tab. Asalkan phone korang ada fungsi otg (on the go) boleh sambung weyh. Serius memang memudahkan hidup aku. Kenapa la dari dulu tak terpikir. Kalau tak mesti hari2 aku update blog. (Yeke?). Ni aku dah bagitau korang jangan jadi noob sangat macam aku sudah. haha

Ok back to the tajuk entry, aku nak citer pasal aku beli DSLR yang aku idam2kan sejak 4 ke 5 tahun lepas. Sadis lama benaw baru dapat. Sebabnya walaupon dah lama aku nak sangat DSLR ni aku macam tangguh2 nak beli sebab rasa macam bukan keperluan walaupon aku sangat2 perlukan DSLR untuk blog food photograpghy aku Buns Lover. Since aku dah kurang aktif kat blog yang tu so hajat nak beli banyak kali tertangguh.

DSLR ni aku beli bulan 2. Biasa la kan time baru dapat bonus jadi orang kaya sekejap.haha. Dan aku rasa dah masanya aku beli sebab aku nak perubahan dalam hidup (tiber). Aku sangat2 nak ambik gambar Nana yang cantikn HD. Aku punya passion dalam photography ni kan (especially in food photography and candid photography (only for Nana) agak over sampaikan boleh shaking bila excited sebabkan adrenaline rush. So walaupon aku tau duit aku akan habis yilek nanti sebab beli DSLR ni aku tetap nak beli jugak. Semahal mana pon phone takkan setanding dengan DSLR. Dan feel guna DSLR sangat lain dengan phone.

Disebabkan aku seorang yang noob, aku tak berapa tau pasal DSLR. Aku tak pernah pon guna DSLR haha.  Kalau pasal photography aku tau sikit2 pasal ISO,aperture and shutter speed dan basic photography yang lain sebab dah lama aku buat food photography untuk blog (since 2013). Tapi amatur je. So bila nak beli DSLR aku pening jugak nak tengok spec apa. Aku memang dah tetapkan bajet aku maximum rm2500 so bila usha2 terjumpa la latest model from Nikon. Aku ada jugak tanya2 member yang photographer tapi masa aku tanya tu aku dalam kepala dah aim nikon d3500 so sebenarnya aku tanya tu tak tau untuk ape. haha. Aku ni kalau dah suka sesuatu susah nak tukar fikiran. Tapi aku appreciate la pandangan dorang sebagai professional photographer. Thanks uols.

D3500 ni aku suka sebab latest version, sesuai dengan bajet aku, kalau baca review katanya size kecik sedap dipegang, tak berapa berat sangat. Paling penting aku nak camera yang boleh produce gamba yang sharp.  Baca banyak review katanya nikon lebih sharp dari canon. Kalau pasal ISO pulak aku tak ambik kisah sangat sebab biasa show Nana cukup lighting sebab kat stage. Kalau terpaksa in case tak cukup lighting boleh guna flash. Mungkin kadang2 gamba akan ada noise tapi asalkan sharp still ok. Ade jugak  beberapa kekurangan kat D3500 ni. Contoh macam takde wifi. Bukan touch screen. Tapi sebab aku dah tersuka aku still nak jugak. haha. Lagipon time tu aku rasa kekurangan dia tak berapa nak bagi kesan kat aku. 


Bila dah tau nak beli yang mana, cari pulak nak beli kat mana. Mula2 macam nak beli online macam kat shopee or lazada sebab harga agak murah. Tapi aku risau pulak takot kang kena tipu tak dapat yang ori. Dah la aku takde knowledge pasal DLSR. Bila pikir banyak kali aku pon decide nak beli kat harvey norman sebab situ ofkos ori. Walaupon harga dia tak semurah yang online still aku taknak ambik risiko. Cek kat website harvey, kat Aeon area aku ni takde stock pulak. Yang kedua paling dekat kat Setia City Mall. Sebab aku malas nak tangguh2 dah so aku laju2 la pi sana beli. Aku risau tangguh2 nanti duit aku ntah ke mana mana.

Actually not bad gak kat Harvey Norman ni sebab sekali dengan kit lens 18-55mm + Memory card 16GB + Bag + Lens filter + Cleaning kit + Cloth micro fiber harga total Rm2380.


Sebab time ni nikon ade promo, warranty 1 year boleh extend jadi 2 years. Dan dapat jugak free gift tambahan battery. Kena buat online registration kat website nikon and redeem promo nanti dia akan courier battery tu.  Memang sangat memudahkan ada dua battery. Kalau la tibe2 tengah kat event battery habis ada backup. Or ko punya event back to back tak sempat nak charge battery. Actually ada lagi promotion yang harvey norman tawarkan tapi sebab bajetku tak mengizinkan (sedih) aku tak ambik la promo tu walauppn banyak advantage nya.

Ok sampai sini je kot dulu. Nanti aku pikir lagi nak share ape lagi kalau ada. Maybe contoh picture Nana and accesorries yang aku dah beli. Or kalau ade suggestion just drop your comment di ruangan komen. TQ!

p/s : Doakan aku murah rezeki sebab aku nak beli zoom lens 55-300mm pulak pasni.Ching! 

Wednesday, 13 March 2019

TECOMA TREE MERAH JAMBU MENAWAN ~ SAKURA MALAYSIA

Assalamualaikum..
Tecoma flower

TECOMA TREE ataupon diberi gelaran sakura malaysia. Kalau korang perasan pokok ni biasanya banyak kat tepi2 jalan. First time aku nampak pokok ni kat area ofis aku tahun lepas. Cemana aku boleh perasan tu sebab sepanjang jalan penuh color pink. Cantik giler. Yang kat pokok dan yang dah gugur pon banyak. Rasa macam duduk kat jepun jap.haha. Pokok ni kat Malaysia yang ditanam cuma color pink and putih sahaja. Tapi yang pink lebih cantik sebab seakan-akan bunga sakura.

Sebenarnya dah lama aku cari pokok tecoma ni dengan bunga yang lebat. Sebabnya aku baru je beli DSLR last month. Memang dah lama nak snap gamba bunga dia ni guna DSLR. Sebab aku dah bayangkan mesti cantik sangat.ha nampak tak excited.

Pokok ni bunga akan tumbuh bila dah lepas musim panas n nak masuk musim hujan. Tapi sekejap je dalam 2 minggu gitew. Lately kan cuaca macam tu. Dekat area ofis pon ada nampak bunga dia tapi tak lebat macam tahun lepas. So bila sabtu haritu on the way pegi Sekinchan cari sawah padi (nanti aku update kat blog) ternampak pokok ni kat tepi jalan aku pon laju2 la stop.

Pokok ni betul2 kat depan kedai moto kat Kapar. Kapar tau kan area kuala selangor sana. Staff2 kat situ tengok je aku dok ambik gamba.haha. Ade sorang akak tu tegur aku "cantik kan bunga dia". Tq la kak memahami 😆.Yang penting aku dah dapat gamba pokok bunga yang cantik ni. Ching.haha 
Jalan Imam Ayub 3, Kapar

Bila zoom baru tau rupa bentuk bunga. Dulu ingatkan macam bunga kertas.
Rupanya tak.

Rasa nak makan je bunga dia tu.Macam gula2 kapas.haha

Wednesday, 24 October 2018

TEMPAT MENARIK KUANTAN ~ KULA CAKES MANGO CHEESECAKE YUMMY

Assalamualaikum..


Kula cakes? Apekah kula cakes ni sebenarnya tuan tuan dan puan. Tempat ni sangat la popular dikalangan orang kuantan ye dan pernah masuk paper.

Ceritanya 2 minggu yang lepas Nana ade show kat kuantan. Jadinya aku ngn sorang member (memang selalu pegi dengan dia) pergi la terjah show Nana kat RTM pahang. Disebabkan show konsert tu start malam so kitorg yang sampai kat pahang dalam tengah hari tu pergi la sat kula cakes jalan2 cari makan.

Aku tau tempat ni aku tanya ofismate aku asal kuantan kalau2 ade tempat best boleh la nak singgah. Dia pon suggest tempat ni katanya mango cheesecake dia popular and sedap. 

Aku ni memang sejenis suka dessert (wpon nak makan manis rasa bersalah) excited la nak pergi tengok ape yang best sangat kan.

Alkisahnya time pegi kuantan ni aku tak sihat. Sakit tekak giler and batuk. Asek rasa nak muntah. Terpaksa la sis telan strepsil 24 jam nak bagi lega sikit tekak n jiwa. Bila dah sakit tu mood nak makan pon ke laut la jugak. Tapi sebab dah datang sini so rugi la kan tak gi. Gigihkan jugak pergi.

Yang pasti sangat la berbaloi. Ha kenapa. Ni la nak citer.

Kula cakes ni tak jauh pon dari RTM pahang. Memang kat bandar. Tempatnya kat area rumah kedai. Kawasan ni kira cantik la sebab bangunan dia style lama2 gitu.

Kat area sini agak susah nak cari parking. Rasanya ada la dalam 3 kali kot pusing tempat sama cari parking. Bernasib baik dapat parking. Dan korang jangan lupa pulak bayar parking ye. Guna kupon. Kupon tu dun worry. Boleh beli kat kedai2 berdekatan. Nak tau kedai mana yang ade boleh tengok kat depan kedai ade signboard agen tiket.

 So inilah dia kula cakes


Datang2 je dah ramai uols. Beratur hokeyh. Kedai dia sebenarnya kecik je. Walaupon kecik tapi ade laman kat sebelah. Cantik laman dia. Macam dalam taman gitew. Uols makan2 kat taman ni la.



Kalau ikut napsu makan ni ofkos la nak makan mango cheesecake. Signature dish kan. Tapi tengah sakit tekak. Makan mango kan makin teruk pulak. Dah la esoknya nak pegi event nana kat putrajaya. Jadinya aku suh la member aku yang order. Boleh la aku rasa. Sikit pon jadila. Wuu sadis. Aku pulak order chocolate moist.

 Tutup setiap hari isnin

Nampak tak air pon air mineral je.huhu


Taraaa. Ni la mango cheesecake kula cakes. Cheesecake ni bagi aku memang sedap. Atas tu dia siap letak sos mango tau. Rasa just nice. Tak masam sangat tak manis sangat. Yang penting bila makan tu rasa segar je sebab sejuk pastu ade fresh mango. So memang puas hati la.



Chocolate moist pulak bagi aku ok. Kek dia tu nak kata moist sangat tu tak. Aku prefer lebih moist. Tapi ok la sedap sebab chocolate dia pahit. Aku memang suka chocolate pahit. Kek coklat mcm ni tak boleh makan banyak2 sebab cepat muak. Kek ni memang dense. Overall sedap.

Sambil2 makan korang boleh la nak bergambar sebab landskap memang cantik. Lama jugak kitorang lepak sini. 3 jam kot.haha lama kan. Berbaloi datang sebab mango cheesecake dia sedap dan tempat cantik.


So korang jangan lupa singgah tempat ni kalau datang ke kuantan k. Chow cincau!

Friday, 28 September 2018

JOM ONLINE SHOPPING DI SHOPEE ~ ADDICTED

Assalamualaikum....


Malam ni datang mood nak mengupdate blog. Jadinya jom la kite post seberapa banyak entry yang boleh. Mood ni tak selalu datang. Mcm chipsmore kejap ade kejap takde.Tadi petang kat ofis tetibe je berkobar2 nak menulis. Apo kono eh janggg.

Topik harini. Topik ye.Lama tak guna word ni. Kalau sesape yang peminat tegar online shopping sure korang tau shopee ni. Kalau tak tau tu belom berapa nak tegar. Shopee ni lebih kurang macam lelong, 11 street, lazada, dan yang sewaktu dengannya.

Aku terjebak dengan shopee ni ofismate aku yang introduce. Mula2 kengkonon mcm tak berapa nak layan.haha sebab aku peminat tegar lelong.my. Pastu saje la godek2 tengok harga dia boleh tahan murah. Pantang nampak barang murah melekat terus.Ape nak jadi ni.

Yang paling buat aku melekat tu sebab aku terjumpa denim jacket yang aku minat. Harga pon reasonable. Dah 4 jacket dah aku kebas setakat ni. More to come. Abes la. Bersedialah nak mengeringkan poket yang dah memang kering setiap kali gaji.wuu

Ok jom aku tunjuk macam mana nak shopping kat shopee ni. Actually sama je cara dia mcm yang lain.Kalau dah kaki shopping tu takyah ajar pon bole kan..kan.kan. haha.

Ha lupa nak habaq mai kelebihan shopee ni dia ada "SHOPEE COIN". Ape dia shopee coin sat lagi cheq habaq mai.

Shoppe ni ade app tau. So boleh la download kat google store. Nak guna yang kat website pon boleh tapi app lagi senang.

Ok first korang kena register dulu. Pastu mcm biasa pick item yang berkenan di hati. Nak beli sepuluh ketul pon bolehh. Kalau orang have2 beli 100 ketul apedehal kan. Ok dah confirm click kat 'add to cart'.


Pegi tengok kat cart. Click kat box tepi item tu. Ok dah checked click "check out".



Before tu cer korang tengok kat bawah subtotal tu ade tulis 'earns 12 coin' kan. Ok coin tu korang akan dapat setiap kali beli barang. Berapa amount coin tu bergantung la kat harga barang yang korang beli tu. Coin tu nanti korang boleh guna untuk pembelian mana2 item yang seterusnya. Best ke tak. Best kan. Walaupon tak banyak mana coin tu still dapat kurang harga barang yg kita nak beli tu. 

Ok dah check out. Dia akan keluar mcm ni.
So click "PLACE ORDER".


Pilih la nak buat payment kat bank mana. Banyak choice. Aku selalu guna maybank2u. Click "Next".


Ok bila dah selesai buat payment akan keluar macam ni. So kita tunggu jela barang sampai.



Ha lagi satu sebenarnya...telah lama ku jatuh hati padamu. Eh ternyanyi pulak. Sebenarnya korang boleh cek anggaran shipment tu berapa hari. Click arrow kat "Shipping to".


Biasanya kalau dari China akan ambik masa lebih kurang 20 hari untuk sampai ke tangan kite. Jadi jangan gelojoh ye. Bawakkan bersabar. Aku paham kalau yang shopping online ni mesti sejenis tak sabar nak dapat barang kan. Haha. Aku pon macam tu. Itulah yang tak bestnya beli online sebenarnya. Barang dapat lambat. Tapi redha jela dah nak yang murah kan. Pastu sejenis malas nak pergi kedai. Sis redha. Huuu.

Akhir kata selamat bershopping selamat menghabiskan duit. Aku tolong ajarkan je cara nak beli taw. Aku tak bersalah kalau korang addicted nanti. Ok. Bye.

Thursday, 19 July 2018

FIRST TIME BUAT PASSPORT

Assalamualaikum..


Banyak sawang betul blog aku nih. Lama tak masuk. Semalam belek2 la blog pastu terindu pulak. Actually banyak giler sebenarnya cerita yang aku nak share tapi tulah kadang tak sempat bz sesangat. Dengan show nya (my priority  ) dengan kerja hakikinya. Next month Inspector nak datang dah GLP lab nak start. Matila makkk. Tapi sebab tu citer next month so next month la baru aku akan stress. Sekarang ni kita enjoy duluuuu.

Harini aku masuk nak citer pasal pasport. Disebabkan next month aku akan melancong (melancong keee) ke Kota Singa Singapore jadinya kena la buat pasport. Tujuan utama gi sana tu sebenarnya nak pegi tengok konsert JUST US Siti Nordiana & Alif Satar tapi sambil2 tu melancong la juga. First time pergi oversea (oversea sangattt) and first time pergi konsert berskala besar macam ni  konsert Nana pulak tu jadinya excited tu agak berlebihan la.hehe

Citer pasal pasport ni aku pergi buat pasport kat jabatan imegresen Pelabuhan Klang. Sebab sini paling dekat dengan rumah 10 minit je.. Memang decide nak pergi weekend walaupon macam dah agak ramai orang tapi redha jela.


Sampai kat sana dalam pukul 8 am. Dari jauh dah nampak queue mak aih panjang weyh. Sebab redha kan tadi so hadapkan jela. Sampai turn aku kat meja receptionist tu, officer tu bagi satu form, no giliran pastu dia suruh potostat ic. Kalau tau awal senang bawak dari rumah je. Kena la berjalan gi potostat kat kedai stationary kat depan pasar. Jauh la jugak. Lapar pulak tau makan dulu. Ok tak baik merungut.


Masuk je kat tingkat atas tengok no giliran ade lagi dalam 70+ orang before sampai turn aku. So tunggu jela. Sebab boring giler so aku pun layan online citer NCIS sampai pening2 lalat. Perut pon dah kruk krik.Dalam pukul 11 lebih tu barula nama aku dipanggil.

Duduk2 je officer tu cakap "tudung awak ni tak boleh ni color dia" La pulak. "Eh ni bukan color gelap ke" aku pon nak menjawab jugak.. "ni light bukan gelap.." Aku pon usha banyak kali shawl aku yang color coklat gelap ni sambil dalam hati redha jela nanti mesti kena pakai tudung lain.huu. Memang betul dia bagi aku shawl color hitam. Dia suruh sarung je. Aku siap tanya "takyah pin ke"haha.. Nampak tak ai concern muka ai burok nanti. So redha la jugak. Dah siap ambik gambar dia suruh tunggu jap nanti dia panggil untuk buat bayaran. RM200 ye untuk 5 tahun.

Ok dah siap bayar akan dapat resit pastu pergi letak resit tu kat kaunter yang disediakan. Tunggu la dia siapkan pasport sambil2 tu layan la handphone sampai loya. Tak lama sangat pun dia siapkan passport tu rasanya setengah jam je. Lebih kurang pukul 12 siap la proses membuat pasport aku. So sebab aku dah lapar giler tak sarapan weyh, laju laju la aku pecut gi drive thru kepsi. Agaga.

Ok guys, jumpa kat sana! Kota Singa Nana Alep wait for me!! Wuhuu

Saturday, 29 July 2017

DIET KALORI ~ TANPA SENAMAN PON BOLEH

Assalamualaikum..



Once upon time, (mcm citer dongeng pulak) time tu aku tengah dlm proses diet ada la seorang manusia ni mempersoalkan diet yg aku buat. Disebabkan dia tu seorang yang sejenis pegi gym katanya "tipu la mana ada orang boleh kurus tanpa exercise..apa pon kena exercise jugak.."

Geram tu mmg geram la. Geram bkn sebab dia kutuk diet aku tu. Tapi sebab aku ni ada satu prinsip. Aku jenis yg kalau buat apape pon kalau benda tu takde fakta2 yg boleh menyokong aku takkan caya n takkan buat. Aku akan kaji sampai aku yakin baru aku teruskan. So bila dia cakap macam tu sama la mcm dia kutuk prinsip aku. Ha nampak tak emo. Psl prinsip je pon.haha. Tapi aku tak give up pon bila dia cakap mcm tu. Aku just pikir "tgk la nanti aku kurus baru ko terdiam". Ha gitu.

Memang dulu2 before tau pasal diet kalori ni aku pikir  nak buat apa diet sbb konpem aku tak boleh nak exercise.  Contoh mcm jogging tu mmg tak boleh buat atas sebab2 tertentu. Yg aku boleh buat cuma exercise yg simple2 la mcm sit up, push up, dumbell exercise etc . Semua tu boleh buat kat rumah n bila2 pon blh buat. Banyak sebenarnya exercise yg boleh buat kat rumah mcm zumba yg Nana buat tu tapi time tu aku tak tau so aku buat yg mana senang je. Aku pon pigi la beli dumbell. Kat giant je uols..Aku beli dua, 2.5kg sebiji. Harga pon tak mahal tak silap rm40.

Awal2 diet tu aku mmg buat la beberapa exercise yg simple tu. Setiap malam buat. Dumbbell exercise bagus sebab kita boleh build muscle. Muscle ni pulak boleh membantu meningkatkan tahap metabolisme. Lagi tinggi metabolisme makin tinggi la kadar pembakaran kalori..time ni aku makan 3 kali sehari breakfast lunch n dinner.

Bila aku start diet balik sebab Nana, aku tukar konsep diet sikit. Diet kalori jugak (sama mcm sebelumnya) cuma tak makan malam. Exercise tak buat dah..sebab kalau exercise aku akan lapar. Disebabkan aku dah decide sehari nak makan dua kali je breakfast n lunch so aku tak boleh la nak buat aktiviti lain yg akan menambahkan kadar kelaparan. Aku cuma nak fokus kat jaga pemakanan je.


Dan hasilnya aku dapat turunkan berat 12kg..tanpa exercise. Diet kalori ni yang paling penting adalah jaga kalori. Kalau korang diet, pulun exercise tapi makan pun pulun jugak hasilnya memang tak kemana. 
Diet yang paling bagus of course exercise + jaga kalori. Sebab dengan exercise dapat meningkatkan kadar pembakaran kalori selain badan jadi fit n kurangkan risiko penyakit (bg yang ade penyakit mcm kencing manis). Tapi bg sesapa yang rasa tak dapat nak exercise tu tak mustahil tau korang boleh kurus jugak. Caranya dengan jaga makan n kalori je ok..so takde alasan dah untuk tidak berdiet.. Pedulikan je orang nak kata/kutuk apa pon. Nanti kalau dah terbukti berjaya terdiam la dorang..keep calm never give up :)

Sunday, 23 July 2017

DIET KALORI ~ CARA KIRA KALORI & MENU DIET

Assalamualaikum..

Dua hari lepas aku ade post pasal sape yg motivate aku untuk kurus. Ada kat entry ni KERANA SITI NORDIANA AKU BERAZAM UNTUK KURUS. Kat ig aku dah janji nak share menu aku berdiet. So harini gigihkan jugak nak tulis ni ha walaopon tengah ngantuk sesangat. Sejak dua menjak ni asek ngantuk je. Asal baring je terus nguap. Demi uols yg kat ig tu aku akan tulis sampai habis. Sweet tak iols.hehe

Ok sebelum aku merapu meraban aku nak share dulu cemana cara nak kira DCR daily calorie requirement. DCR adalah paling penting sebab daripada dcr ni la kita boleh tau berapa kalori yg kita perlukan setiap hari untuk maintain weight or nak reduce weight.. nak kira DCR senang je kita guna pakcik google. Sila google daily calorie requirement calculator. Sini aku bagi satu link DCR calculator.


Ni contohnya. Masukkan la age height and weight.. so otomatik dia akan bgtau kat atas tu brapa kalori yg diperlukan untuk lose weight sebanyak 0.5kg seminggu..Kenapa 0.5kg? Ha mai sini nak kabo. Sebab 3500k = 0.5kg. Dalam seminggu ada 7 hari. Setiap hari kita kurangkan 500k jadinya 7 hari x 500k = 3500k.

So dah tau calorie requirement jom kira kalori makanan pulak..menu yang aku nak share ni sbnrnya biasa2 je. Takde la clean eat yg tanpa minyak gula yg kena masak sendiri stim bakar kukus bagai. Tak. Ni menu biasa untuk korang yang takde masa nak masak2 semua tu. Untuk org bujang yg tak terer masak ( ke malas) mcm aku ni lagi la sesuai.haha

Actually banyak jenis menu aku dah try. Sebab yela aku diet pon berperingkat. Ok2 aku nak share la ni banyak cakap pulak tetibe.haha.

MENU 1
Breakfast
Vico O = 130k
*air setengah cawan
*Vico 1 sb
*gula stgh sk
Roti gardenia 2 keping = 156k

LUNCH
Nasi segenggam /separuh = 150k
Ayam goreng = 270k
Peria tumis 1 senduk = 90k

DINNER
Buah epal = 80k
Or tak makan.

Total = 876k

Kalau tgk kat menu total kalori cuma 871k je. Means dalam sehari kita dah kurangkan 711k ( 1587k - 876k ). Kalau kita kekalkan makan kalori yang sama dalam seminggu means 711k x 7 hari = 4977k so dah melebihi 3500k yg diperlukan untuk lost weight sebanyak 0.5kg. Lebih kurang ada la dlm 0.7kg korang dpt turunkan dlm seminggu tu..paham ke idok. Aku ni kadang tulis pon mcm ular jugak. Berbelit.haha

MENU 2
Breakfast
Vico O = 130
Roti 2 keping = 151k
Butter 2sk = 66k

Lunch
Nasi segenggam/separuh = 150k
Ikan tilapia masak lada = 145k
Kangkung tumis satu senduk = 120k

Dinner
Ikan pari asam pedas 1 potong = 120k

Total = 882k

Ni contoh menu yg paling sihat yang aku pernah try.  Aku ni makan je semua benda. Cuma kalau yg bergoreng mcm nasi goreng ke mi goreng ke aku kurangkan la. Kalau teringin or terpaksa je aku makan. Boleh eh terpaksa. Haha.

Ok sampai sini je dulu. Nanti next entry aku akan post tips2 diet kalori k.

Tuesday, 18 July 2017

KERANA SITI NORDIANA AKU BERAZAM UNTUK KURUS

Assalamualaikum uols..

Gempak tak tajuk.haha. Saje je kan aku ni. Tp betul la aku tak tipu. Baca sampai habis kalau nak tau apa kaitan Nana dgn diet aku..

Sebenarnya proses diet aku ni ambik masa yang lama. Dalam 4 tahun gitu. Sebab diet aku on off. Ok jom aku start.

Introduction

Time kecik2 dulu aku tak gemok pon. Aku start mengembang time kat u..time tu berat capai 70kg. Alkisahnya aku ni dpt scholarship (eh.bukan nak riak) so bab duit makan tu mcm takde prob. Jadinya aku makan banyak la. Kalau dalam pukul 11 pagi tu ada masa gap before masuk lecture aku mesti singgah gerai ke kedai beli fish cake, fishball, nugget dan yg sewaktu dengannya. Mmg banyak tak terkira weyh aku makan. Time kat u aku tak makan sayur langsung uols..aku makan ayam je banyak. Aku hantu ayam. Haha. Sangat2 gilerkan ayam.. aku pernah la rse nak kurus tapi takde terpikir pon nk diet. Rasa je..Time tu target asalkan berat tak lebih 70kg pon dah ok.haha hadoi. Biasa la tu zaman kanak2 ribena kan. Pikir cuma nak grad je.

2011-2012


Sampai la aku grad pastu mengangggur lama gak setahun. Berpuluh2 iv dah pergi takde rezeki lagi..Aku makin stress so aku makan dan makan lagi.  Berat aku time ni memang sure 70kg+ tapi aku tak timbang so tak tau la berat sebenar berapa. Entah2 cecah 80kg.wuu


Mid 2012

Aku dah dapat kerja. Kerja aku ni banyak gerak sebenarnya. Yela lab kat tingkat atas. Production area kena turun tangga pulak. Sehari ada la dalam belas2 kali turun naik tangga. Pastu pusing2 dlm kilang lagi. Patutnya aku boleh kurus time ni. Tapi takpon. Aku banyak gerak tapi makan pon banyak. Aku boleh makan kfc dinner plate sampai habis. Pastu seminggu ada la dalam dua tiga kali gak. Dulu kat shah alam ada kedai nasi ayam best. Tat nasi ayam. Dah la aku hantu ayam. Aku boleh makan nasi ayam tu siap ambik yg special. Ayam double pastu nasi dua bukit. Bila aku ingat balik pon ya ampun dahsyatnya nafsu makan time tu.haha..

Mid 2013 (permulaan diet)

Time ni ada sorang officemate dia ajak aku diet. Dia nak diet guna herbalife. Aku pon pikir macam best gak ni diet ada geng. Aku pon ikut la diet tapi aku tak guna herbalife. Tak mampu weyh. Time tu gaji kecik. Kecik2 pon mampu makan kfc bnyk kali. Haha. Dah namanya hantu ayam..Aku diet ikut suka hati. Takde arah tuju. Bila dah seminggu mcm tu aku pon dok pikir2 la betul ke cara aku diet ni. Mcm tak yakin je boleh turun. Pastu aku godek2 la internet. Tak sure mcm mana boleh terjumpa website kevin zahri.. korang kenal kan kevin. Dia la yg memperkenalkan diet kalori kat malaysia ni.. pestime aku dengar pasal diet kalori ni memang menarik la. Diet ni boleh makan nasi. Tapi segenggam je..Dan boleh makan semua benda cumw kena kira kalori. Aku memang sejenis yg kena makan nasi. So sesuai la kan..time ni aku buat la diet kalori tu betul2. Before diet berat aku 73kg. Lepas diet dlm 2 bulan aku dapat turun sampai 68kg...time diet ni memang hari2 aku akan tulis apa benda aku makan n kira kalori sekali. Hari2 uols..Aku siap dah boleh hapal berapa kalori kalau makanan tu aku dah biasa makan.

P/s : thanks my friend sbb ajak aku diet..

Mid 2013

Aug 2013

Aku tukar tempat kerja. Kerja yang aku tak minat pulak tu. So otomatik diet aku pon mcm tak berapa nak menjadi..ada la turun tapi sikit dalam 1 or 2kg je. Padahal aku makan oat hari2.huu. Aku rasa sebab aku stress sgt so tak dapat fokus diet.. aku stop diet sbb takde motivation dah..


April 2014

Aku tukar kerja tapi company yg sama. Just tukar department. Ok kali ni memang kerja yang aku minat. Kerja dalam lab..dah hepi pon still tak sambung diet gak. Adeh.

November 2015 - Jan 2016

Aku tertengok video Nana nyanyi memori berkasih ngn Lan kat gegar vaganza 2.Sape tah share kat facebook. Kan time tu GV2 tengah run.Pestime nampak tu terus terkagum jap sebab nana dah berhijab pastu cantik nampak dia kurus je. Dah la suara merdu sangat2.. Sopan pulak pandai jaga diri. Anak dia pon comel. Seorang yang tabah nana ni. Pakai shawl pon cantik. Haha nampak tak. Sampai shawl pon aku telek. Terus la aku admire nana time tu jugak. Terus jadi diehard fan.haha.

Start dari memori berkasih tu aku terus start balik diet aku yg tertangguh tu. Aku diet kalori jugak bezanya time ni aku tak makan malam. So sehari aku makan dua kali je. Breakfast n lunch. Aku ni memang senang termotivate kalau tengok orang kurus. Sbb aku rasa nak jadi cantik macam orang tu jugak.Lagi2 kalau orang tu aku respect n kagum. So pejam celik pejam celik sampai hujung jan 2016 aku dapat turun dalam 5 kg dapat la berat 62kg. Ideal dah. Yehuu.

Raya 2016

Feb 2016 - sekarang




Aku ni jenis yg rangka besar so kadang2 dalam pic akan nampak berisi wpon berat badan ideal. So aku tak puas hati aku pon diet lagi. Sekarang berat aku dah 55kg..tak sangka sangat boleh dpt berat below 60kg.

Raya 2017

Kalau kira total weight loss semua 18kg. Tak tau nak express feel dia tu mcm mana. Mmg hepi la...sebab dulu memang aku rasa impossible benda ni.. memang rasa akan gemok selamanya..Nampak tak hikmah yang tak disangka2. Allah hadirkan seseorang kat hidup aku supaya aku dpt teruskan urusan yang tertangguh. Mungkin orang nampak benda ni remeh. Tapi bagi aku tuan punya badan yg rasa sendri pengalaman ni mmg syukur je blh cakap. Betul la kan setiap orang yg Allah takdirkan datang dlm hidup kita tu mesti ada sebabnya..syukur alhamdulillah n thanks Nana sbb menjadi seorang yang memberi inspirasi pada org lain dari segala segi..


Actually banyak sgt kesan positif dalam hidup aku sejak dah kurus ni. Konpem la ada perubahan di sana sini. Makin yakin kalau berdepan dgn orang. Sebab dulu rasa rendah diri. Gemok pastu selekeh pulak.huuu. Asal boleh je..tapi sekarang alhamdulillah dah makin ok..


Sekarang aku masih lagi diet sebab target nak berat 50kg..try tak makan yang manis2. Yela kan selain nak kurus kena jugak jaga kesihatan. Cuma sekarang aku just diet light2 je..takde rushing la. Yang penting kena maintain jangan bagi naik...rasanya sampai disini saja ceritaku.penat menaip oi.

P/s : iols suggest sape yg nak diet kalori tu sgt bagus beli ebook kevin zahri. Aku mmg beli dah. Banyak info yg sgt berguna dlm ebook tu uols.. Selamat berdiet..

Saturday, 11 February 2017

SHELL OUT DI KIENSARA KITCHEN BANGI ~ SEDAP

Assalamualaikum..



Fuh lamanya tak jenguk blog. Dah bersawang siap berlabah2.haha

Kali nak buat review bab makan2 pulak. Before ni asyik movie je kan. Aku sebenarnya memang lama dah mengidam nak makan shell out. Tapinya shell out tu seafood.wuuu..Aku memang ade alahan kat seafood. Ketam tu tak ingat bila last makan. Dah bertahun. Aku selalu kalau boleh elak makan aku elak la. Tp kadang2 teringin makan jugak.Hari tu pernah makan nasi ayam ade sos tiram kot kat sos, 3 jam lepas makan terus demam panas.huhu. Kalau tak demam pon gatal n bengkak mulut tekak lidah gusi semua la. Baru ni makan nasi ayam jugak terus sakit tekak gatal2. Pastu batuk. Baru2 ni symptom baru pulak over penat. Macam sakit2 sendi gitu.wuu.Jadinya aku pon macam ok lah tak payah la makan. Pastu lama2 macam geram pulak merata2 org post pasal shell out. Aku pikir2 apa susah makan jela ubat.hahaha. Nampak tak tahap craving tu dah melampau.


Ha Cemana pulak boleh terjebak pergi kiensara kitchen? Member aku dua org tu dok kat bangi sorang lagi sorang kat cyberjaya. So sambil aku reunion lepak2 jalan2 tu sekali la pergi shell out. Cari yang dekat2 je. Harga pon berpatutan. Aku ni takde la nak makan ketam2 sebesar alam mcm king crab tu. Cuma nak merasa je cemana shell out tu. 

Mula2 tengok kat website tu tulis bukak dari tengah hari. Kitorang pon pergi la awal. Ingat nak makan lunch.  Dah sampai tu tanya dia rupanya bukak petang start pukul 6.30 smapi 10.30. Huhu menangis hati ini.. Katanya boleh book dulu. Biasa malam dah ramai. So kitorang pon jalan jalan la pergi ioi dulu. Nak main bowling bowling pulak ade tournament ape ntah. Nak tengok wayang takde citer best. Last2 minum2 la kat foodcourt. Window shopping.Nak habiskan masa punya pasal.

Pic credited to instagram kiensara kitchen

Ha cara nak book tu senang je. Boleh whatsapp no kat atas.Untuk satu kepala hanyalah rm15. Walaupon aku datang bertiga Aku order untuk dua org makan sebab takut tak habis. Bila dah habis makan rasa tak cukup pulak. Sebab makanan dia memang sedap. Paling penting sos/kuah secukup rasa. Sekarang ni dok bayangkan pon terliur.haha. Tapinya untuk yang rm15 ni toksah la berharap nak makan seafood n ketam besor2 gedabak sebab size seafoodnya biasa2 je. Yela kan sesuai dengan harga. Harga mampoo makan.hehe. Yang paling penting makanan dia sedap. Puas hati.hehehehe. Kalau nak add in pon boleh. Boleh pergi tengok kat instagram kiensara kitchen ada list boleh pilih ye.







Ha nampak tak licin tu..Disebabkan masing2 kelaparan kitorg habiskan dalam 10 minit je.haha. dahsyat betul.

*Macam biasa kesan sampingan sakit2 badan n sendi. Makan ubat alhamdulillah hilang sakit..hehe


Monday, 2 January 2017

CERPEN ~ PERLUKANMU by Darin Eryna

Assalamualaikum..


Ha ini dia cerpen yang hampir-hampir jadi pekasam.. Cerpen ni lama dah aku simpan. Start buat dalam 2 tahun lepas tak silap. Buat separuh je. Sebab takde idea untuk ending. Aku ni kalau part nak buat ending macam stress terlebih. Kenapa tah macam satu tugas yang berat gitu. Over betul.heh. Ni kira azam tahun baru la nak siapkan segala cerpen.hihi.

Actually kalau uols nak tau aku ni memang suka tulis citer-citer cinta jiwang karat cenggini. Tapi sebenarnya tuan punya badan ni kalau baca balik cerpen sendiri ada rasa nak termuntah jugak. Sebab jiwang sangat.hahahaha.. Ha cemana tuh. Susah betul kan. Suka tulis tapi bila time tengah tulis tu rasa geli geleman pulak. haha. Apape pun akhirnya dapat jugak aku siapkan ending.  Happy reading!


PERLUKANMU  by Darin Eryna

Tersentak Adra mendengar dentuman kuat. “Ish Lia ni kalau ye pun penat balik kerja tak payah la tutup pintu sampai nak roboh rumah ni”. ngomel Adra dalam hati.. Lia adalah teman serumah Adra. Dia mempunyai rupa paras yang digilai ramai lelaki tetapi malangnya sangat gemar bersosial.  ‘Eh bukan ke makcik sorang tu outstation? Ish meremang bulu roma eyh. Pencuri ke’. Adra berkata-kata dalam hati. Adra mulai cuak. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Adra terkaku di situ. Tok tok tok!!.Ara!! Kau tidur ke!! Tersentak macam nak tercabut jantung Adra mendengar suara itu. Fuh lega. “La...Kau ke Lia??” Adra separuh menjerit. “Yela aku la ni. Bukak la pintu ni.” Lia jawab perlahan... Sejurus pintu dibuka Lia pantas masuk ke bilik tanpa bersuara. Adra yg didepannya pun mcm nak dilanggarnya. Nasib baik la Adra ni bukan kurus kering orangnya kalau tak dah tergolek kat situ agaknya. Adra memandang Lia yang duduk di birai katil sambil menundukkan kepala. Wajahnya muram dan sugul macam baru lepas menangis..Dengan perlahan lahan Adra duduk disebelah Lia. Sedikit dipanjangkan lehernya untuk mengintai disebalik wajah sugul itu. Lia diam seribu bahasa. Adra memecahkan kebisuan. “Kenapa ni?”. Lembut suara Adra bertanya sambil mengurut-ngurut bahu Lia ..Tiba-tiba Lia menangis teresak-esak.. “Kenapa ni.Bagitau la aku”.Adra terus memujuk. Lia tetap diam. “Bukan ke kau pergi outstation. Terkejut aku ingatkan pencuri mana la masuk rumah tadi.” Sengaja Adra berseloroh untuk meredakan ketegangan. ”Firas mintak putus”. Kata Lia ringkas. Adra terdiam. Degupan jantungnya seakan terhenti. Firas, tunang Lia. Juga lelaki pertama yang berjaya membuka pintu hati Adra pada cinta.

 “Kenapa tiba2 mintak putus?” Adra menyoal. Jauh disudut hati Adra seakan dapat meneka sebabnya. Cuma tidak diluahkan. Lia tidak terus menjawab. Kemudian dia memandang Adra dengan riak seperti orang bersalah . Lambat-lambat Lia menjawab, “Firas nampak aku dengan Shamim.” jawab Lia dengan esakan kecil. Adra hanya mengeluh. Shamim bekas kekasih Lia. Sudah seringkali lelaki itu memporak perandakan hubungan Lia dengan Firas. Tapi masih dicarinya lelaki tak guna itu. ‘Lia, Lia. Kenapa la kau tidak menghargai lelaki sebaik Firas. Lelaki yang aku cintai.’ Hati Adra berkata sendiri. Mahu sahaja Adra memarahi Lia. Tetapi tidak terluah. Siapa aku mahu masuk campur dengan perhubungan mereka berdua. Firas sudah memilih Lia bukan aku.  Bisik Adra di dalam hati. Adra hanya mampu menepuk-nepuk bahu Lia untuk meredakan tangisannya kerana tiada kata2 yang dapat dia katakan pada ketika ini kerana perasaannya juga sedang berkecamuk.

Setelah Lia terlena, Adra perlahan-lahan meninggalkannya dan beralih ke ruang tamu. “Orang lain yang putus cinta aku pulak yang tak boleh tidur,” bebel Adra sendirian. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi tapi mata Adra belum lagi mengantuk. Saat keseorangan begini kisah silamnya kembali menerpa. Terbayang wajah Firas yang redup ditambah dengan matanya yang kuyu menenangkan lagi mata yang memandang.  Bagi Adra jatuh cinta pandang pertama sememangnya indah. Melihat jejaka itu membantu seorang pakcik buta melintas jalan sudah cukup membuatkan hatinya terpaut. Selepas peristiwa itu, Adra sering terserempak dengannya ketika lunch. Pertama kali dia dan Firas beetentang mata ketika lelaki itu memulangkan purse Adra yang tertinggal di meja makan. Baru Adra tahu Firas rupanya bekerja di bangunan sama tempat dia bekerja. Perkenalan singkat itu tanpa disangka mengeratkan lagi hubungan mereka berdua. Mereka sering meluangkan masa bersama.  Setiap pagi pasti ada jambangan bunga daripada Firas.. Kerap juga Firas menunggu Adra di depan pejabatnya hanya untuk mengucapkan good morning. ‘Indahnya kenangan itu’ detik hatinya. Tanpa sedar air mata Adra mengalir deras.

    Kringggggggg!! Alarm berdering entah yang keberapa kali. Adra melihat jam di tangan.’Astagfirullahalazim.. Bila masa pulak aku tidur ni.ish. Baik aku cepat kang tak sempat nak solat subuh’.. Dia bergegas naik ke bilik untuk solat. “Eh dah takde dah makcik ni. Senyap2 je bangun tak kejut aku pun. Lia Lia...” ngomel Adra bila dia lihat Lia sudah tiada di biliknya. Usai bersolat, Adra bergegas mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. ‘Jangan-jangan biarkan lama ku menunggu ungkapan kasih sayang darimu’ lagu favourite Adra yang dijadikan ringtone berbunyi. “Siapa pulak call pagi2 ni. time orang dah lambat time tu la nak call”. Adra membebel panjang sambil bergegas untuk menjawab panggilan telefon itu. Jantungnya berdegup pantas melihat nama Firas tertera di skrin handphone. Tergamam dia melihat nama itu. Nama yang ditunggu-tunggu muncul di screen handphonenya hampir setiap hari selama dua tahun.

          “Firas”. Adra bisik perlahan. Lama dia berfikir perlukah dia menjawab panggilan telefon itu. Lambat-lambat Adra menekan punat answer. “Assalamualaikum.” Firas terlebih dahulu memberi salam. “Wa..alaikumussalam”.tersekat-sekat suara Adra menjawab. Suasana senyap seketika. “Ara? Firas bertanya. Rindunya Adra pada suara itu. “hmm..” Sedaya upaya dia menahan air mata dari menitis.“Abang nak jumpa Ara malam esok boleh?. Firas menyatakan hasratnya yang betul-betul buat gadis itu terkejut “Nak jumpa ada ape ye?”. Untuk apa aku berjumpa lagi dengganya jika itu hanya akan buatkan aku terluka’, detik hati Adra. “Please Ara..abang mintak sangat-sangat Ara setuju. Untuk kali ni je.” Nada suaranya yang mengharap buatkan Adra lemah untuk menolak. “Ok. Kali ni je.” Akhirnya Adra bersetuju juga.

       Firas menggenggam erat handphone di tangan. Sebolehnya dia tidak mahu menamatkan perbualannya dengan Adra. Betapa rindunya dia pada Adra Arissa, satu-satunya gadis yang dapat menakluki hatinya. Ara maafkan abang atas apa yang abang dah buat. Abang tau abang dah lukakan hati Ara. Maafkan abang.’ Hatinya berkata pilu.. Walaupun dia tau tipis peluangnya untuk mendapatkan kembali cinta Adra tetapi jauh di sudut hatinya masih berharap Adra akan memberikannya peluang kedua untuk menebus semua kesalahannya.

          Firas bergegas menuju ke rumah kediaman keluarganya. Dia tekad untuk menyelesaikan segala kemelut yang membelenggu dirinya hari ini juga. Dia sudah tidak sanggup menanggung derita hati. Cukup lah 2 tahun dia bersabar. Perjanjian dia dan ayahnya sudah berakhir dek kerana onar yang dibuat oleh Lia.“Assalamualaikum yah. Along ada benda penting nak cakap dengan dengan ayah”. Tanpa berlengah Firas menemui ayahnya yang sedang berehat di ruang tamu. Encik Hisham merasa sedikit terkejut dengan kehadiran anak sulungnya itu.“Eh along. Kenapa tak bagitau nak balik..?” Melihat wajah Firas yang sedikit tegang Encik Hisham menyambung, “Hm, apa dia yang penting sangat sampai tak sempat nak borak dengan ayah dulu ni.” Soal Encik Hisham. Firas adalah anak yang paling rapat dengannya dan sering menyenangkan hatinya. Walaupun Firas cuma anak angkat tetapi dia menyayangi Firas seperti anak kandungnya. Dia sangat memahami perilaku Firas. Pasti apa yang bakal diberitahu itu isu besar jika dilihat pada wajahnya yang kusut itu. “Along dah putus dengan Lia”. Ringkas dan tegas kata-kata Firas. “Kenapa tiba-tiba ni? Along dah lupa ke janji along kat ayah dua tahun lepas? Along janji akan berkahwin dengan Lia. Ayah dah janji dengan uncle Munir. Kamu akan jadi menantu mereka. Along tak ingat ke?”. Jawab Encik Hisham dengan nada tidak puas hati. “Kalau along tak ingat janji along tu tak mungkin sampai sekarang along dengan Lia yah.” Firas meraup mukanya dengan keluhan berat. "Lambat-lambat dia mengeluarkan handphonenya dan menunjukkan kepada Encik Hisham beberapa video mengenai Lia. Terlopong Encik Hisham menonton semua video Lia berpelukan dengan lelaki lain yang pasti orang itu bukan Firas. “Kenapa along tak pernah bagitau ayah pasal benda ni?” Encik Hisham memandang tajam ke arah Firas. Baru dia perasan anak kesayangannya itu sudah semakin kurus. “Along tak nak kecewakan ayah. Ayah dengan mama dah banyak berkorban untuk along. Tapi kali ni along dah tak boleh. Along bukan tak ingat jasa-jasa ayah dengan mama tapi along dah tak sanggup hilang satu-satunya wanita yang along sayang. Along cuma nak bagitau ayah keputusan along putus dengan Lia adalah muktamad dan along mintak maaf kalau ayah tak boleh terima.” Dengan tiba-tiba Encik Hisham merasa sebak dengan kata-kata Firas itu. Baru dia tersedar dia terlalu mementingkan dirinya tanpa mempedulikan kebahagiaan anak sendiri. “Along. Ayah tak pernah mintak along balas jasa ayah dengan mama. Along memang dah macam anak kandung kami. Maafkan ayah, ayah tak mintak pendapat kamu dulu.” Encik Hisham menepuk-nepuk bahu Firas. “ Sudah terlerailah janji dua beranak itu dan yang tinggal hanyalah hati Adra Arissa yang perlu ditakluki kembali oleh Firas.

               Sejak Firas menyatakan hasratnya untuk berjumpa Adra tak dapat menumpukan perhatian di tempat kerja. Permintaan Firas memberi tekanan kepadanya. ‘Apa yang firas mahu? Rasa menyesal pula menerima permintaannya tadi. Seperti aku ini perempuan  yang senang dibuang dan diambil semula bila perlu. Sudah lupakah kau dengan apa yang firas dah buat?. Apa la nak jadi dengan aku ni’. Adra memarahi dirinya. Akhirnya air mata yang ditahan sejak semalam menitis juga. Walaupun perasaan benci, marah dengan perbuatan firas kepada dirinya dua tahun yang lalu masih berbara namun cinta Adra pada Firas tak mungkin akan padam.


             Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Usai solat magrib Adra bergegas menaiki lif. Rasa berdebar laju jantungnya memikirkan ‘date’ dia dengan firas sebentar lagi. “
“Ya Allah apa pun yang terjadi kau kuatkanlah hatiku supaya tidak menangis di depan dia.” Doa Adra dalam hati. Baru sahaja beberapa tapak keluar dari lif seseorang memanggilnya. Matanya terencap pada sepasang mata kuyu yang telah membuatkan dia jatuh cinta satu ketika dahulu..Lama mereka berpandangan.. Adra yang tersedar terus melarikan mata ke arah lain. “Ara naik kereta sekali dengan abang ye”, Firas memberikan cadangan. Lama Adra terdiam memikirkan cadangan Firas itu. Melihat Adra hanya berdiam diri, Firas menyambung, “Ara percaya dekat abang kan. Abang takkan buat apape pada orang yang abang sayang.” Seperti terkena renjatan elektrik hati Adra ketika itu. Sebak dia mendengar kata-kata Firas. ‘Jika benar kau sayangkan aku kenapa kau sanggup tinggalkan aku dan memilih Lia.’ Rintih hatinya. Adra mengikut firas ke tempat parking. Firas berjalan di depan dan Adra dibelakang. Adra memerhatikan sekilas susuk tubuh Firas ketika itu. Dia perasan wajah Firas agak cengkung dan badannya juga semakin kurus berbanding 2 tahun lepas. ‘Sakitkah dia?’ detik hatinya.
            Di dalam kereta, Firas cuba berbual mesra dengan Adra tetapi Adra seperti tidak berminat. Sepatah-sepatah saja yang dijawab. Usikannya tidak dibalas dengan ketawa riang seperti dulu.. Firas akur. Dia mengerti ara masih marahkannya.. Suasana kembali sepi. Hanya kedengaran suara Dj Lin memperdengarkan lagu-lagu romantis dan menuturkan bait-bait cinta dalam segmen Suria Cinta. Adra dan Firas masing-masing melayan perasaan. Adra menekan punat power window disebelahnya kirinya. Berdua begini bersama firas sangat melemaskan jiwanya. Lemas dengan cinta dan dendam yang masih bersisa. Nyaman terasa dengan tiupan angin malam yang dingin itu. Firas merenung sekilas wajah Adra yang sedang termenung panjang. Sayu hatinya melihat wajah sedih itu. ‘Kalaulah Ara tau betapa abang rindukan ara’ kata firas di dalam hati..

           Firas membelokkan kereta ke satu simpang. Di depannya satu restaurant yang agak besar. Suasana di tempat itu agak hening dan sangat romantik.Cahaya lampu jingga kekuningan mencantikkan suasana.Rekaan bangunannya seperti rumah melayu zaman kesultanan Melaka.Sekelilingnya terdapat taman yang ditumbuhi bunga2 yang rimbun. Mata Adra seakan kagum dengan tempat itu. “Cantiknya” suara Adra seakan berbisik. Firas yang terdengar sayup sayup suara gadis itu tersenyum sendiri. “Ara?” Tanpa Adra sedar Firas sudah berada di sebelahnya membukakan pintu kereta.. Firas memberikan isyarat tangan mempersilakan Adra untuk keluar dari kereta sambil berkata “Silakan tuan puteri” dengan senyuman manis. Berdebar-debar hati Adra dengan lagak bersahaja Firas. Tipulah kalau dia tidak merasakan bahagianya saat ini. Namun cepat-cepat Adra menepis perasaaan bahagia itu. Serik untuk kecewa buat kali kedua..Adra mengikut firas masuk ke dalam restaurant. Tiba-tiba seorang receptionist menepuk bahu Firas. “ Lama tak nampak abang. Isteri abang ke?. Tak jemput saya pun,” lelaki itu berseloroh. “ Insyaallah kalau ada jodoh,” jawab Firas dengan nada bersahaja. Nak terbatuk Adra yang mendengar kata-kata itu Firas itu. Apa tujuan Firas menjawab begitu jika perkara itu tidak mungkin terjadi dan tidak benar? Kenapa Firas seperti mahu mempermainkan perasaannya?

            Adra dan Firas masing-masing mengambil  tempat duduk. Persis seorang gentleman, Firas menarik sedikit kerusi Adra dan mempersilakan Adra duduk. Datang seorang waiter dan bertanyakan “Encik Firas, nak kami hidang makanan sekarang?” Firas meminta mereka menunggu dahulu..

          “Kenapa abang jawab macam tu tadi?” tanya Adra dengan nada yang tidak puas hati. Firas sedikit terkejut dengan tone suara Adra yang sedikit tinggi itu. “Abang tolong la jangan mainkan perasaan Ara lagi. Ara tau kita memang takda jodoh. Jangan bagi harapan kat Ara macam ni.” Dengan tidak semena-mena menitis jugak air matanya. Walaupun dia sudah bertekad untuk tidak menangis di depan Firas. Apakan daya hatinya memang cepat tersentuh bila terkenangkan kisah lampau.

             Firas kaget melihat Adra menangis. Dia tidak pernah berniat untuk menyakiti hati gadis itu. Dia tidak tega melihat gadis yang dicintainya itu menangis lagi kerana dirinya. Cukuplah apa yang dilakukannya 2 tahun lepas. “ Abang mintak maaf, abang betul-betul takde niat nak buat macam tu.” Abang mintak maaf ok sayang.. Please jangan macam ni “..Direnung lembut buah hatinya itu. Adra masih lagi menundukkan wajah. Tangisannya seperti tidak mahu reda.. Firas semakin serba salah.. “Sayang.. Dengar ni..Apa yang abang buat apa yang abang cakap harini semuanya bukan main-main, semua memang abang maksudkan.” Terus diceritakan apa yang terjadi 2 tahun lepas yang menyebabkan terputusnya hubungan mereka. Adra melepaskan satu keluhan berat. Fikirannya sedang ligat memproses apa yang baru diberitahu Firas.

            “Abang tau semua ni bukannya alasan untuk abang tinggalkan Ara. Dan abang paham, paham sangat-sangat kalau Ara tak boleh nak maafkan dan terima abang balik.. Tapi tak mungkin abang boleh merelakan Ara pergi tinggalkan abang. Cukup la 2 tahun abang terseksa rindukan Ara. Abang tak sanggup lagi. I can’t lose you, I can’t, ” terucap juga kata-kata keramat itu dari mulut Firas. Bagai ada getaran pada suaranya. Akhirnya dapat juga dia meluahkan perasaan yang sudah sekian lama disimpan rapi dalam hatinya. Untuk kesekian kalinya air mata Adra mengalir deras. Tidak menyangka sama sekali dia dapat mendengar sekali lagi ucapan cinta dari lelaki itu. “Dan tak salah kalau abang cakap abang dapat rasa Ara pun masih sayangkan abang. I can see it in your eyes. Your beautiful eyes. Am I right sayang?” bisik Firas lembut..Mata mereka bertentangan untuk seketika. Adra menundukkan muka sambil tersenyum malu..Kemudian dia memandang Firas dan memberikan senyuman paling manis. 

            Firas bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Adra. Dia tiba-tiba melutut betul-betul disebelah Adra. Satu kotak kecil dikeluarkan dari poket seluarnya dan membuka kotak itu lalu disuakan kepada Adra. Sebentuk cincin permata terbentang di sebalik kotak itu. Adra terkesima. Jantungnya berdegup kencang.  “Abang tau abang bukanlah lelaki terbaik untuk Ara tapi abang yakin Ara adalah satu-satunya yang terbaik untuk abang. All I really need is you.. Adra Arissa will you be mine?” Untuk seketika Adra terdiam. Merenung ke dalam anak mata lelaki dihadapannya itu untuk mencari sebuah keikhlasan disebalik kata-katanya.. Satu senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu..Sudah lama dia tunggu saat ini. Walau beribu keperitan yang dilaluinya dua tahun dahulu tidak mungkin akan hilang cintanya pada Firas. Jelas terserlah riak lega pada wajah Firas. “Syukur alhamdullillah Ya Allah.” Firas menundukkan kepalanya cuba menahan air mata lelakinya dari menitis.Tidak dapat digambarkan perasaan lega dan gembiranya dia pada ketika itu. Syukur yang tidak terhingga kerana cinta Adra masih ada pada dirinya. “Abang janji akan abang pertahankan cinta kita walau apa pun yang terjadi.. Kerana Firas Amsyar hanya milik Adra Arissa.” Bisik Firas pada Adra. Satu kenyitan mata dihadiahkan buat wanita yang dicintainya itu..Mata mereka kembali bertaut. Senyuman indah terukir pada wajah keduanya..Sudah lengkaplah kini kisah cinta Firas Amsyar dan Adra Arissa. TAMAT